Total Pageviews

Monday, December 5, 2011

Ustaz Budak oh Ustaz Budak



Pendedahan portal ini mengenai ceramah seorang ahli Pas, Shamsul Zaman Sukri atau Ustaz Budak akhirnya mendapat perhatian daripada banyak pihak malah hari ini telah mendapat liputan utama sebuah akhbar.
Disebabkan agak dangkal ilmu agama, detikperubahan sebelum ini tidak memberikan sebarang komen ketika rakaman video yang dipetik daripada www.gelombangkick.blogspot.com ini disiarkan kerana bimbang ia amat berkaitan dengan akidah umat Islam.
Shamsul Zaman telah menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi berasaskan hadis, “ulama adalah pewaris nabi”.
Dalam rakaman itu, beliau yang dikenali sebagai “Ustaz Budak” berkata: “Nabi-nabi ini orang alim, orang alim ulama itu nabilah tapi bila kita kata Tok Guru Nik Aziz itu nabi, orang kata sesat pula ambo (saya). Orang kata sesat, Ustaz Budak kata Tok Guru Nik Aziz nabi. Sebenarnya orang alim itu nabi dah.”
“Ulama-ulama itu waris nabi dah, maknanya bila tidak ada nabi, dia nabi dah.”
Apa yang pasti beberapa tokoh agama telah mula memberikan respon dan menyifatkan tindakan tersebut sesat dan membawa kekufuran.
Mereka juga sepakat berpendapat ini berpunca daripada sikap taksub dan sikap mendewa-dewakan pemimpin seperti mana Qardiyani di India yang menganggap pemimpin mereka sebagai nabi.

Tok Guru Pondok Geting, Abdullah Sa’amah berkata, beliau tidak pelik perkara tersebut berlaku orang Pas sememangnya taksub dengan pemimpin mereka.
“Hadis ulama perwaris nabi yang digunakan oleh Shamsul Zaman untuk merujuk Nik Aziz nabi adalah salah, ahli sunnah memahami ulama perwaris nabi dalam ilmu hukum dan meneruskan misi dakwah dan bukan menjadi nabi, kalau begitu semua ulama dari zaman Rasulullah SAW sehingga sekarang berjuta-jutalah nabi.
“Oleh kerana kecintaan ‘Ustaz Budak’ ini keterlaluan melampaui batas sehingga mendewa-dewakannya melebihi segala-galanya sehingga tidak sedar batas-batas perkataan yang boleh membawa kufur atau murtad,” katanya.
Malah Abdullah turut menegaskan Nik Abdul Aziz harus bertanggunjawab sepenuhnya terhadap kenyataan ini kerana beliau yang membina sikap taksub dikalangan ahli Pas.
“Dia telah menanamkan rasa benci sesama Islam dan membuatkan ahli Pas merasa taksub dengan pemimpin parti itu seolah-olah semua yang dilakukan adalahnya betul yakni maksum.
“Disebabkan itu saya meminta kepada Majlis Agama Islam Kelantan supaya menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap Ustaz Budak yang mungkin belum akil baligh ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment