Total Pageviews

Monday, February 21, 2011

Nik Aziz Sudah Bengong dan Nyanyuk?


Nik Aziz kini menafikan bahawa beliau pernah mengkafirkan UMNO, sedangkan perkataan UMNO Kafir ini sering keluar dari mulut penceramah PAS terutamanya semasa setiap kali Pilihanraya Umum....

Pada Ogos 1963 Dewan Ulama' PAS Kelantan mengeluarkan hukum berikut. " orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram."

Oleh yang demikian , Nik aziz menghalalkan penumpahan darah menentang UMNO yang dianggap sebagai kafir kerana berkerjasama dengan MIC, MCA, Gerakan dan lain-lain parti yang diterajui oleh bukan islam dari Sabah dan Sarawak dengan berkata,

"Jika melawan UMNO tiba-tiba kita meninggal dunia , maka kita dikira mati syahid," kata Nik Aziz dalam Kuliahnya di Masjid Kg Pulau Melaka.

Pada 3 Julai 1999 di Pengkalan Chepa, Nik Aziz berkata,

"Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri-ciri kafir".

namun beberapa bulan sebelum itu pada 12 mei 1999 Nik Aziz menekankan bahawa demi memastikan hubungan dengan DAP berjaya, PAS sanggup tidak mendirikan Negara Islam. Katanya,

"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup berkerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam".

Pada  4 Ogos 2001, Nik Aziz menekankan ketiadaan hasrat menubuhkan Negara Islam dengan berkata,

"Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuh sebuah Negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri perlembagaan itu.

hahaha Tuan Guru Politik Nik Aziz sebenarnya sudah termakan dengan tuduhan beliau sendiri selama ini....kesian dengan orang tua nyanyuk tu, demi menyelamatkan PAS yang kini sedang ditekan oleh penyokong mereka mengenai pelbagai masalah terutamanya soal PMBK dan juga MPKB yang ternyata gagal melaksanakan amanah yang diberikan oleh Rakyat Kelantan.


No comments:

Post a Comment