Total Pageviews

Wednesday, April 18, 2012

Chapter 6 - Awas Najib Razak, Gandingan Suami Isteri Bukan Satu Omongan Kosong

THURSDAY, APRIL 19, 2012



Gambar diatas merupakan satu gambar propaganda dan sesi khas CIA dalam memastikan pengaruh Ang San Suu Kyi dapat membantu memenangkan suami dan anak Benazir Bhutto yang mati meninggal dunia. Ternyata pengaruh Ang San Suu Kyi yang diangkat oleh CIA sebagai tokoh Demokrasi berjaya sehingga suami Benazir Bhutto Asif Ali Zardari menang pilihanraya Pakistan dan menjadi Presiden negara itu. CIA berjaya di Pakistan.
Adik menggantikan Abang telah terbukti berkesan, Suami menggantikan Isteri juga terbukti berjaya dan sekarang ini hanya menunggu apakah Isteri menggantikan suami boleh menghasilkan kejayaan buat Amerika dalam agenda mereka menguasai negara negara lain terutama negara Islam.


Thaksin bekas Perdana Menteri Thailand berada diluar Thailand yang mana sekarang adik beliau seorang perempuan menjadi Perdana Menteri Thailand yang kita tahu hanyalah boneka kepada Thaksin semata mata.


Apakah anda masih ingat bagaimana Benazir Bhutto yang telah dibiayai oleh Amerika melalui CIA berhempas pulas untuk menjadi Presiden yang akhirnya dibunuh oleh CIA dan Mosaad? Selepas kematian Bezair Bhutto maka yang menjadi Presiden hasil dari simpati rakyat Pakistan adalahsuami beliau iaitu Asif Ali Zardari.

Setiap negara ada acuannya dan di Malaysia tidak terkecuali apabila CIA menggunakan teknik yang sama iaitu jika Anwar Ibrahim sudah GAGAL menjadi pentadbir Malaysia maka tugas tersebut perlulah digalas oleh pihak lain yang juga merupakan proksi kepada Amerika dan Israel.


Dalam konteks ini nyawa Anwar Ibrahim masih lagi penting buat Amerika justeru itu sentimen simpati perlu dimainkan oleh Wan Azizah dalam menjayakan misi Amerika untuk menawan Malaysia sepertimana negara negara Islam lain yang sudah berjaya ditakluki Amerika.

Justeru itu penukaran Baton dari Anwar Ibrahim kepada Wan Azizah bagi merealisasikan impian Amerika untuk menakluki Malaysia akan dicapai pada Mei nanti. Pengumuman yang sepertimana Gomo nyatakan dalam Chapter 1 sebelum ini akan perletakkan jawatan Anwar Ibrahim sebagai ketua umum akan berlaku.

Wan Azizah sudah siap sedia, jentera pembangkang terutama dari PKR dalam menagih simpati rakyat dengan memainkan sentimen simpati akan dicanang begitu hebat menjelang PRU 13 nanti. Wan Azizah sudah sedia untuk menjadi BONEKA untuk kali yang sekiannya.

Hanya rakyat Malaysia mampu merubah apakah impian Amerika melalui CIA yang cuba menakluki Malaysia melalui pasangan suami isteri Anwar Ibrahim dan Wan Azizah akan Gagal ataupun sebaliknya. Sama sama kita nantikan PRU 13 yang Gomo rasa hanya tinggal sekitar sebulan dua ini.

Chapter 5 - Awas Najib Razak, Kediaman Anwar Ibrahim Di Amerika Telah Siap Tersedia.

WEDNESDAY, APRIL 18, 2012


"Layanan Istimewa Untuk Anwar Ibrahim Di Amerika"


Anwar seperti dilaporkan Wall Street Journal, 26 Jan telah berkata:

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”

Akibat dari kenyataan ini maka bertubi tubilah serangan dari kalangan Pemimpin Kerajaan BN keatas Anwar Ibrahim. Tidak cukup dengan itu media elektronik, cetak dan juga media baru menyerang Anwar Ibrahim sehinggakan gagal dipertahankan oleh kepimpinan serta penyokong pakatan Pembangkang.


