Total Pageviews

Wednesday, June 20, 2012

TERKINI - Sankara Nair Dijangka Tiba Bagi Pihak Anwar Ibrahim Failkan Saman Keatas Dato Eskay


WEDNESDAY, JUNE 20, 2012


Setakat jam 3 petang ini difahamkan belum ada sebarang saman dikemukakan oleh pihak Anwar Ibrahim keatas Dato Eskay di Mahkamah Jalan Duta. Saman yang sebelum ini dinyatakan oleh Anwar Ibrahim keatas Eskay kerana video Seks belum lagi terjawap dan waktu ini juga difahamkan wartawan masih menunggu di Mahkamah jalan Duta.

Gomo masih memikirkan pekara yang positif bahawa Anwar Ibrahim akan menyaman Eskay hari ini memandangkan sumber dalaman juga mengesahkan yang peguam utama Anwar Ibrahim Sangkara Nair akan ke mahkamah jalan Duta pada petang ini untuk menfailkan saman.


"Anwar Ibrahim"

Waktu tutup pejabat Mahkamah Jalan Dut adalah pada jam 5 petang dan masih ada sekitar 2 jam lagi untuk para wartawan menunggu sama ada Anwar Ibrahim individu yang dikatakan merupakan pelaku video Seks akan menyaman Eskay ataupun tidak.


Psssttt... Rakyat Malaysia menanti dengan penuh sabar untuk melihat keberanian Anwar Ibrahim


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Tuesday, June 12, 2012

TERKINI - Cubaan Bunuh Keatas Karpal Singh Gagal.


TUESDAY, JUNE 12, 2012


Kelam kabut pihak keluarga Karpal Singh bila didapati berlaku cubaan MEMBUNUH Karpal di wad yang mana Karpal Singh ditempatkan ketika menjalani rawatan di wad urology waktu ini.

Kekecohan tercetus dilaporkan berlaku lewat petang tadi yang mana secara tiba tiba Karpal Singh mengerang kesakitan. Isteri beliau yang bergegas ke katil Karpal Singh kemudiannya meminta bantuan dari Jururawat yang bertugas dan sekitar 5 minit kemudian Karpal Singh beransur pulih dari kesakitan yang dialami.

Dari maklumat yang Gomo perolehi keluarga Karpal Singh mengenalpasti ada tusukkan jarum dilengan Karpal Singh sebelah kiri yang mana pihak Polis juga telah dimaklumkan mengenai pekara tersebut.

Hasil maklumat yang diperolehi juga disahkan bawaha pihak Polis sedang menyiasat insiden tersebut sama ada ada pihak yang cuba membunuh Karpal Singh ekoran kesan jarum suntikan yang ada pada lengan Karpal.

Waktu ini pihak Polis dikatakan sedang mengawasi Wad Karpal Singh dan pelawat tidak dibenarkan melawat karpal melainkan keluarga terdekat Karpal sahaja yang dibenarkan.

Gomo menggangap insiden cubaan MEMBUNUH Karpal yang dilaporkan ini merupakan satu insiden yang serius dan siasatan rapi mesti dijalankan oleh Pihak Polis dan Hospital. Malah keluarga Karpal Singh juga wajar memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak Polis dan Hospital dimana Karpal ditempatkan.

Adakah sesiapa yang terancam dengan Karpal Singh sehingga cubaan Bunuh keatas beliau dilakukan? Apa motifnya? Kalau nak kata Kes Liwat pun dah HABIS, kes mana pulak yang boleh membuatkan orang berniat jahat ke atas Karpal Singh ini?

Emmm Anwar Ibrahim? Anwar yang cuba melakukan Sabotaj ke atas Karpal Singh? Tak mustahil kerana hanya Karpal Singh sahaja yang tahu serba serbi apa yang ada pada Anwar Ibrahim dan Karpal Singh lah juga yang tahu Kelakuan Seks Luar Tabii Anwar Ibrahim.

Psssttt....Kita pakat pakat fikir siapa yang untung kalau Karpal Singh mati.....


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

I'm Sorry Najib Razak - Demi Rakyat, Skandal Scopene Didedahkan.


TUESDAY, JUNE 12, 2012


Najib Altantuya, Najib Pembunuh, Najib Scorpene dan bermacam lagi gelaran lain yang dilabelkan oleh Pakatan Pembangkang terutama dari parti PKR yang dipimpin oleh Wan Azizah selaku Presiden Boneka kepada Anwar Ibrahim.

