Total Pageviews

Monday, February 14, 2011

MB akui ada kegiatan mungkar di Kelantan


KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui dakwaan sesetengah pihak di negeri ini terdapat kegiatan mungkar.

Beliau ketika mengulas persoalan kegiatan mungkar termasuk judi, pelacuran dan dadah kesal kerana kurangnya penguatkuasaan yang dijalankan pihak terbabit sehingga negeri Kelantan yang dinamakan Serambi Makkah tercalar.

“Boleh jadi kes ini (judi, pelacuran dan dadah) ada dan jika betul ada, ia hasil daripada ‘jangkitan’ orang tengok televisyen, surat khabar dan jika tahu, boleh lapor pada penguat kuasa supaya ia tidak merebak.

“Kes judi, pelacuran dan dadah memang diharamkan dalam Islam, malahan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat memang mengharamkan kes seperti ini,” katanya pada sidang media di Kediaman Menteri Besar di sini, semalam.

Beliau mengingatkan rakyat di negeri ini menjauhi perbuatan haram berkenaan yang boleh merosakkan akhlak dan meminta penguatkuasaan dibuat bagi mencegahnya.

Menurutnya, kegiatan mungkar berkenaan berlaku disebabkan kurangnya takwa kepada Allah dalam diri manusia, sedangkan mereka (rakyat) perlu sedar Allah ada di mana-mana.

“Umat Islam diajar melakukan takwa kepada Allah dan mereka perlu sedar segala perbuatan mereka dikawal malaikat yang mencatat kebaikan dan kejahatan mereka,” katanya.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta Kerajaan Negeri sepatutnya memberi maklum balas segera berhubung pendedahan blogger mengenai kegiatan pelacuran dan judi haram yang masih wujud di negeri ini. 
 
Sumber dari Sinar Harian 15 Feb 2011

ulasan Taming Seri : itulah bila sibuk sangat dok politik sana sini sampaikan maksiat sepan mata tak nampak tapi sibuk pasal maksiat negeri orang, padahal banyak lagi yang perlu Tok Guru Politik Nik Aziz perlu lakukan di Kelantan selain asyik mencelakakan orang lain....padahal diri sendiri yang di timpa celaka.

No comments:

Post a Comment