Hasilnya Anwar Ibrahim dilabelkan penyokong Israel di Malaysia ini, dunia Islam luar juga mengutuk kenyataan Anwar Ibrahim dan yang paling lantang adalah Indonesia. Anwar Ibrahim berjaya didamagekan kerana kesilapan beliau sendiri.

Tapi kesan yang sebenarnya adalah di Amerika yang mana dikuasai oleh Yahudi. Kesan yang sebenarnya positif untuk Anwar Ibrahim meneruskan gerak kerja nya dan mendapatkan segala dana serta bantuan bagi mempermudahkan urusan Wan Azizah yang akan mengetuai Pakatan Rakyat pada PRU 13 ini.

Anwar Ibrahim sebenarnya ingin kita penyokong kerajaan menghentam beliau berhubung kenyataannya yang menyokong Israel agar dunia luar yang terdiri dari proksi Yahudi memandang berat kebajikan keatas Anwar Ibrahim dan sudah pastinya peluang sebegini digunakan Anwar Ibrahim untuk menyatakan kepada sekutunya bahawa beliau dikecam kerana menyokong Israel.

Apalah sangat dunia Islam didunia ini berbanding dunia Eropah dan Amerika yang dimonopoli oleh golongan Yahudi? Yang mampu salurkan bantuan buat dirinya dan PKR selama ini datangnya dari golongan Yahudi seperti yang didedahkan portal AIDC selama ini. Jadi tidak rugi untuk Anwar Ibrahim hilang sokongan dimata dunia Islam kerana yang penting adalah keselamatan serta dana yang beliau perolehi dari proksi Yahudi.


"Kediaman Anwar Ibrahim di Washington DC"


Sepertimana sebelum ini Gomo dedahkan mengenai Anwar Ibrahim akan meninggalkan Malaysia dan menetap di Amerika dengan memberikan jawatan ketua umum Pakatan Rakyat kepada Wan Azizah. Anwar Ibrahim sudahpun mempunyai kediaman rasmi di Amerika yang berlokasi diWashington DC sebuah rumah dikawasan elit yang dikelilingi pelobi pelobi yahudi utama dalam pentadbiran Amerika.

Sebab itulah Anwar Ibrahim sengaja mengeluarkan kenyataan beliau yang menyokong Israel yang kemudiannya diulang ulang oleh beliau agar umat Islam dunia menentang kenyataan beliau yang mana memberikan simpati buat beliau oleh Yahudi Amerika.

Apa sahaja yang diperkatakan oleh orang ramai mengenai sokongan Anwar Ibrahim ke atas Israel selama ini akan dilupakan apabila Anwar Ibrahim meletakkan jawatan. Orang hanya akan berkata,

"Anwar Ibrahim dah letak jawatan, dia dah tak bertanding dan tidak ada kesan pun pada PRU 13"

Dan orang akan sambung lagi dengan berkata:

"Kesian Wan Azizah, fitnah dan aib keatas suaminya menyebabkan beliau sengsara bertahun tahun lamanya"


"Wan Azizah Sudah Siap Sedia"

Ini andaian Gomo memandangkan Wan Azizah akan menagih simpati rakyat Malaysia pada PRU 13 nanti. Satu simpati secara besar besaran akan berlaku yang didorong perasaan mudah simpati rakyat Malaysia.

Sepertimana Gomo nyatakan sebelum ini Anwar Ibrahim pada Mei nanti akan meletakkan jawatan dan tidak mustahil beliau akan melakukan sumpah Lakhnat dan kemudiannya terbang dan menetap di Amerika memerhatikan secara jauh akan pergerakkan Pakatan Rakyat menghadapi PRU 13.






