Total Pageviews

Wednesday, July 20, 2011

Blogger Pro Umno Buta Sejarah, Presiden Pas Buta dan Pekak Sejarah

Selama ini saya ingatkan blogger-blogger pro Umno tidaklah hebat sangat, rupa-rupanya sangkaan saya salah. Kalau Presiden Pas boleh buka mulut dan tuju kepada mereka maknanya mereka hebatlah.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Hj Hadi semalam , beliau berkata pihak yang membantah PAS menyokong perhimpunan HARAM Bersih 2.0 dengan alasan ia dipimpin oleh bukan Islam iaitu Datuk S Ambiga sebagai buta sejarah Islam.

Harakahdaily melaporkan Hj Hadi berkata begitu sebagai mengulas kenyataan ramai pemimpin BN khasnya di kalangan blogger Umno yang mempertikaikan PAS yang menyokong perjuangan Bersih 2.0 yang dipimpin oleh Datuk S Ambiga. Sini

Hj Hadi kata blogger Umno buta sejarah ya ?

Kalau blogger Umno buta sejarah, Presiden Pas pula buta dan pekak sejarah.

Kalau blogger Umno tak ingat atau buta sejarah masih lagi boleh diterima akal kerana sejarah yang Hj Hadi maksudkan itu telah berlaku berkurun lamanya. Tetapi apabila Presiden Pas buta dan tak ingat sejarah yang dilakarkan oleh partinya sendiri beberapa tahun lepas ianya sesuatu yang amat malang.

Saya bukan nak bercakap bab sejarah yang telah berlaku berkurun-kurun lamanya. Saya nak tunjuk kepada anda sejarah yang masih segar dalam ingatan kita semua yang berlaku tiga tahun lalu.

Sejarah yang saya maksudkan berlaku pada pagi 9.Ogos.2008 di Jalan Lebuh Pasar Besar KL, atau lebih tepat lagi di depan Bangunan Majlis Peguam.

Pada pagi berkenaan Presiden Majlis Peguam pada ketika itu,S Ambiga menganjurkan satu forum awam yang bertajuk MEMELUK ISLAM.

Penganjuran forum itu telah mendapat bantahan umat-umat islam Malaysia termasuklah Pas sendiri. Hj Hadi sendiri pada masa mengeluarkan kenyataan yang membantah forum anjuran S Ambiga tersebut.

Hj Hadi berkata PAS membantah sekeras-kerasnya hasrat Majlis Peguam mengadakan forum awam bertajuk "Memeluk Islam" Sabtu ini kerana ia mampu mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara umat Islam dan penganut agama lain di negara ini. Sini
Ketua Pemuda Pas ketika itu, Salahuddin Ayub atau lebih dikenali dengan nick namenya Din Puduraya juga membantah forum tersebut. Bukan setakat mereka berdua yang membantahnya, malah ramai lagi ahli-ahli Pas yang turut membantahnya.

Anda lihat gambar di bawah ini, perhatikan orang yang pertama di sebelah kanan dan yang ditengah. Yang pertama di sebelah kanan adalah Exco Pemuda Pas Pusat dan taliban yang ditengah semua orang mengenalinya.
Itu lagak dan gaya mereka semasa menyokong perhimpunan bersih anjuran Ambiga. Lihat pula video dibawah ini. Mereka berdua jugalah yang lantang membantah Ambiga tiga tahun lepas. Salahuddin Ayub juga turut berada dalam di tempat tersebut pada waktu itu untuk membantah forum tersebut.

Dalam masa tiga tahun mereka berubah kerana politik. Iman mereka tak kuat dan tidak istiqamah dalam perjuangan islam. Hanya kerana undi sahaja mereka mengubah pendirian daripada anti Ambiga kepada pro Ambiga. Itukah pejuang islam ? Khaikkkkk ptuihhhhhhh....

Jadi tak perlulah lagi nak melalak atau memekik pasal islam selepas ini. Islam kamu hanya boleh ditukar ganti dengan dengan undi sahaja. Kalau dengan undi pun mereka boleh mengubah pendirian mereka, bayangkan jika mereka diberi wang banyak. Masjid pun mereka sanggup tukar jadi gereja.
Tak usahlah Hj Hadi nak bercakap pasal sejarah, kalau sejarah yang mereka cipta sendiri pun sanggup mereka cabul hanya semata-mata kerana undi. Jangan nak pusing atau nak putar belit hanya kerana semata-mata nak menghalalkan perbuatan kamu menjilat punggung Ambiga.

Seperti yang selalu saya katakan sebelum ini, Pas sanggup lakukan atau lacurkan apa sahaja demi undi. Kalau isteri pun mereka boleh jadikan taruhan politik, apa lagi agama.

