Total Pageviews

Monday, December 26, 2011

Negara Berkebajikan PAS Agenda DAP Kafir Harbi - Hassan Ali

>> TUESDAY, DECEMBER 27, 2011 by papa gomo



‘‘Prinsip perjuangan saya meletakkan semula Pas ke landasan asal dan ia sejajar dengan kehendak Perlembagaan parti. Daripada pengamatan saya, Pas yang kini majoritinya dikuasai oleh golongan bukan ulama lebih cenderung mengamalkan ‘politik memenuhi kehendak rakan’hingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan yang telah dipertahankan sejak penubuhannya.


‘‘Cuba kita lihat pada awal penubuhan Pas bagaimana pemimpin Pas terdahulu seperti Dr. Burhanuddin Helmi dan Ustaz Zulkifli Mohamad berjuang untuk mendirikan negara Islam dengan cara memartabatkan Islam, Melayu dan menobatkan institusi raja-raja,’ - Hassan Ali

Gara gara kenyataan diatas YB Hassan Ali dihentam begitu hebat oleh pemimpin PAS yang lain terutama mereka yang kita tahu pro Edrogan ataupun lebih tepat proksi Anwar Ibrahim. Salah dimana kenyataan diatas yang dinyatakan oleh Hassan Ali namun itulah padah yang diterima Hassan Ali dalam membetulkan semula landas perjuangan PAS.

Namun demikian Hassan Ali tetap maintain dan tidak berundur sama sekali dengan kenyataan tersebut tetapi beliau mengambil jalan play safe apabila menarik semula Kritikannya keatas negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS waktu ini.


Video diatas jelas mengambarkan bahawa negara berkebajikan yang direncanakan PAS sebenarnya adalah satu retorik semata mata. Malah Yb Hassan Ali sendiri mengakuinya pada sidang media yang lepas seperti mana terkandung didalam video diatas.

Atas desakan pimpinan PAS pusat maka Hassan Ali menarik balik kenyataan nya yang memperlekehkan Negera Berkebajikan yang PAS perjuangkan walaupun didasar Hassan Ali beliau sendiri kecewa dengan peranan yang dimainkan PAS waktu ini bila bersekongkol bersama DAP yang merupakan parti Anti Islam, Melayu dan Raja Raja.

Yang mencetuskan polemik terbaru dalam menentang Yb Hassan Ali kini adalah Mustafa Ali setiausaha Agong PAS yang mana telah melabelkan Hassan Ali sebagai Agen UMNO. Sebelum ini Khalid Samad dan beberapa pimpinan PAS yang lain juga bertindak sedemikian apabila menuduh Hassan Ali proksi UMNO yang mensabotaj PAS dari dalam.

Para penyokong Pas perlu sedar apa yang diperjuangkan oleh Hassan adalah Islam, kedudukan orang Melayu serta raja-raja Melayu dan bukan seperti yang didakwa Mustafa Ali. Tuduhan jahat sebegini sebenarnya adalah satu agenda DAP dalam memecah belahkan PAS dari dalam dan ini dilakukan kepada Hassan Ali yang kita tahu memegang kuat akan perpaduan Islam, Melayu dan mendukung istitusi Raja Raja Melayu selaras dengan perlembagaan.

PAS sebenarnya telah Gagal dalam memperjuangkan Islam sepertimana yang mereka laungkan sebelum ini. Dan pekara ini semakin hari telah diakui oleh ramai ahli ahli PAS sehingga ada yang bertindak keluar dari parti PAS ekoran matlamat PAS yang sudah jauh memesong dari landasan yang sebenar.

politik memenuhi kehendak rakan’ - Hassan Ali

Ketua dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib, Ketua Pemuda PAS Tantawi serta bekas timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa menyokong penuh apa yang dinyatakan oleh Yb Hassan Ali dalam membela dirinya dari fitnah pemimpin PAS yang lain. Sokongan yang bertali arus ini juga bukan nya datang dari kalangan pemimpin PAS dan juga ahli mereka sebaliknya ramai orang Melayu yang mana parti politik mereka sama ada UMNO, PKR dan lain lain menyokong apa yang diucapkan Hassan Ali.

Blogger pro Kerajaan juga menyokong kenyataan Hassan Ali dalam memartabatkan Islam, Melayu dan Institusi Raja kerana apa yang dinyatakan ini adalah selaras dengan perlembagaan negara yang mana kita perlu dukung.

Pada Gomo, tidak kira lah parti mana pun pemimpin itu namun jika matlamatnya iaitu demi Islam, Melayu dan Raja Raja diperjuangkan maka kita wajib menyokong nya. UMNO sudah lama dengan perjuangan ini dan adalah satu pekara yang menarik jika lebih ramai pemimpin parti lain bersama sama UMNO dalam hala tuju yang sama.


Psssttt.. Semoga lebih ramai orang Melayu akan sedar apa yang kita ada dalam Malaysia ini


Tak Sedar Sedar Lagi?

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

No comments:

Post a Comment