Total Pageviews

Monday, December 5, 2011

Manifesto Pilihanraya PAS 1990 Hingga 2008 : Satu Analisa Bahagian 2


Sebenarnya janji pilihanraya 1990 tidak hanya kepada perlaksanaan undang-undang hudud dan qisas sebaliknya terdapat lebih 14 janji yang diluahkan secara spontan oleh pemimpin Pas terutama Nik Aziz yang tidak juga dilaksanakan termasuklah:- 
1. Melaksanakan dasar dan peraturan Islam dalam semua urusan pemerintahan termasuk perundangan, pentadbiran dan kemasyarakatan.
2. Mengamalkan kekuasaan politik untuk kepentingan seluruh rakyat dan bukannya bertujuan menindas dan mencari kepentingan peribadi atau puak.
3. Menghapuskan amalan pilih kasih, penindasan dan kuasa diktator dalam badan pelaksana (eksekutif) di bidang pemerintahan, pentadbiran dan kemasyarakatan.
4. Pas akan menjadikan Al-Qur’an dan Al-Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai sumber rujukan perundangan dan kehakiman di negeri ini.
5. Demi keadilan semua golongan, pindaan perlembagaan juga akan dilakukan bagi membolehkan dibuat perlantikan beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Dilantik) untuk mewakili kumpulan-kumpulan tertentu.
6. Mewujudkan sebuah badan bebas yang dinamakan badan hisbah bagi mengawasi pentadbiran kerajaan.
7. Mewujudkan pentadbiran yang beramanah, bebas dari penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa serta berlaku adil dalam segala perkara yang melibatkan kepentingan rakyat.
8. Mengkaji ke arah mengurangkan kadar elaun dan keistimewaan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (termasuk Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar) dalam perkara yang munasabah demi menggalakkan kesederhanaan di kalangan pimpinan kerajaan.
9. Menubuhkan satu tabung kewangan perumahan bagi membolehkan kakitangan kerajaan dan orang perseorangan memiliki rumah.
10. Semua pihak berkuasa tempatan akan dikaji semula dari segi pentadbiran dan peraturan-peraturan yang menimbulkan masalah kepada rakyat. Ini melibatkan kadar bayaran cukai pintu, tempat letak kereta, bayaran lesen perniagaan dan iklan dan berbagai cukai kepada peniaga-peniaga.
11. Mengurangkan bayaran lesen ke atas beca roda tiga, bot dan perahu nelayan, kereta-kereta sorong, warung dan gerai-gerai kecil demi menjaga kepentingan rakyat.
12. Mengadakan skim penempatan orang tua yang tidak ada pembelaan di pondok-pondok yang sedia.
13. Mengadakan pusat penempatan bagi anak-anak yatim dan memberi bimbingan khas kepada mereka.
14. Menyusun satu program pemulihan akhlak menyeluruh kepada penagih dadah, pelacur dan golongan mak nyah.
Alasan kegagalan melaksanakan janji itu diberikan dengan mudah sekali apabila Pas menyatakan bahawa rakyat tahu membezakan hasrat dan janji.
Bekas Pengarah Pilihan raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Mahmud mengakui tidak semua janji pilihan raya dibuat dapat dilaksanakan kerana ia bergantung kepada keadaan semasa dan kelulusan banyak pihak.
Kenyataan Abdul Fatah ini jelas menunjukkan Pas hanya tahu membuat janji tetapi tidak tahu menunaikannya. Pemimpin Pas yang menerajui sebuah pertubuhan politik yang diuar-uarkan sebagai sebuah parti yang berlandaskan Islam sepatutnya sedar apakah hukuman dalam Islam sekiranya gagal menunaikan janji.
Pada piihanraya 1990 juga Pas berjanji akan mengharamkan kegiatan judi dan arak di kelantan. Bagaimanapun pada 19 November 1992, Pas mengeluarkan satu lagi kenyataan yang mana judi diharamkan sama sekali tetapi bagi arak, ia hanya dibenar dijual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya.
Sikap dolak dalih Pas ini sebenarnya telah membuka pekung sendiri yang mana Pas dilihat sebagai sebuah parti yang hanya mementingkan sokongan semata sehingga sanggup mengetepikan hukum agama dan janji yang telah dibuat.
Jika diperhatikan keputusan Pas ini dibuat kerana Pas bimbang akan kehilangan majoriti sokongan daripada kaum bukan Islam yang merupakan antara penyumbang kemenangan Pas di Kelantan.
Namun harus diingat pengharaman judi yang dibuat Pas itu tidak ke mana memandangkan Pas tidak menjalankan pemantauan untuk membanteras kegiatan judi haram yang dilihat semakin berleluasa di negeri ini.
Sementara itu, pada pilihanraya 1995, Pas sekali lagi bersandiwara dengan rakyat Kelantan dengan memainkan manifesto baru iaitu merancang dari masa ke semasa rancangan kemajuan ekonomi berasaskan keperluan rakyat tanpa merampas dan menghilangkan hak rakyat.
Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Bukan rakyat yang mendapat kemajuan dan pulangan daripada manifesto itu tetapi ianya hanya menguntungkan kroni dan proksi Pas.
Pas juga telah banyak meragut tanah rakyat di kawasan hulu Kelantan untuk digadai dan dijual kepada kroninya. Akibatnya masyarakat orang Asli dan penduduk di kawasan berkenaan semakin terpinggir.
Pas juga berjanji akan untuk menghapuskan rasuah yang mana Pas akan memecat pemimpin dan kakitangan kerajaan sekiranya mereka terbabit dengan rasuah. Isu ini tidak berbangkit kerana sehingga kini belum ada pemimpin dan kakitangan kerajaan yang disabitkan dengan rasuah.

No comments:

Post a Comment