Total Pageviews

Wednesday, April 18, 2012

Chapter 6 - Awas Najib Razak, Gandingan Suami Isteri Bukan Satu Omongan Kosong

THURSDAY, APRIL 19, 2012



Gambar diatas merupakan satu gambar propaganda dan sesi khas CIA dalam memastikan pengaruh Ang San Suu Kyi dapat membantu memenangkan suami dan anak Benazir Bhutto yang mati meninggal dunia. Ternyata pengaruh Ang San Suu Kyi yang diangkat oleh CIA sebagai tokoh Demokrasi berjaya sehingga suami Benazir Bhutto Asif Ali Zardari menang pilihanraya Pakistan dan menjadi Presiden negara itu. CIA berjaya di Pakistan.
Adik menggantikan Abang telah terbukti berkesan, Suami menggantikan Isteri juga terbukti berjaya dan sekarang ini hanya menunggu apakah Isteri menggantikan suami boleh menghasilkan kejayaan buat Amerika dalam agenda mereka menguasai negara negara lain terutama negara Islam.


Thaksin bekas Perdana Menteri Thailand berada diluar Thailand yang mana sekarang adik beliau seorang perempuan menjadi Perdana Menteri Thailand yang kita tahu hanyalah boneka kepada Thaksin semata mata.


Apakah anda masih ingat bagaimana Benazir Bhutto yang telah dibiayai oleh Amerika melalui CIA berhempas pulas untuk menjadi Presiden yang akhirnya dibunuh oleh CIA dan Mosaad? Selepas kematian Bezair Bhutto maka yang menjadi Presiden hasil dari simpati rakyat Pakistan adalahsuami beliau iaitu Asif Ali Zardari.

Setiap negara ada acuannya dan di Malaysia tidak terkecuali apabila CIA menggunakan teknik yang sama iaitu jika Anwar Ibrahim sudah GAGAL menjadi pentadbir Malaysia maka tugas tersebut perlulah digalas oleh pihak lain yang juga merupakan proksi kepada Amerika dan Israel.


Dalam konteks ini nyawa Anwar Ibrahim masih lagi penting buat Amerika justeru itu sentimen simpati perlu dimainkan oleh Wan Azizah dalam menjayakan misi Amerika untuk menawan Malaysia sepertimana negara negara Islam lain yang sudah berjaya ditakluki Amerika.

Justeru itu penukaran Baton dari Anwar Ibrahim kepada Wan Azizah bagi merealisasikan impian Amerika untuk menakluki Malaysia akan dicapai pada Mei nanti. Pengumuman yang sepertimana Gomo nyatakan dalam Chapter 1 sebelum ini akan perletakkan jawatan Anwar Ibrahim sebagai ketua umum akan berlaku.

Wan Azizah sudah siap sedia, jentera pembangkang terutama dari PKR dalam menagih simpati rakyat dengan memainkan sentimen simpati akan dicanang begitu hebat menjelang PRU 13 nanti. Wan Azizah sudah sedia untuk menjadi BONEKA untuk kali yang sekiannya.

Hanya rakyat Malaysia mampu merubah apakah impian Amerika melalui CIA yang cuba menakluki Malaysia melalui pasangan suami isteri Anwar Ibrahim dan Wan Azizah akan Gagal ataupun sebaliknya. Sama sama kita nantikan PRU 13 yang Gomo rasa hanya tinggal sekitar sebulan dua ini.

No comments:

Post a Comment