Total Pageviews

Tuesday, March 22, 2011

JANTAN-X : ISUNYA D.N.A!

(Dia interbiu Saiful, dia bagi keje Saiful, dia bayar gaji Saiful, dia bawak Saiful ke Hong Kong, Bangkok & Singapura, dia didakwa "kunyitkan" Saiful- YAB Dato' Sri Najib yang salah?)

Salam 2 all.

Kelihatan ramai yang syok sembang cerita videoseksual Datuk T sejak semalam. Malahan ada yang menyatakan teman sendiri tekah membuat pertuduhan keatas manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan melalui kenyataan yang disiarkan oleh televisyen! Na'uzubillah, begitu bebal dan pendek aqal manusia zaman kini!

Teman telah membuat kenyataan jelas didalam blog semalam, yang terang-terang teman katakan kita semua perlu berhati-hati. Ini isu besar. Teman tak pernah kata pun Jantan-X tu Anwar, apatah lagi menuduh dia Jantan-X yang "menyudu" dalam videoseks itu. Sebenarnya kenyataan teman kepada media ialah, "mengikut kenyataan rakan-rakan yang sudah melihat videoklip tersebut, memang sah orangnya!" Cuma media siarkan bahagian "memang sah orangnya", tapi ayat awal tak keluar. Alhamdulillah dan nasib baik teman sudah buat kenyataan melalui penulisan di blog sebelum siaran tivi keluar, yang jelas membuktikan pendirian teman dalam isu ini.

Tapi malangnya ada segelintir badut ingusan mana tak tahu, yang baca kenyataan teman pun tak, terus main terkam hanya kerana dengar kenyataan ditelevisyen. Dengar cerita dulu sampai nak buang tivi, tak mahu dengar dah. Kapior lah, pasik lah!!! Tapi rupanya percaya gobloq jugak! Bacalah dulu kenyataan teman sendiri yop. Yang mike nak pergi dengar tivi sahaja buat apa, kenyataan teman terang tertulis didalam blog. Nak kata bodoh dia sekolah, nak kata sekolah cakap macam orang terencat aqal..gobloq dong!!!

Sebenarnya tiada siapa pun yang membuat apa-apa kenyataan mengaitkan Anwar dengan video seks itu. Semua media, termasuk pro pembangkang tak sebut langsung nama manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan ini sebagai Jantan-X tersebut. Tau-tau dia sendiri bukak pekung dengan buat kenyataan akhbar menafikan dia Jantan-X dalam videoseks tersebut. Takde angin takde ribut, yang mike nak melenting tak tentu pasal tu apa ke he yop! Yang si bini pun, tengok video tu pun tak lagi nak melenting pasal apa. Tengoklah dulu, kot mike boleh cam "sudu" Jantan-X tu!!!

Apa yang teman musykilkan ialah kenapa Anwar begitu cepat dan tangkas menafikan. Jantan-X dalam videoseks tersebut. Siap bukak baju nak tunjuk perut lagi. Siap buat repot polis lagi. Anwar Berahim buat repot polis? Aik, kata tak percaya polis, polis jahat, polis jeles, polis dengki, polis pukul, polis itu polis ini. Anak pompuan dia siap tuduh ni negara polis lagi! Tiba-tiba dengan langkah bak Hang Buah dia berpencak membuat repot polis! Dengar cerita ramai polis menangis kerana terkejut Anwar repot polis minta polis siasat!! Ini tanda kiamat dah dekat ke yop?!
Kalau Anwar begitu tangkas & cepat bak kilat membuat penafian Jantan-X dalam videoseks tu bukan dia (walaupun takde sape tuduh dia pun) sampai bukak baju tunjuk perut, teman cabar Anwar buatlah penafian airmani DNA Jantan-Y dalam dubur Saiful dengan memberikan sampel setitik darah dia!!! Berani Anwar? Ke nak pegang patua Sheikh Karpal PooSingh tak boleh bagi DNA???

Sebenarnya inilah isu besarnya. Isu DNA. Ini muslihat politik kotor untuk mengalih isu DNA. Rakyat mahu tahu siapa Jantan-Y itu. Ulama' PAS nak tahu! Ahli PAS pun nak tahu! Ustad PAS pun nak tahu! Dan seluruh rakyat mahu tahu kenapa Anwar liat dan susah sangat nak bagi sampel darah untuk DNA dia? Apa yang dia takut sangat?

Dan teman maklumat sahih Anwar paling takut kerana sudah ada desakan daripada ulama' dan akar umbi PAS yang memberi katadua supaya Anwar serahkan darahnya untuk ujian DNA, dengan amaran jika tidak diberi mereka akan desak PAS kaji balik hubungan dengan Anwar dan Pakatan syaitan dengan DAP! Itu yang Anwar ketar lutut yop!