Kedudukan beliau di Amerika telah terjamin selamat dan harus kita ingat beliau tidak mempunyai sebarang masaalah untuk menetap seberapa lama di Amerika kerana selama ini beliau begitu mudah berulang alik ke Amerika dan dunia eropah luar atas sokongan yang diberikan CIA keatas beliau. Lihat video diatas dan anda mampu nilaikannya sendiri.

Rumah di Amerika sudah tersedia, segala dana bagi menghadapi PRU 13 juga sudah tersedia dan hanya menunggu masa sahaja lakonan dan drama simpati dari Anwar Ibrahim pada Mei ini dilakukan. Sama ada rakyat bakal ditipu ataupun bijak menilai sama sama kita nantikan.

Chapter 4 - Awas Najib Razak, Rosmah Mansor Dijadikan Modal Fitnah Luar Biasa Selepas Ini

TUESDAY, APRIL 19, 2012











Serangan bertali arus pihak pembangkang ke atas Datin Seri Rosmah Mansor sejak awal lagi sememangnya mempunyai satu matlamat yang tak terduga oleh kita. Gomo sendiri sebenarnya baru sedar serangan ke atas Rosmah Mansor sebenarnya untuk bahan kempen pada PRU 13 ini yang mana Wan Azizah akan diangkat sebagai PM jika Pakatan Menang manakala Rosmah Mansor dikatakan Liabiliti Najib Razak.

Dalam Chapter ke 2 kelmarin Gomo maklumkan berkenaan persiapan Wan Azizah yang akan mengambil alih tugas Anwar Ibrahim suaminya sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat. Wan Azizah memang sudah bersiap sedia dan waktu ini beliau hanya tunggu masa untuk mengalirkan air mata bagi menarik simpati masyarakat dalam melaksanakan misi suaminya iaitu menawan Putrajaya melalui simpati masyarakat.


CIA disebalik Ang San Suu Kyi

Tahun 2012 ini Ang San Suu Kyi telah dibebaskan oleh Junta tentera Myammar dan pada bulan April tempoh hari beliau telah menang bertanding pilihanraya Myammar.Kemenangan beliau yang dicanang seluruh dunia bahawa kemenangan Demokrasi telah disambut oleh para pemimpin pembangkang Malaysia dan juga jentera Cybertroopers mereka.

Kemenangan Ang San Suu Kyi telah dimainkan secara total oleh jentera pembangkang dan Gomo sendiri dapat lihat bagaimana Ang San Suu Kyi telah dilabelkan sama seperti perjuangan Wan Azizah Isteri Anwar Ibrahim.

Anda semua perlu ingat sewaktu tempoh lalu Wan Azizah pernah berjumpa Ang San Suu Kyi di Myammar yang mana satu jalinan kerjasama mungkin telah diatur bagi membantu Pakatan Pembangkang pada PRU 13 ini. Ang San Suu Kyi telah dibebaskan dan tidak mempunyai masaalah buat beliau untuk hadir ke Malaysia memberikan satu sokongan kepada Wan Azizah pada kempen PRU 13 nanti.


"Simpati dan Tangisan Berjaya Buat CIA
Memenangkan Ang San Suu Kyi"

Permainan secara halus pembangkang waktu ini adalah dengan membiarkan Anwar Ibrahim diasak setiap sudut yang mana selepas ini pengunduran oleh Anwar Ibrahim akan membangkitkan Wan Azizah dengan watak sedih, simpati dan linangan air mata yang akan dijulang sebagai Ang San Suu Kyi versi Malaysia.

Wan Azizah sentiasa dijaga oleh Anwar Ibrahim akan baik tingkah laku dan pemakaiannya, semua ini telah dirancang lebih awal oleh CIA kerana jika Anwar Ibrahim gagal maka mission mereka mesti diserahkan kepada Wan Azizah pula untuk dibawa dalam menawan Putrajaya.