Gomo dah banyak kali menjawap isu kapal Selam Scorpene ini yang mana sejak Najib Razak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi pihak pakatan Pembangkang menyerang Najib Razak bagai nak gila ekoran sikap takut mereka kepada personaliti dan keperibadian Najib Razak yang jauh lebih layak memimpin Malaysia daripada Anwar Ibrahim ketua Umum Pakatan Rakyat(HARAM)


"Dibiayai PKR"

Sekarang ini timbul pula dakwaan terbaru dari pihak SUARAM yang telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya.

Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong berkata

“SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene.”

Itulah pekara yang terbaru dimainkan oleh pihak pembangkang yang mana serangan keatas Najib Razak dilakukan bertalu talu walaupun mereka sanggup berhabis duit sampaikan membayar penulis upahan dan lain lain diluar negara semata mata untuk meranapkan kreabiliti Najib Razak Perdana Menteri Malaysia.

Sebelum Gomo nak dedahkan sesuatu Gomo nak mengajak anda semua ingat permainan pihak Pembangkang yang sebelum ini menyerang Kapal Selam Scorpene dengan dakwaan bahawa kapal Selam Scorpene tidak mampu menyelam dan bermacam macam lagi cerita.

Hakikatnya pada tahun lepas sewaktu pameran LIMA Langkawi Lim Guan Eng, Ramasamy, Mansor yang kesemuanya dari pentadbiran Pakatan PAS,DAP,PKR Pulau Pinang dibawa meyelam dengan menaiki kapal Selam Scorpene mereka tidak mengadakan pentas ceramah terbuka kepada rakyat Malaysia bahawa mengakui kehebatan kapal Selam Scorpene sebaliknya menerusi mulut mulut longkang menyatakan pula "Kapal Selam Malaysia tidak setanding Singapura" Itulah pakatan Pembangkang yang sememangnya amat Jahil dan kejam menipu rakyat Malaysia dan tidak mempunyai semangat Patriotik kepada Negara.

Pendedahan Rancangan Yang Dilakukan PKR yang rakyat Malaysia perlu tahu:


"Gambar hasil superimpose Tian Chua PKR"

Step 1:
- Najib Razak mesti dibunuh peribadinya agar rakyat tidak menyukai dan membencinya. Maka serangan keatas Najib Razak digunakan dengan bermacam macam cara agar rakyat melihat Najib Razak sebagai satu pemimpin yang rosak dan tidak berkreabiliti.

Step 2:
- Rekayasa cerita Najib Razak yang mempunyai skandal dengan Altantuya dan kemudiannya mati dibunuh kerana mahukan Komisyen Kapal Selam. Ini dilakukan bagi terus mematikan langkah Najib Razak dalam memimpin negara.


"Fitnah berterusan dari pembangkang"

Step 3:
- kaitkan Bom C4 yang digunakan dalam pembunuhan Altantuya dengan Najib Razak kerana waktu itu Najib Razak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pertahanan. Wujudkan satu kombinasi yang mana hanya Pihak Tentera sahaja mempunyai aksess kepada Bom C 4 walaupun umum mengetahui pihak Polis dan pengganas juga boleh sampai kepada aksess menggunakan Bom C 4.


"Fitnah PKR"

Step 4:
- Lebih tragis jika dimasukkan elemen bahawa Altantuya mengandungkan anak Najib Razak dan kerana itulah Najib Razak mengebom Altantuya agar anak didalam kandungan juga mati hancur berkecai.


"Rekayasa Jalan Cerita Fitnah Pakatan"

Step 5:
- Kurang berkesan Fitnah keatas Najib Razak kerana dikatakan membunuh Altantuya lalu dikaitkan pula dengan Rosmah Mansur isteri Najib Razak yang mana diupah orang tertentu menyatakan yang membunuh Altantuya adalah Rosmah Mansur akibat cemburu Najib Razak mempunyai skandal wanita Mongolia. (Skrip ini termasuklah Bala, Raja Petra dan lain lain yang menokok tambah cerita menjadi lebih sedap)


"Terus Menfitnah"

Step 6: 
- Isu Scorpene mesti ditanam dalam minda rakyat agar kekal sentiasa, maka isu Kapal Selam Scorpene tidak boleh menyelam dimainkan bertalu talu setelah fitnah keatas Najib Razak dan Rosmah Mansor gagal.


"Meraih Simpati"

Step 7:
- Simpati dari bapa Altantuya dibawa sampai ke Parlimen yang menunjukkan benar benar lah Najib Razak terlibat dalam pembunuhan tersebut atas faktor komisyen Kapal Selam. Hakikatnya Bapa Altantuya ditipu hidup hidup oleh Anwar Ibrahim.


Step 8 :
- Mengupah penulis dari luar negara agar memainkan isu Kapal Selam, Komisyen, Altantuya sekaligus bagi mewujudkan persepsi kepada rakyat Malaysia yang kononya isu tersebut kecoh dubualkan diseluruh negara termasuk Perancis. Walaupun hakikatnya tidak kedengaran langsung isu tersebut diakhbar ataupun berita Perancis mengenai Scorpene.


