Total Pageviews

Thursday, March 10, 2011

Orang Tulis Buku Ini Tulis Yang Betul




Gambar Fail, Saudara  Ab. Salim Ahmad, Pengerusi Pasar Lama MPKB.
Update 7.30pm 10 Mac 2011
Peniaga Pasar Lama MPKB dan Arked UDA kecewa bila Nik Aziz hanya berucap tiga minit sahaja dan terus berhenti. Mereka jelas nampak Nik Aziz tidak boleh menerima kritikan dan tidak boleh menerima teguran. Tindakan Nik Aziz yang di katakan ‘mechok’ itu menunjukkan sifat sebenar Nik Aziz. Nik Aziz langsung tidak mengulas teguran dan permasalahan yang dihadapi oleh peniaga.
Husam pula di dalam ucapannya masih cuba menunding jari kepada pihak lain dan mendakwa kononnya akan berjumlah Pengerusi UDA di Parlimen dan menulis surat kepada Perdana Menteri. Husam sepatutnya merasa malu. Isu UDA sudah tidak berbangkit. Isu UDA sudah selesai. UDA sudah bersetuju membenarkan peniaga terus kekal di situ sehingga mereka menemui ruang niaga lain yang lebih sesuai. Jadi apalagi yang hendak Husam salahkan UDA?
Original Posting
Suasana panas di Arked UDA. Kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan Majlis Maulud di Perkarangan Arked UDA hari ini dalam usaha memujuk peniaga berpindah ke Lubang Kubur Tok Guru. Seorang wakil peniaga dilaporkan telah mengangkat buku Bazar Tok Guru – Dari Ruang Niaga Ke Lubang Kubur ke arah Nik Aziz dan berkata, jangan marah kepada orang yang tulis buku ini, penulis ini tulis benda betul.
Alhamdulillah ada lagi rakyat Kelantan yang berani mempertahankan maruah dan kebenaran di hadapan Menteri Besar Kelantan, yang boleh memasukan seseorang ke dalam neraka dengan hanya kesalahan tidak mengundi pihaknya.
Saya yakin masih ramai rakyat Kelantan yang berani dan bersedia memperjuangkan kebenaran.
Saya yakin jika kita berpadu tenaga bersatu kita boleh bersama-sama mendesak yang tidur agar bangun, yang capek agar berlari dan yang buta agar melihat. Itu adalah sifat ahli-ahli politik di bawah Nik Aziz di Kelantan.
Bangkitlah Umat Muhammad. Darah kita sama merah, shahadat dan selawat kita sama sahaja.
Peniaga-peniaga Melayu di Kelantan memerlukan sokongan dan pembelaan kita. Tunaikanlah tangunggjawab kita kepada saudara kita. Belalah mereka.
Kita sudah lihat bagaimana saudara kita di Utara Afrika dan di Timur Tengah telah bangkit menentang kebobrokan peminpin tua yang lupakan rakyatnya. Masanya sudah tiba untuk kita bersama-sama saudara kita menentang kemungkaran yang berselindung atas nama Allah dan segala kebesarannya.
Allahu Akhbar! Saya bersama-sama dengan peniaga Melayu Kelantan, anda bagaimana?
Saya hadiahkan satu ribu biji buku mengenai Bazar Tok Guru ini kepada sahabat-sahabat kita para peniaga di Arked UDA dan Pasar MPKB, anda boleh beli buku ini dari mereka. Wang anda akan dimasukan ke dalam tabung mereka untuk membiayai aktiviti-aktiviti kedua-dua persatuan ini.

No comments:

Post a Comment