Sebab itu dari awal Chapter 1 Gomo maklumkan jika Kerusi Parlimen Permatang Pauh boleh dikosongkan Wan Azizah untuk memberi laluan kepada ANwar Ibrahim bertanding kenapa Kerusi Presiden PKR tidak dikosongkan Wan Azizah sebaliknya masih dikekalkan sehingga kini? Kenapa tidak diserahkan kerusi Presiden PKR kepada Anwar Ibrahim?

Apa sekalipun Wan Azizah sudah siap sedia, bulan Mei ini apabila Anwar Ibrahim meletakkan jawatan nya sebagai Ketua Umum dan digantikan dengan Wan Azizah maka akan bertempik sakan lah suara suara pembangkang yang akan melaungkan Demokrasi sebagaimana yang dilaungkan buat Ang San Suu Kyi.

Ang San Suu Kyi akan hadir di Malaysia membantu Wan Azizah dalam kempen pilihanraya kali ini. CIA akan memainkan watak dan peranan mereka sekali lagi selepas Pakistan yang pernah dibuat modus operandi yang sama. Dan mungkin buat kali yang terakhir juga bagi CIA dalam memastikan pelaburan mereka selama ini ke atas Anwar Ibrahim tidak sia sia.

Rosmah Mansor akan diserang cukup hebat sebagaimana perang Banner sebelum ini yang memperlekehkan Rosmah Mansor dan memuji Wan Azizah. Serba serbi akan digunakan Pembangkang dan yang pastinya Jentera Kerajaan mesti bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang pasti.

Banyak gambar dimainkan pembangkang yang memperlihatkan bahawa Rosmah Mansor Perdana Menteri manakala Najib Razak pula dilihat sebagai Pak Turut. Ini Propaganda yang mereka lakukan dalam memastikan PRU 13 nanti Wan Azizah akan dilagakan dengan Rosmah Mansor isteri kepada Najib Razak.


"Peranan sebegini akan digalas Wan Azizah
sama seperti Ang San Suu Kyi"

Anda semua boleh jangka apa lagi pekara yang bakal keluar selepas ini berhubung Najib Razak dan juga Rosmah Mansor dalam penyebaran Fitnah yang amat dasyat dilakukan mereka pemimpin dan juga jentera Pakatan Pembangkang.

Isu Kapal Selam, Altantuya semuanya kembali bangkit ketika semakin hampir menghadapi Pilihanraya. Dan Gomo yakin akan ada mulut sumbang sepertimana Raja Petra lakukan sebelum ini yang akan meletakkan kematian Altantuya kepada Rosmah Mansor. Fitnah yang amat jahat akan dimainkan mereka pakatan Pembangkang demi memastikan Wan Azizah bersih dari segala galanya walaupun suaminya seorang pemimpin PORNO.

Chapter 3 - Awas Najib Razak, Nallakarupan Dan Eskay Sasaran Utama Anwar Ibrahim

MONDAY, APRIL 19, 2012





"Bekas Sahabat Karib Anwar Yang Mempunyai
Video Seks Beliau"

Anwar Ibrahim memang bercita cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, telah lama beliau impikan untuk menjadi PM Malaysia sampaikan pelbagai cara dilakukan beliau sejak berada didalam UMNO ataupun selepas keluar dari penjara. Matlamat Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri.

Tetapi ianya sekarang hanya tinggal mimpi ekoran serangan yang bertalu talu keatas beliau yang mendedahkan pelbagai cerita shih dan bukti nyata yang beliau tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Serangan yang kebanyakkan nya datang dari bekas teman rapatnya kini menghantui beliau sehinggakan rakan sekutu PAS dan DAP sudah tidak yakin dengan beliau untuk mengepalai Pakatan Rakyat pada PRU 13 ini kerana dianggap menjadi Liabiliti buat Pakatan.