Step 9:
- Menghalakan pula serangan kepada Tun Dr Mahathir mengenai kapal Selam Scorpene yang kononya Tun M yang patut dipersalahkan. Ini merupakan serangan bertali arus dalam menerjah kepimpinan negara yang kita tahu pengaruh mereka besar dalam memberikan undi buat kerajaan BN.


Step 10:
- Menjaja cerita yang Mahkamah Perancis telah membicarakan isu Scorpene dan kes tersebut mejadi tumpuan seluruh dunia. Najib Razak dikatakan dengan pelbagai tomahan walaupun hakiknya tidak ada satupun kes di Mahkamah Perancis yang menyebut Scorpene, Altantuya ataupun Najib Razak.


Step AKAN DATANG:
- Serangan ke atas Rosmah Mansur akan menyusul setelah lama menyepi yang mana rekayasa berulang ulang ini akan dimainkan dari masa ke semasa sehinggalah kepada Pilihanraya ke 13.

Itu yang Gomo perhatikan dalam isu Kapal Selam Scorpene ini dan anda sendiri mampu membuat penilaian mengenai pekara ini kerana pihak pembangkang bukan memulakan serangan ke atas Najib Razak sebulan dua tapi mereka telah lakukan bertahun lamanya semenjak Najib Razak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi.


"Tranformasi bukan ReforBASI"





Imej Najib Razak yang cukup hebat waktu ini dengan keramahan serta tanggungjawap beliau yang sentiasa prihatin dengan masaalah rakyat menjadikan ancaman paling besar buat gerombolan Pakatan Pembangkang. Pelbagai Tranformasi yang dilakukan beliau sehinggakan usaha beliau dalam memberi faedah dan keuntungan buat rakyat dikritik dan dikecam oleh pihak Pakatan Pembangkang seperti Kedai rakyat 1 Malaysia, BR1M, baucer Buku Sekolah dan lain lain.

Harus diingat bahawa Pakatan Pembangkang pernah mengalami satu tamparan hebat sebelum PRu 12 lalu apabila tidak menyerang Pak Lah perdana Menteri ke 5 sehinggakan imej Pak Lah berjaya memastikan Barisan Nasional menang besar sehingga menjadikan PKR Parti Keadilan Rakyat hanya menang 1 Kerusi sahaja pada PRu 12 yang lalu dan itupun kerana undi SIMPATI kepada Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim di parlimen Permatang Pauh.

"Serangan Dari Awal Keatas Najib Razak"

Justeru itu serangan keatas bakal perdana Menteri iaitu Najib Razak telah mereka mulakan sejak awal lagi dan sehingga kini serangan tersebut berterusan dan percayalah mereka akan terus dan terus menyerang keperibadian Najib Razak sehingga PRU 13 akan datang bagi mengelakkan PKR memenangi 1 Kerusi sepertimana PRU 12 yang lalu.

Semoga rakyat Malaysia sedar pekara ini dan jika masih ragu ragu dengan apa yang Gomo nyatakan dalam artikel ini bolehlah melayari :

PENDEDAHAN NAJIB,ALTANTUYA,SCORPENE KLIK DISINI.

Psssttt.... Jika benar Najib Razak ni KORUP dah lama Anwar Ibrahim dedahkan BUKTI NYATA kepada rakyat Malaysia.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Monday, June 11, 2012

