Total Pageviews

Saturday, February 18, 2012

Israel Memberi Amaran Kepada Malaysia



Anwar Ibrahim Dan Rejim Zinos
Hebat nampaknya pengaruh Anwar Ibrahim waktu ini dikalangan negara negara Barat yang mana merupakan Proksi kepada Israel dan Amerika. Sokongan Anwar Ibrahim keatas Israel tempoh hari nampaknya telah menekan Malaysia dengan ugutan dan ancaman dari negara negara proksi Zionis ini.

Ketahui Kupasan dan Cerita sebenar Ugutan dan Ancaman yang diterima Malaysia jika Kerajaan mengancam Karier Politik Anwar Ibrahim DISNI


Psssttt... Pergh... Memang gampang le Anwar Al Juburi ni...Iblis Lakhnat


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Wednesday, February 15, 2012

House PK: GEMPAR BERAPI! GAMBAR NAJIB KANTOI KETIKA SEDANG.....

House PK: GEMPAR BERAPI! GAMBAR NAJIB KANTOI KETIKA SEDANG.....: Aku masih menanti ulasan dari Mufti, Nik Aziz dan semua cerdik pandai dalam agama ni la, apa hukumnya Anwar buat macam ni? Maaf ya, aku b...

Perak : Tidak Salah DS @NajibRazak Berada Di Batu Caves Sempena Thaipusam-Mufti


Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.


Beliau berkata sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.



"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Profesionalisme Penceramah Agama Umno Bahagian Pekan 2012 oleh Perdana Menteri di sini hari ini.



Dipetik Bernama hari ini, Harussani yang hadir pada seminar itu berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves.



Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik.



Mengenai Najib yang memakai Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India pada sambutan itu, beliau berkata, ia hanya budaya sahaja kerana orang Islam di India pun memakai pakaian yang sama. 




Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh menjadi fitnah.



"Masalahnya dalam keadaan sekarang orang Melayu berpecah, masing-masing mencari peluang untuk menghentam orang lain terutamanya menghentam sesama bangsa, pantang silap sikit.



"Saya harap semua orang kita (Melayu) balik pada asal, balik pada musyawarah... soal politik berbeza itu bukan menjadi masalah," katanya.



Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan Pas di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera Pas seolah-olah menyokong dan redha dengan orang yang melakukan kufur.

Monday, February 13, 2012

Bila Si Syaitan (Nik Aziz) Menegur Si Iblis (Anwar Ibrahim)




Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka Pas menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis...Saya, selaku Mursyidul Am Pas, dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama Pas, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.”Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat



Aduh apa dah jadi dengan Wali Terompah Nik Aziz Nik Mat ni? Dah makin parah nampaknya si Tua kutuk ni. Lain macam pulak kenyataanya dalam isu Anwar Ibrahim sokong Keselamatan Israel. Apa kes?

Gua malas nak ulas panjang bab ni tapi apa yang Gua nampak tidak lain dan tidak bukan suara Nik Aziz yang mendesak Anwar Ibrahim menarik balik sokongannya kepada Israel adalah datangnya dari suara SYAITAN.

Ops... mungkin ada yang marah dengan kenyataan Gomo ini namun itulah realitinya. Hanya Syaitan sahaja yang mampu menegur Iblis dan anggapan ini Gomo berikan kepada Nik Aziz kerana beliau adalah Syaitan dan Anwar Ibrahim pula adalah Iblis.

Diawal peringkat tercetusnya isu ini ramai pihak pembangkang terutamanya pemimpin Pembangkang yang menyokong kenyataan Anwar Ibrahim yang mana menyokong Keselamatan Israel. Pemimpin UMNO mengecam apa yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim tetapi tidak pada pemimpin PAS yang kononya pemimpin Islam lebih Islam dari UMNO.

"Kalau Berani Cerai Dengan Anwar Lah"

Dah nak hampir sebulan barulah pemimpin PAS yang bermula dari Haji Hadi bercakap soal Israel dan terbaru semalam bila Mursyidul Parti Ajaran Syaitan Nik Ajis mendesak Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan sokongan kepada Israel.

Kenapa lambat sangat Parti Ajaran Syaitan ni nak mendesak si Iblis Anwar Ibrahim menarik balik sokongan kepada Isarel sedangkan pemimpin UMNO sejak awal lagi dah mengecam kenyataan Anwar Ibrahim Iblis tersebut?