Anwar Ibrahim tahu pekara ini justeru itu beliau membiarkan dirinya dijadikan PUNCING BAG oleh gerombolan jentera Cyber pro BN untuk mendedahkan dan membongkarkan moral beliau yang lebih dasyat dari Iblis. Anwar Ibrahim tahu beliau tidak mampu membawa imej baik buat mengetuai Pakatan Rakyat pada PRU 13 ini justeru beliau akan menyerahkan segala peranan sebagai ketua Umum kepada isterinya yang juga Boneka paling terbaik selama ini iaitu Wan Azizah.

Dalam artikel kelmarin Chapter 2 - Awas Najib Razak, Kemboja Putih Akan Merebut Jawatan Perdana Menteri. Gomo telah menceritakan mengapa Wan Azizah dipilih untuk menggantikan Anwar Ibrahim pada Mei ini. Banyak penjelasan yang Gomo berikan semalam memberikan satu tanda tanya kenapa Anwar Ibrahim berundur dari mengepalai Pakatan Rakyat?

Apakah anda tahu bahawa Anwar Ibrahim telah menghantar beberapa individu untuk MEMBELI Nallakarupan dan Eskay? Apakah anda tahu mereka berdua ini telah ditawarkan Berbilion USD agar menyokong Anwar Ibrahim yang mana turut mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang didedahkan adalah Konspirasi UMNO?

Ya memang itulah pekara yang terakhir Anwar Ibrahim lakukan tempoh hari, cubaan untukMEMBELI JIWA Nallakarupan dan juga Eskay dengan amaun tampa Had yang bukan dibiayai dalam Malaysia sebaliknya dari negara luar.


Mari kita imbas kenyataan Nallakarupan tempoh hari:

Datuk Nallakarupan membuat laporan polis mendakwa dirinya didatangi beberapa orang lelaki yang kemudian mengugutnya untuk tidak lagi membuat sebarang kenyataan tidak baik mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim" - 27 March 2012

Gomo tidak menyatakan bahawa Nallakarupan menipu tentang laporan Polis yang beliau buat tetapi hakikatnya beliau ditawarkan Jutaan USD tampa Had oleh beberapa lelaki yang mewakili Anwar Ibrahim dalam membeli Jiwa dan Raga Nallakarupan. Itu pekara yang sebenarnya berlaku pada waktu tersebut yang mana Anwar Ibrahim tahu dengan tawaran Jutaan USD beliau dapat membantutkan usaha Nallakarupan dari mendedahkan Video Adengan Seks beliau dan Sukmayang dirakam satu ketika lalu.


"Video Dalam Simpanan Nallakarupan?"

Eskay juga menerima tawaran yang sama yang mana Anwar Ibrahim meminta agar Eskay menyatakan bahawa video tersebut pelakunya bukan Anwar Ibrahim dan menyatakan bahawa video tersebut adalah konspirasi UMNO. Itulah kelicikkan Anwar Ibrahim yang punya wang dan dana dari luar negara dalam merealisasikan matlamat negara luar untuk melihat Perdana Menteri Boneka berada dibawah kekuasaan mereka.

Dato Eskay mungkin terkejut bagaimana Gomo memperolehi maklumat ini dan begitu juga dengan Nallakarupan kerana maklumat yang Gomo ada ini datangnya dari sumber dalaman PKR itu sendiri yang mengesahkan Anwar Ibrahim begitu BERANG apabila kedua duak mereka menolak tawaran yang telah ditawarkan itu.

Untuk makluman semua Anwar Ibrahim sudah mempunyai rumah di Amerika dan telah mendapat perlindungan dari sekutu nya yang terdiri dari kalangan Yahudi Amerika. Bulan Mei nanti selepas Anwar Ibrahim mengumumkan perletakkan jawatannya beliau akan menetap di Amerika dan memastikan simpati buat beliau akan diterjemahkan melalui undi PRU 13 dengan meletakkan Wan Azizah sebagai penggantinya.

