Total Pageviews

Sunday, June 12, 2011

Anwar Dalang Sebenar Di Sebalik Perjanjian IPP

Monday, June 13, 2011

Semenjak dua tiga menjak ini ramai juak-juak pembangkang yang galak nak bercakap pasal perjanjian syarikat pengeluar tenaga bebas(IPP) dengan TNB. Daripada kepalanya iaitu Anwar Ibrahim sehinggalah kepada si bebal dari Pokok Sena.

Tujuan mereka nak tunjuk kepada rakyat kononnya kerajaan bersekongkol dengan IPP dalam perjanjian berat sebelah tersebut.

Ramai orang yang tidak mengetahui siapa dalang sebenar di sebalik perjanjian itu yang kini berlagak bagai hero kononnya hendak menyelamatkan harta negara, kemudian salah itu diletak atas bahu Tun Dr M.

Untuk hendak mengelak daripada menyalahkan Tun Dr M memang sukar kerana apa sahaja yang berlaku pada waktu itu tidak boleh lari tanggungjawab Tun Dr M kerana beliau adalah PM pada ketika itu. Tetapi kita tidak tahu bagaimana Tun Dr M juga ditipu oleh manusia durjana yang kini berlagak hero.

IPP mula ditubuhkan selepas negara mengalami gangguan bekalan eletrik terburuk pada tahun 1992. Menteri kewangan pada masa itu adalah Anwar Ibrahim. Sebagai anak emas Tun Dr M pada ketika itu dia telah diberi kepercayaan untuk membincangkan perkara itu dengan EPU dan TNB.

Kalau tak percaya cuba minta EPU bongkar balik minit-minit mesyuarat yang dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim berhubung dengan pemberian kontrak IPP. Salah sebuah pembekal IPP adalah syarikat kroni Anwar iaitu Malakoff. Sekarang Malakoff milik Syed Moktar, ianya dibeli pada 2006.

Dalam minit mesyuarat itu ada dicatitkan bagaimana Anwar memarahi pegawai EPU dan pihak TNB apabila mereka membantah perjanjian yang berat sebelah itu. Antara ayat yang digunakan ''you diam , ini urusan kerajaan" begitulah lebih kurang bunyinya.

Tun tidak diberi penjelasan yang benar oleh pihak EPU pada masa itu kerana semuanya dikawal oleh Anwar Ibrahim. Itulah antara kelemahan Tun pada masa itu kerana terlalu percayakan Anwar.

Saya tidak pasti samada minit mesyuarat berkenaan diletak di bawah OSA atau tidak. Jika tidak diletak di bawah OSA kita berharap agar kerajaan dapat menunjukan kepada rakyat.

Dalam hal tersebut saya yakin Pengerusi Eksekutif TNB pada ketika itu, Tan Sri Aini Arope, juga telah dimainkan oleh Anwar sehingga dia meletak jawatan. Bagi orang yang kenal rapat dengan Anwar mereka tahu bagaimana permainan politik Anwar melaga-lagakan orang. Tidak mustahil pada masa itu dia yang suruh Aini Arope letak jawatan kemudian dia guna nama Tun Dr M.

Antara orang yang terlibat dalam merangka perjanjian yang berat sebelah pada waktu itu adalah Zaid Ibrahim.

Sepertimana yang saya katakan di atas , untuk mengelak daripada menyalahkan Tun memang tak boleh kerana beliau sebagai ketua pada waktu itu harus bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Tapi dalam masa yang sama Tun juga telah dipermainkan oleh orang kepercayaannya. Sekarang dia boleh cakap saya tak tahu, saya ikut arahan Dr M kerana itu semua bukannya ada bukti.

Sekarang dia suci dan bersih daripada segala dosa dan dosa itu diletak atas bahu Tun. Sebab itu sampai ke hari ini pun YTL masih menyayangi Anwar kerana telah banyak menolongnya dalam perjanjian tersebut. Hasil daripada komisen itu semualah termasuk dalam duit RM 13 bilion yang dia bawa lari ke luar negara menggunakan jet-jet peribadi termasuk jet milik magnum.

Sebab itu orang-orangnya jadi gila dan mereng apabila Tun Dr M membuat keputusan tidak membenarkan mata wang Malaysia diurusniaga di luar negara serta menamatkan penggunaan not RM 500 dan RM 1000 kecuali ditukar di Bank Negara.

Hari ini semua juak-juak mereka nak bercakap pasal IPP. Kalau kerajaan keluarkan minit mesyuarat itu semua pasti terkangkang.

Selain dari isu IPP , Aini Arope juga pernah bermasalah dengan Anwar berhubung Empangan Pergau di Kelantan. Cerita ini saya ingat-ingat lupa kerana ianya berlaku jika tidak silap saya selepas beberapa tahun Pas memerintah Kelantan. Jika tidak silap saya antara tahun 92-94.

TNB perlu membayar pampasan tanah kepada Kerajaan Kelantan apabila tanah telah digunakan untuk membina Empangan Pergau.

Seingat saya kerajaan pada masa itu meminta Aini Arope yang membincangkan perkara itu dengan Kerajaan Kelantan. Jika tidak silap saya rundingan terpaksa diadakan beberapa kali sebelum persetujuan berkenaan jumlah pampasan dipersetujui.

Apabila semuanya telah dipersetujui Kementerian Kewangan yang diterajui Anwar pada masa itu enggan membuat pembayaran kepada Kerajaan Kelantan dan Aini Arope dipersalahkan. Anwar marah kerana jumlah yang besar perlu dibayar kepada Kerajaan Kelantan.

Akibat dari keengangan Anwar melakukan pembayaran tersebut maka Kerajaan Kelantan telah mengarahkan pejabat tanah menyekat laluan masuk ke projek berkenaan. Sampai situ sahaja saya ingat. Jika ada siapa lagi yang ingat atau tahu sila kongsikan di ruangan komen.

*Jika ada yang saya tersilap berhubung dengan projek Empangan Pergau mohon betulkan saya. Maklumlah perkara sudah lama , saya pun ingat-ingat lupa. Tetapi yang saya pasti Anwar tak mahu bayar dan Kerajaan Kelantan sekat laluan masuk ke tapak projek.

No comments:

Post a Comment