Semoga orang-orang islam Malaysia dapat menilai siapa Pas yang sebenarnya. Perjuangan islam mereka semuanya palsu dan hanya untuk mendapatkan undi. Baru tiga tahun mereka terpekik, terlolong membantah Ambiga, tiba-tiba Ambiga itu pula yang dijilat mereka. Murahnya maruah diri Pas. Pelacur pun tak semurah itu.

Tuesday, July 19, 2011

DARI MATLAMAT MEWUJUDKAN NEGARA ISLAM KE NEGARA KEBAJIKAN


MENUTUP 13 JENIS PUSAT HIBURAN DI BULAN RAMADHAN

1. Pada ingatan saya peraturan dan undang-undang pusat hiburan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan telah lama wujud di Kedah dan dirapikan lagi sejak tahun 1997 di waktu saya menjadi Menteri Besar Kedah.

2. Pindaan yang dibuat pada tahun 1997 ini memberi kuasa kepada pihak majlis-majlis tempatan untuk menutup pusat-pusat hiburan berkenaan dari pukul 6 petang pada hari Khamis malam Jumaat sehinggalah pukul 2.30 tengahari pada hari Jumaat, dan juga pada sepanjang bulan puasa.

3. Dengan pindaan Enakmen inilah maka pada setiap malam Jumaat semua pusat hiburan di Kedah telah ditutup kecuali di Langkawi kerana banyak pelancong. Setakat yang saya tahu tidak ada lesen pusat hiburan yang dikeluarkan kepada Umat Islam.

4. Umat Islam pula tidak dibolehkan oleh ugama Islam untuk melawat pusat-pusat hiburan tertentu bukan sahaja di bulan puasa dan malam Jumaat tetapi untuk sepanjang masa.

5. Pada waktu Enakmen ini dipinda pada tahun 1997 semua pihak setuju termasuk pemimpin dan ADUN PAS yang pada waktu itu parti mereka masih bercita-cita hendak mewujudkan negara Islam.
6. Pihak ADUN bukan Islam juga tidak menentang pindaan Enakmen ini malah ada pihak kumpulan wanita bukan Islam yang menyatakan sokongan atas penutupan pusat-pusat hiburan pada malam Jumaat kerana mereka lebih suka suami mereka berada di rumah bersama keluarga.

7. Saya dapat memahami sebabnya pemimpin MCA pusat tidak menyetujui pelaksaan Enakmen ini di bulan puasa kerana ianya tidak dilakukan di negeri lain.

8. Saya juga dapat memahami sebabnya PAS Kedah ingin melaksanakan Enakmen yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional Kedah untuk mewujudkan pindaan yang memberi kuasa menutup pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan.

9. Apa yang saya tidak faham ialah sebabnya PAS terpaksa tunduk kepada desakan DAP yang baru saja berjaya merobah matlamat PAS dari mewujudkan negara Islam kepada negara kebajikan.

10. Saya menjadi lebih kesal apabila Enakmen ini hendak dipinda kononnya disesuaikan dengan selera bukan Islam.

11. Jika di dalam sesebuah negara kebajikan, dan bukan Islam sekalipun, menutup pusat-pusat hiburan atau maksiat, tidaklah bertentangan, malah lebih baik untuk kebajikan.

12. PAS sepatutnya tidak takut untuk memberi kursus kepada DAP betapa PAS disokong oleh rakyat kerana PAS bercita-cita mewujudkan negara Islam.

13. Kemenangan PAS dan PKR di Kedah dalam Pilihanraya Umum ke 12 juga disebabkan ramai pengundi Melayu, termasuk ahli-ahli UMNO, yang bosan dengan kemimpinan kerajaan pusat yang rasuah, menyeleweng dan tidak cekap selain kepimpinan kerajaan negeri yang kelihatan boros.

14. Tindakan kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS masa kini untuk menutup pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan pasti boleh membantu mereka dalam pilihanraya akan datang. walau pun UMNO pasti meletak calon yang baik dan bersih dalam PRU ke 13.

15. Menteri Besar Kedah sepatutnya tidak berunding terus dengan wakil peniaga-peniaga China sebelum pemimpin berketurunan China dalam Pakatan Rakyat, yang memahami politik PAS di Kedah berjumpa dahulu dengan mereka untuk memahamkan tujuan kerajaan itu.

16. Orang ramai di Kedah tidak akan menghormati seseorang pemimpin yang membuat keputusan sebelum meneliti dahulu implikasinya dan selepas itu merobah keputusan semata-mata kerana gagal meyakinkan pihak peniaga atas sebab musabbab keputusan itu dibuat.

17. Jika masyarakat China di Kedah masih menyokong Pakatan Rakyat maka mereka tidak akan menyusahkan Menteri Besar untuk merobah keputusan. Jika masyarakat China di Kedah sudah tidak lagi menyokong Pakatan Rakyat di Kedah kerana Pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat pusat dikatakan bergelumang dengan maksiat, maka merobah keputusan menutup pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan yang mulia itu, tidak akan membuat mereka menyokong lagi Pakatan Rakyat.