Anda sendiri dapat bayangkan bagaimana Anwar Ibrahim mampu mengawal Wan Azizah dari Amerika malah mampu menentukan corak dalam Pakatan Rakyat pada PRU 13 ini.


Pada Chapter 5 Rabu ini Gomo akan dedahkan Rumah di Amerika milik Anwar Ibrahim dan juga strategi Anwar Ibrahim yang memang inginkan agar pemimpin BN mengkritik beliau mengenai sokongan beliau ke atas keselamatan Israel. Startegi yang sememangnya Anwar Ibrahim berjaya lakukan sehingga Gomo juga terang terang ditipu Anwar Ibrahim.

Chapter 2 - Awas Najib Razak, Kemboja Putih Akan Merebut Jawatan Perdana Menteri.


SATURDAY, APRIL 19, 2012




Semalam Gomo telah mengeluarkan artikel Chapter 1 - Awas Najib Razak, Anwar Ibrahim Akan Letak Jawatan Mei Ini. Dari artikel semalam Gomo nyatakan bahawa Anwar Ibrahim akan meletakkan segala jawatan yang disandang pada bulan Mei ini yang mana semakin hampir kepada tarikh Pilihanraya.

Ramai juga yang bertanya kepada Gomo siapa akan menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat. Ada juga yang meneka dengan menyatakan beberapa nama sebagai pengganti Anwar Ibrahim. Tetapi seorang pun tidak meneka akan orang yang sememangnya layak untuk menggantikan Anwar Ibrahim dan merupakan orang yang paling sesuai bagi menjadi Ketua yang mampu diterima DAP dan juga PAS rakan sekutu mereka PKR.

Dengan perletakakkan jawatan Anwar Ibrahim sebagai ketua umum dilihat seakan Pakatan Rakyat itu pincang tetapi harus kita ingat nilai sentimen simpati mampu memenangkan Pakatan Rakyat pada PRu 13 kelak. Justeru itu orang yang layak bagi mengemis simpati masyarakat adalah isteri Anwar Ibrahim sendiri iaitu Wan Azizah.

Ya, Wan Azizah akan menggantikan Anwar Ibrahim ebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat. Malah setakat ini Gomo difahamkan DAP dan PAS telah bersetuju dalam pekara ini kerana tidak ada calon lain lagi yang layak menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat.


"Hanya Anwar Ibrahim Mampu Menjadikan
PAS dan DAP Bersekutu"

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan tekaan dari Gomo ini namun Gomo nak memberikan sedikit pemahanam mengapa Gomo menyatakan Wan Azizah akan mengisi jawatan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

DAP tidak menyukai PAS, jadi Haji Hadi boleh melupakan cita cita untuk menjadi ketua Umum ataupun menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang pada PRU 13 ini. Semua rakyat tahu betapa DAP amat membenci PAS dan ianya kita dapat lihat sebagaimana yang berlaku di Pulau Pinang apabila Adun PAS tidak diberikan sebarang jawatan didalam kerajaan negeri Campuran PAS,DAP, PKR.


PAS pula tidak akan memberi peluang kepada DAP untuk menerajui Pakatan Rakyat. Malah PAS tidak akan sewenang wenangnya memberikan jawatan ketua Umum kepada DAP kerana pada anggapan mereka DAP tidak layak menerajui kepimpinan Pakatan rakyat kerana PAS lebih banyak jentera bagi menjalankan gerak kerja dibawah.

Wang dari Asia Barat, Eropah dan juga Amerika mesti disalurkan kepada parti Politik PAS,DAP dan PKR jadi orang yang dapat menjadi dagangan dalam hal ini selain dari Anwar Ibrahim adalah Wan Azizah. Jika anda masih ingat Anwar Ibrahim membawa Wan Azizah ke Bombay sebuah Capital City adalah untuk tujuan keewangan. Mengapa Anwar Ibrahim tidak membawa Haji Hadi atau Kit Siang ataupun Azmin Ali?

