Total Pageviews

Thursday, March 17, 2011

“Isu loteri jejas undi Cina”

dipetik dari Sinar harian Edisi Kelantan 17/03/2011

KOTA BHARU - Isu pengharaman judi, loteri yang dikuatkuasakan Kerajaan Negeri boleh mengurangkan undi masyarakat bukan Islam, khususnya kaum Cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). 

Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Hu Pang Chaw berkata, masyarakat Cina kini sedang menilai pentadbiran kerajaan Pas Kelantan yang melakukan beberapa tindakan yang dilihat sensitif kepada masyarakat itu. 

“Isu loteri sebenarnya tidak sedikit pun menguntungkan Pas, sepatutnya Kerajaan Kelantan berhati-hati dalam menyelesaikan masalah ini, saya banyak mendengar pandangan dan keluhan mereka yang bimbang apakah bentuk perkara yang akan diharamkan lagi sekiranya Pas memerintah negara nanti. 

“Saya bukan nak takutkan pemimpin Pas, tetapi perkara ini sudah menjadi bualan masyarakat Cina dan ia sangat membimbangkan,” katanya semalam, mengulas tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) yang bertindak menyerbu dua kedai buku menjual loteri kebajikan di negeri ini, baru-baru ini. 

Tindakan itu turut dibantahkan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyifatkan tindakan Kerajaan Pas Kelantan itu bertentangan undang-undang Persekutuan dan mendesak ia ditarik balik. 

Malah dalam masa sama, sebuah akhbar arus perdana tabloid melaporkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berhubung pendiriannya mengharamkan perjudian, termasuk loteri kebajikan. 

Mengulas lanjut, Pang Chaw berkata, amalan loteri menjadi budaya kepada masyarakat Cina dan ia berbeza kegiatan judi yang jelas mempunyai unsur pertaruhan. 

“Masyarakat Cina juga seperti orang Islam tidak sukakan keburukan, tetapi dalam amalan orang Cina, loteri adalah budaya yang banyak dikaitkan dengan unsur tuah dan kekayaan, jadi ini adalah perkara yang harus diteliti, ia dua perkara berbeza,” katanya. 

Menurutnya, masih banyak perkara yang perlu diberi perhatian Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) daripada memfokuskan isu loteri yang banyak memberi kesan negatif kepada sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR).


Ulasan Taming Seri : Ini menunjukkan bahawa masyarakat Cina selama ini menyokong PAS Kelantan kerana Kerajaan Islam PAS Kelantan selama ini sentiasa mengikut kehendak dan kemahuan masyarakat Tiong Hua, termasuklah pemberian tanah kepada kaum tersebut....

No comments:

Post a Comment