18. Mungkin juga tidak ada pemimpin China dalam Pakatan Rakyat di Kedah yang boleh diharapkan oleh Menteri Besar Kedah untuk memberi petunjuk, sepanjang masa, mengenai kebajikan dan kepentingan perniagaan orang-orang China.

19. Mungkin juga peluang-peluang perniagaan di Kedah sangat terbatas sehingga hidup mereka terpaksa bergantung kepada perniagaan maksiat.

20. Saya percaya bahawa faktor utama yang menyebabkan perubahan pendirian kerajaan PAS di Kedah ialah kerana desakan dari PAS pusat.

21. PAS pusat pula tidak dapat mengelak daripada kenyataan bahawa keputusan mereka itu adalah disebabkan oleh desakan, atau ultimatum, daripada Karpal Singh.

22. Adakah PAS pusat akan membatalkan keputusan kerajaan negeri yang begitu baik dan Islamik jika Karpal tidak menggertak? Sudah tentu tidak. Mereka pasti sedar dengan dosa kerananya.

23. Pemimpin dan ahli PAS hendaklah mengenal siapa dia Karpal Singh ini. Beliau bukanlah satu-satunya tokoh politik dari keturunan Punjabi di duniaa. Perdana Menteri India juga 'Singh' bernama Dr. Manmohan Singh anak kepada Shri Gurmukh Singh dan Shrimati Amrit Kaur.

24. Dr. Manmohan Singh telah melawat Malaysia baru-baru ini dan begitu gembira dengan keadaan orang-orang keturunan India di sini. Sebagai seorang Singh beliau memakai serban, dan beliau tidak perlu membuang serbannya, tetapi berjaya menjadi Perdana Menteri India, walau pun ethnik Punjabi adalah golongan minoriti di India.

24. Banyak pemimpin PAS seperti Murshidul 'Am dan Presiden PAS yang memakai seban walau pun lilitannya berbeza; kalau yang mengikut Arab tidak menutup telinga dan kalau yang dari kalangan Punjabi menutup telinga dengan meninggal sedikit ruang di bawah untuk menjelaskan pendengaran.

25. Pemimpin PAS patut suruh Karpal Singh memakai serban dan bukan Karpal Singh yang mengganggu serban tokoh-tokoh PAS walau pun sudah berjaya menghapuskan matlamat usaha mewujudkan negara Islam kepada negara kebajikan.

26. Pemimpin-pemimpin Melayu Islam tidak perlu takut mempertahan prinsip perjuangan kerana menghambat kemenangan. Kejayaan atau kegagalan sesuatu matlamat ditentukan oleh Allah s.w.t. sementara cara menuju matlamat itu tidak boleh diheret melalui taktik dan cara yang mungkar.

27. Tidak hairanlah saya apabila seorang pelajar UIA yang dikatakan fanatik ugama menyatakan PAS patut ubah nama kepada PKS yang bererti Parti Kebajikan Sementara sebagaimana dulunya ia boleh di panjangankan daripada PAS ( pa - alif - sin ) yang berti Parti Islam Sementara.

28. Karpallah, yang menjadi pembela Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam mahkamah, yang menentukan masa depan Pakatan Rakyat. 

29. Semua ini disebabkan ketagih kepada kuasa yang belum dapat dan takut hilang kuasa yang sudah ada.
30. Rasa takut begini sudah menular dalam hati sanubari pemimpin-pemimpin Melayu Islam, dan akan kekal begitu, selagi UMNO dan PAS terus berpecah seperti sekarang.

31. Bangsa Melayu sangat memerlukan pemimpin yang ikhlas dan tegas dan tidak dikungkung oleh cita-cita semata-mata

32. Perkara begini tidak akan berlaku dalam PAS di zaman Allahyarham Dato' Fadzil Noor. Al Fatihah.

dipetik dari : http://sanusijunid.blogspot.com

Monday, July 18, 2011

MAHFUZ OMAR UMPAMA IBLIS.. HASUT ULAMA' PAS HINA MB KEDAH!!