Ketua Umum mestilah orang yang mampu menjadi boneka yang sesuai buat Anwar Ibrahim dan Wan Azizah paling layak sebagai boneka tersebut dengan sejarah yang sudah terbukti dalam beberapa isu sebelum ini.

Anwar Ibrahim dipenjarakan atas penyalahgunaan kuasa maka yang menggantikan Anwar Ibrahim menggalas tugas sebagai ahli Parlimen adalah Wan Azizah. Itu satu Boneka jelas kerana ingin menyelamatkan kerusi suaminya.

Presiden PKR juga digalas oleh Wan Azizah dan ianya tidak dicabar oleh sesiapapun kerana ahli PKR sendiri tahu bahawa yang berada dibelakang Wan Azizah adalah Anwar Ibrahim dan segala keputusan adalah datangnya dari Anwar Ibrahim bukannya Wan Azizah.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh dikorbankan Wan Azizah untuk diberi laluan kepada suaminya Anwar Ibrahim bertanding pada PRK yang lalu juga memberikan satu isyarat jelas bahawa Wan Azizah sememangnya layak menjadi Boneka dalam memastikan gerak kerja Anwar Ibrahim terus berjalan walaupun beliau dipenjarakan ataupun meninggalkan Malaysia.

Pernahkan anda bertanya kenapa Anwar Ibrahim tidak menggantikan Wan Azizah sebagai Presiden PKR? Jika kerusi Parlimen Permatang Pauh boleh dikorbankan dan diberikan laluan buat Anwar Ibrahim mengapa jawatan Presiden PKR tidak dikorbankan buat suaminya itu? Mengapa tidak?


Sekarang ini dimana Wan Azizah? tahun 2012 senyap sepi sebarang isu buat Wan Azizah walhalkan pada 2011 isu yang dikaitkan dengan suaminya hangat diperkatakan termasuklah isu Jam Omega yang sehingga kehari ini Wan Azizah tidak mampu tampilkan kepada rakyat.

Wan Azizah sedang mengumpulkan segala tenaga dan kekuatannya untuk menangis, menarik simpati dan pastinya untuk menggalas tugas sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat yang baru. Beliau akan diletakkan sebagai PERDANA MENTERI jika Pakatan Rakyat PAS,PKKR,DAP berjaya mengambil alih Putrajaya. Wan Azizah sudah bersedia dalam tugas besar ini.

Oh lupa, mungkin ada yang tanya macam mana pula Wan Azizah boleh dilantik sebagai Perdana Menteri sedangkan beliau tidak boleh bertanding pada PRU 13 ini kerana tempoh belum berakhir setelah meletakkan jawatan sebagai Ahli parlimen Permatang pauh tempoh hari.


"Anwar Ibrahim Duduk Dibelakang Wan Azizah PRU 13 Ini"

Bila Pakatan Rakyat menang PRU 13 maka Wan Azizah akan dilantik sebagai SENATOR, dan disitulah beliau akan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Dato Seri Najib Razak. Semua pekara boleh dilakukan kerana Wan Azizah hanyalah Boneka kepada Anwar Ibrahim yang waktu itu tinggal di Amerika Syarikat.

Gomo akan ceritakan nanti dalam Chapter 4 mengenai Wan Azizah yang sudah siap sedia dengan jawatan Ketua Umum Pakatan Rakyat dan beberapa pendedahan yang mungkin memberikan kejutan kepada banyak pihak. Chapter 4 dimasa akan datang.

Untuk esok cuti sehari tetapi pada hari Isnin ini dalam Chapter ke 3 Gomo akan ceritakan Mengapa dan apa sebabnya Anwar Ibrahim meletakkan jawatan yang beliau ada waktu ini. Mungkin ramai tak mengetahui kerja Kotor yang Anwar Ibrahim lakukan dalam beberapa bulan ini dan segala galanya akan Gomo dedahkan pada Isnin ini.