Kalau pi dua dua pun memang jahanam jugak Malaysia ni. Gua cuma nak cakap kat sini yang tindakan Parti Ajaran Syaitan melalui Mursyidul SYAITAN nya iaitu Nik Ajis adalah tidak lain hanya satu lagi sandiwara politik dalam menipu Ahlol Ahlol PAS yang bingai serta taksub ni.

Game seperti biasa yang mana telah dihidangkan kepada rakyat Malaysia sejak mereka bergabung diantara Parti Ajaran Syaitan (PAS), Parti Komunis (DAP) dan juga Parti Koyak Rabak (PKR) ini. Game yang menipu rakyat konon kononya mereka ni sepakat. Hakkkk Tuihhhh....

Buat Nik Aziz Mursyidul Syaitan diharapkan agar berundur le dari jawatan tu, dah Tua sangat nampaknya. Memang betul lah kata Anwar Ibrahim Iblis sebelum ni yang Nik Aziz ni adalahWALI TEROMPAH!!!


Psssttt... Game nak bodohkan rakyat, Memang Syaitan depa 3 parti Sial ni.




DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Dipetik dari PapaGomo

Wednesday, February 8, 2012

KECOH 14 ULAMAK SEPENDAPAT MENGATAKAN NIK AZIZ SESAT

UMUMNYA masyarakat Islam kesal dengan dakwaan Mursyiduk Am Pas, Nik Aziz Nik Mat, bahawa 'Allah lagi samseng'. Dulu dia pernah menuduh Allah mencarut. Kemudian dia mencetuskan kontroversi 'undi PAS dapat pahala' dan tuduh UMNO sebagai 'barua'. Kenyataan kontroversi Nik Aziz kali ini mendapat reaksi spontan daripada warga agama tempatan dan Selatan Thailand. Ikuti pandangan mereka berhubung dakwaan Nik Aziz.

1.)  Mengikut kaedah Usuluddin, barangsiapa  yang meletak sifat kekurangan kepada Allah, mereka adalah salah. Murtadlah mereka jika sampai ke tahap itu. Kita sudah tahu sifat tuhan.Sifat Tuhan tu apa? Belajarlah sifat 20. Mengikut ulama Usuluddin,kita semua wajib belajar sifat 20 itu. Banyak lagi sifat Allah Taala tidak terhingga. tetapi sifat kekurangan itu yang tidak ada pada Tuhan. Sifat samseng itu sifat mahmudah kan atau sifat mulia kah yang (Nik Aziz) nak letak kat Tuhan tu?- 
 Ustaz Haji Mohd Yasin Mohamad, guru agama di Kelantan.

2.) Kalimah hina Tuhan tu haram, kita nak kata tak boleh. Ulama yang bercakap lagu tu kena jauhi. Tuhan jangan disekutukan dengan satu apa pun tak boleh. Kita nak kata Allah Taala serupa tu(samseng) tak boleh - 
Tok Guru Haji Razak dari Pendang, Kedah.

3.) Semua kita tahu belaka kata hukum menyamai sifat Allah dengan makhluk ini tak boleh. Menyamai zat Allah dengan zat makhluk tak boleh, menyamakan perbuatan Allah dengan perbuatan makhluk tidak boleh. Itu jelas tentang apa yang dilarang dalam Islam dan sampai keluarnya agama. -
Syeikh Ismail Lotfi Al-Fatani, Rektor Kolej Islam Yala, Thailand.

4.) Yang sebenarnya Nik Aziz ni dari segi pengajian dia hanya faham Quran dan Hadith. Itu sahaja. Dia pula belajar di India, dia bukan alim di Mekah. Dia alim di India. Dari segi Usuluddin dia tidak mendalami. Dia mendalami dalam Quran dan Hadith sahaja. -
Ustaz Haji Abdul Aziz Abdullah, bekas imam di Pangkal Kalong, Kota Bharu.