lalalaPelikkan bunyi tajuk artikel ini? Itulah usaha yang sedang dilakukan oleh Pakatan bagi mengubah persepsi dan minda masyarakat dengan mengatakan bahawa UMNO mengamalkan budaya komunis berbanding DAP yang kononnya lebih menerima Islam. Terima Islam? Baru nak tutup sementara Night Club kat Kedah sudah menyalak macam anjing gila. Macam mana DAP boleh kata mereka lebih Islam dari UMNO. Jika benar hendak masuk Islam, masuk dengan cara baik. Tak perlulah hendak berdolak dalik menggunakan Agama ini sebagai pancing untuk dapatkan sokongan masyarakat Islam. Memang takkan dapat pun. DAP hanya mahukan Cina. Isu komunis ini dikatakan antara isu yang diperkatakan ketika perundingan DAP Kedah bersama PAS Pusat mengenai hal larangan Premis Hibran di Negeri Utara tersebut pada bulan Puasa. Dalam pada itu, keputusan yang dibuat Mr. Presiden PAS, Hadi Awang ternyata mengenepikan peranan Majlis Syura'. Beberapa Pemimpin Ulama' PAS mendesak agar PAS mengaplikasi Perlembagaan Parti DAP sahaja jika benar sudah tidak mahu menggunapakai Piagam PAS. Lagipun kata mereka, DAP juga katanya memperjuangkan Keadilan dan Menentang Rasuah. Mereka mendakwa tindakan menarik semula Larangan Aktiviti2 Premis Hiburan di Kedah memperlihatkan Piagam PAS dianggap seperti Al Qur'an Usang yang sepatutnya dicampak ke dalam Muzium semata2. Mereka dengan nada tegas mencabar Hadi Awang agar membakar Piagam PAS di hadapan Pemimpin2 Ulama' Parti kerana ianya tidak lagi releven di hati beliau.
 
post by : gelombang rakyat

Sunday, July 10, 2011

Taiping Mali: Mengapa berdemonstrasi ?

Taiping Mali: Mengapa berdemonstrasi ?: ".Kelmarin parti pembangkang telah mencalit satu lagi najis yang amat busuk di ibu negara dalam sejarah mereka. 58 tahun Pas ditubuhkan..."

Taming: nampak gayanya sejak golongan Ardogan mula melanda PAS, perjuangan Islam kini mula terhakis, kenapa boleh jadi begini sehinggakan ada yang berani menentang YDP Agong yang kita sama-sama pertahankan.

Saturday, July 9, 2011

Bersih 2.0: From KTM to Pasar Seni

Lawak Taming melihat gelagat mereka nih macam tiada tamadun pulak rasanya, apa yang dilaungkan adalah semata-mata untuk memenuhi nafsu semata-mata sedangkan mereka perlu sedar bahawa negara ini mempunyai undang-undang yang wajib diikut....

Reformasi!!!!
Bersih!!!!
Undur Najib!!!!
Undur BN!!!!

Kih kih kih.....memang lawak betul bila melihat gelagat mereka yang tak sedar diri
Wahai manusia-manusia bangsat sedarkah anda semua bahawa BN memerintah negara ini setelah dipilih oleh rakyat bukan dengan rampasan kuasa sebagaimana yang diwar-warkan oleh Anwar Al-Juburi pada 16 Sept 2008 lalu.....memilih BN bermakna rakyat telah memberi kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin yang berada dalam BN jadi kenapa mereka-mereka yang menjadi Anjing Anwar Al-Jubori melaungkan perkara yang tidak masuk di akal..... apalah sangat suara yang tidak sampai 1% itu kalau sampai 100,000 orang pun belum lagi mewakili 27,000,000 rakyat Malaysia hampeh punya Pakatan Haram....

Kalau nak memerintah sangat tunggulah PRU-13 nanti itu pun kalau diizin Allah S.W.T bersabar la ye jangan jadi gelojoh sombong nanti merana diri hehehe.....sorry

Wahai Rakyat Malaysia janganlah Kamu Semua Yang Masih Mahukan Kedamaian Di Bumi Malaysia Ini Menyokong Puak-Puak Haram Ini....Sial

Friday, July 1, 2011

Shamsul Iskandar: Jahaman yang bangsat 13.0 AMK (Part 2/2)



cipan punya Sam Ketot nak rampas kerajaan melalui cara jalan raya ko ingat negara ni mcm negara Mesir ke? jangan harap la Malaysia merdeka melalui perundingan bijak pemimpin terdahulu ko pun menikmati nikmat keamanan dari hasil mereka yang terdahulu jangan ko cuba nak rosakkan keamanan negara ini semata-mata nafsu serakh ko bangsat......

House PK: PANAS BERCILI! SAM KETOT WAJIB DITANGKAP POLIS KER...

House PK: PANAS BERCILI! SAM KETOT WAJIB DITANGKAP POLIS KER...: "Aku nak mintak korang tolong buat laporan polis atas si pendek ketot tak cukup vitamin ni, mamat ni menghasut rakyat Malaysia dengan menga..."

House PK: PANAS BERCILI! SAM KETOT WAJIB DITANGKAP POLIS KER...

House PK: PANAS BERCILI! SAM KETOT WAJIB DITANGKAP POLIS KER...: "Aku nak mintak korang tolong buat laporan polis atas si pendek ketot tak cukup vitamin ni, mamat ni menghasut rakyat Malaysia dengan menga..."