Kluk Klik Pembangkang

azmin_bodoh





Demokrasi Ada Batasannya – Dr M



SHARE THIS
TAGS
Demokrasi hanya boleh dilaksanakan apabila rakyat mengetahui tentang batasannya, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Apabila rakyat fikir hanya kebebasan dalam demokrasi dan tidak tahu tentang tanggungjawab yang tersirat, maka demokrasi tidak akan memberi manfaat seperti yang dijanjikan.
“Sebaliknya, ia akan menyebabkan ketidakstabilan yang menyekat pembangunan,” kata Dr Mahathir yang menyampaikan ucapannya pada majlis konvokesyen khas di Universiti Santo Toma di Manila, Ahad.
Dr Mahathir berkata, beliau hanya merujuk tentang apa yang diperhatikan di Malaysia dan negara-negara lain terutama bagi demokrasi yang baru, di mana katanya, ia sedaya-upaya untuk mengamalkan demokrasi yang hanya menerima keputusan negatif.
“Salah satu daripada negara-negara berkenaan tidak mampu untuk maju kerana terlalu banyak demokrasi,” kata beliau.
“Kerajaan belum dipilih dan mereka mengadakan demonstrasi dan bantahan umum yang menuduh kerajaan tidak betul. Kerajaan perlu menangani kekacauan ini.
Gangguan ini juga merupakan sesuatu yang serius kerana boleh menyebabkan kerajaan baru berundur, di mana Dr Mahathir berkata, ia menyebabkan pilihan raya yang baru akan diadakan, yang hanya memberikan keputusan yang sama.
“Kenapa demokrasi tidak memberikan kehidupan yang baik seperti yang dijangkakan,” soal Dr Mahathir.
“Adalah jelas bahawa mustahil bagi rakyat untuk mengawal diri mereka. (Dan) mereka terlalu ramai dan tidak bersetuju tentang semuanya. Kerajaan di kalangan rakyat, diuruskan oleh rakyat dan akhirnya akan menjadi buntu, yang tiada kerajaan, dalam anarkinya.”
“Jadi apa yang kita lakukan?” soal Dr Mahathir. “Adakah kita menerima kegagalan demokrasi, atau adakah kita akan melakukan perubahan dan mengorbankan beberapa liberalisme dalam demokrasi supaya kita dapat menghasilkan sesuatu daripada sistem itu?”
“Saya akui bahawa Malaysia bukan demokrasi yang liberal,” kata beliau.
“Kita melihat dasar demokrasi sebagai ‘jalan mudah’ untuk mengubah kerajaan. Tiada revolusi, tiada perang saudara. Hanya mengundi dan kerajaan akan akan diturunkan atau dilantik semula menuruk pilihan rakyat.”
Dr Mahathir berkata, di Malaysia, calon-calon daripada parti pembangkang boleh menang dan telah menawan banyak kerajaan negeri.
Secara jelasnya, beliau berkata, jika rakyat mahu, mereka boleh ‘menumbangkan’ parti pemerintah di bawah sistem pilihan raya yang ada sekarang.Demokrasi hanya boleh dilaksanakan apabila rakyat mengetahui tentang batasannya, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Apabila rakyat fikir hanya kebebasan dalam demokrasi dan tidak tahu tentang tanggungjawab yang tersirat, maka demokrasi tidak akan memberi manfaat seperti yang dijanjikan.
“Sebaliknya, ia akan menyebabkan ketidakstabilan yang menyekat pembangunan,” kata Dr Mahathir yang menyampaikan ucapannya pada majlis konvokesyen khas di Universiti Santo Toma di Manila, Ahad.
Dr Mahathir berkata, beliau hanya merujuk tentang apa yang diperhatikan di Malaysia dan negara-negara lain terutama bagi demokrasi yang baru, di mana katanya, ia sedaya-upaya untuk mengamalkan demokrasi yang hanya menerima keputusan negatif.
“Salah satu daripada negara-negara berkenaan tidak mampu untuk maju kerana terlalu banyak demokrasi,” kata beliau.
“Kerajaan belum dipilih dan mereka mengadakan demonstrasi dan bantahan umum yang menuduh kerajaan tidak betul. Kerajaan perlu menangani kekacauan ini.
Gangguan ini juga merupakan sesuatu yang serius kerana boleh menyebabkan kerajaan baru berundur, di mana Dr Mahathir berkata, ia menyebabkan pilihan raya yang baru akan diadakan, yang hanya memberikan keputusan yang sama.
“Kenapa demokrasi tidak memberikan kehidupan yang baik seperti yang dijangkakan,” soal Dr Mahathir.
“Adalah jelas bahawa mustahil bagi rakyat untuk mengawal diri mereka. (Dan) mereka terlalu ramai dan tidak bersetuju tentang semuanya. Kerajaan di kalangan rakyat, diuruskan oleh rakyat dan akhirnya akan menjadi buntu, yang tiada kerajaan, dalam anarkinya.”
“Jadi apa yang kita lakukan?” soal Dr Mahathir. “Adakah kita menerima kegagalan demokrasi, atau adakah kita akan melakukan perubahan dan mengorbankan beberapa liberalisme dalam demokrasi supaya kita dapat menghasilkan sesuatu daripada sistem itu?”
“Saya akui bahawa Malaysia bukan demokrasi yang liberal,” kata beliau.
“Kita melihat dasar demokrasi sebagai ‘jalan mudah’ untuk mengubah kerajaan. Tiada revolusi, tiada perang saudara. Hanya mengundi dan kerajaan akan akan diturunkan atau dilantik semula menuruk pilihan rakyat.”
Dr Mahathir berkata, di Malaysia, calon-calon daripada parti pembangkang boleh menang dan telah menawan banyak kerajaan negeri.
Secara jelasnya, beliau berkata, jika rakyat mahu, mereka boleh ‘menumbangkan’ parti pemerintah di bawah sistem pilihan raya yang ada sekarang.
-Mstar-