5.) Benda-benda yang bersangkutan dengan Allat Taala kita kena teliti dan kita kena tengok. dan bila kita terjemah itu biarlah tidak mengelirukan dan orang boleh faham positifnya Allah Taala itu, sempurnnya Allah Taala itu. Manusia dimana-mana pun tak boleh sempurna, ada kesilapan. Tak kiralah dia tu orang awam ke, ulama dan sebagainya. Maknanya dia tak boleh cakap 100 peratus betul. -
Prof Madya Syed Omar Al-Saggaf, Rektor Institut Pengajian Islam Perlis.

6.) Kalau orang sanggup kata Tuhan ni samseng ertinya dia terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.. -
Ustaz Haji Zainal Abdul Rahman, Kelantan.

7.) Apa nama pun yang sebenarnya dia kena tafsirkan sesuai dengan keagungan Allah. Itu yang perlu. Bila samseng ni it sounds very bad sebut samseng ni. Kalau kita sandarkan kepada Allah sifat macam tu, ini satu benda yang tidak patut berlaku. -
Dr. Fakaruddin Abdul Mukti, Pensyarah Jabatan Akidah di sebuah universiti tempatan.


8.) Sifat-sifat Al-Mutakkabir, Al-Jabbar, Al-Qahar itu hanya layak untuk Allah SWT. Manakala manusia ni (Nik Aziz) nak pertikaikan pulak, tak kesampaianlah sebabnya kita sendiri pun manusia dijadikan Allah SWT.
Datuk Hassan Mat Jaya, Mufti Negeri Perlis.

9.) Kalau ikut ilmu Tauhid, kalau perkara itu terbit daripada orang-orang alim ataupun wali-wali Allah sekalipun kena takwil juga dan haram. Kalaupun orang yang berkata itu dia kata ada maksudnya yang tersendiri, itupun haram juga itu kerana orang awam mendengarnya lebih-lebih lagilah akan jadi menyesatkan pula. Haram bercakap macam tu. Kalaupun nak diberi orang faham, kena cakap dalam majlis-majlis yang tertentu sahaja,-
Tok Guru Haji Hashim Daud, guru agama di Padang Sera Kedah.

10.) Perkataan samseng ialah sifat mazmumah, sifat yang dicela oleh syarak. Jadi sebenarnya hujah Nik Aziz yang mengatakan kita orang Pas samseng maka Allah lebih samseng maka itu sudah menentang dengan akidah Islam.-
Ustaz Wan Ismail Wan Abdul Rashid, bekas Imam dari Kota Bharu, Kelantan.

11.) Setiap nas Qati'e yang ada dalam Quran, misalnya Yaadon, nak terjemahkan dengan makna tangan tak boleh. Wajnun nak terjemah dengan makna muka tak boleh. Wajhun dengan makna Zat, supaya tadak kesamaran kepada umat Islam seluruhnya. Dengan demikian saya rasalah orang-orang yang mengatakan sifat Tuhan itu samseng perlulah bertaubat. Sebab imi adalah satu dosa besar. -
Haji Abdullah Ahmad, Pegawai dakwah negeri Kelantan.

12.) Apabila seseorang manganggap dirinya lebih alim,lebih warak dan lebih besar semutal daripada orang lain, maka begitulah jadinya. Bercakap merapu dan meracau seperti orang kurang siuman. Jadi tidak hairanlah kalau di Kelantan ketika ini lebih ramai mempunyai manusia kurang siuman, sebab Tok Guru mereka yang kurang waras dan bersifat riak.-
Mat Daus Yunus, 72 tahun, Kampung Tok Lebir, pasir Mas, Kelantan.

13.) Saya bimbang apabila anak-anak muda dan orang tua mendengar Tok Guru mereka kata Allah sanseng, nanti mereka akan mengiyakan dan tidak lagi menyembah Allah. jadi memang patut dia bertaubat.-
Mohamad Ishak, 65 tahun, guru Quran, Kg.Ana, Tumpat Kelantan.

14.) Seumur hidup saya inilah kali pertama saya mendengar ada manusia mengatakan Allah samseng, Selama ini saya tidak pernah diberitahu oleh Tok Guru di kampung bahawa Allah itu samseng.Apa yang Tok Guru saya ajar ialah tuhan itu maha kaya, maha penyayang, maha pengasih, dan maha pengampun.
Haji Wan Ismail Yaakob , 70 tahun Guru Al-Quran ,Ketereh Kelantan