Kalau tidak, apa ke hal Anwar tiba-tiba nak mengaku dia bukan Jantan-X dalam videoseks itu. Sekali lagi teman nak tegaskan, tidak ada sesiapa pun yang menuduh Jantan-X itu Anwar. Dia sendiri yang buka pekung mengaku! Siap tunjuk perut yop!!! Ini kerja gila babi yop, babi gila pun tak buat kerja macam ni!!!

Dengan membuka pekung dia bukan Jantan-X, teman tahu Anwar cuba meraih simpati rakyat, sekaligus menutup isu DNA airmani yang bertakung dalam dubur Saiful. Sebenarnya Anwar sudah jem giler. Dia dah tak tahu nak jawab dan putar macam mana lagi isu DNA ini. Dia sudah kekeringan kelentong dan kelentang. Teman kenal sangat Anwar ni yop! Jadi isu Jantan-X dalam videoseks ini cukup menguntungkan Anwar! Apa lagi yop, dia putar abis lah isu ni. Apatah lagi esok 22 Mac 2011, Mahkamah akan buat keputusan tentang permohonan Pendakwaraya untuk sampel darah Anwar diserahkan buat ujian DNA. Isu videoseks ini jalan keluar yang terbaik untuk Anwar!

Bolehkah mike percaya isu Jantan-X menyudu dalam videoseks tu dikatakan perbuatan kerajaan. Masuk akai ke yop? Berapa lama nak kena bohong dan kelentong yop? Orang yang menamakan diri dia Datuk T tu kata dia kawan Anwar. Dia yang diminta Anwar ambil jam yang tertinggal dalam bilik hotel tempat menyudu" tersebut. Kawan Anwar ni yang jumpa video tu. Kawan Anwar ni yang buat kenyataan akhbar tu. Kawan Anwar ni yang tunjuk videoseks itu kepada wartawan. Kawan Anwar ni yang ugut Anwar supaya letak jawatan. Kawan Anwar ni juga yang kata setelah melihat video itu dia yakin Anwar tidak layak menjadi pemimpin. Kawan Anwar ni yang desak dia dan bini dia supaya berundur. Itu semua dibuat oleh Datuk T iaitu kawan Anwar sendiri. Takde kena mengena dengan sesiapa pun, apatah lagi Kerajaan.

Macam dalam kes Saiful. Dia yang interbiu Saiful. Dia yang bagi kerja kat Saiful. Dia yang bayar gaji Saiful. Dia yang bawak Saiful ke Hong Kong, Bangkok dan Singapura. Dia yang yang didakwa "mengunyitkan" Saiful. Tup..tup..YAB Dato' Sri Najib yang salah. Cakap tu biarlah pakai otak sikit yop. ALLAH bagi otak bukan suruh buat sup, tapi suruh berpikior yop oi!!! Pakailah otak tu sikit.


Pada teman, isu videoseks ini adalah masalah peribadi diantara Datuk T dengan Anwar. Biar mereka selesaikan. Samada videoseks tu tulin ke, atau palsu ke, ori ke, Petaling Dtreet ke, atau memang Jantan-X itu Anwar ke, itu bior dema setel sama dema yop. Dan Anwar pun dah buat repot polis, biar Polis siasat. Kalau betul terbukti Jantan-X itu Anwar, biar pihak berkuasa ambil tindakan.

Yang penting sekarang ialah; Anwar wajib berikan sampel darah dia untuk ujian DNA bagi menentukan siapa Jantan-Y yang mengunyitkan Saiful dan meninggalkan airmani bertakung dalam karung Saiful!!! Period!!! Full stop!!!

OK yop, ada mengarti kah itu semua? Pokok pangkalnya, isu besarnya ialah bukan siapa Jantan-X dalam videoseks itu, tetapi siapa Jantan-Y yang "mengunyit" Saiful dan menakungkan airmaninya dalam karung Saiful! Jawapannya ada pada Anwar Ibrahim. Hanya dengan setitik darah, kebenaran & keadilan pasti akan terbukti.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin
Selasa
17 Rabiu'l Akhir 1432
22 Mac 2011


*Gambar Mr T dari the A-Team. Dia belum dapat Datuk lagi yop, kalau tak agaknya dia akan difitnah sebagai Datuk T ;))

Taiping Mali: Anwar cuba alih pandangan rakyat

Taiping Mali: Anwar cuba alih pandangan rakyat: "Umno dan BN mesti berhati-hati dengan isu video panas yang mengaitkan YB Dato Seri Anwar Ibrahim.

Anwar disyaki telah mengupah team atau ..."

VIDEO SEKS.. HARUN DIN CABAR ANWAR SERAH DNA??

Posted: Tuesday, March 22, 2011 by Gelombang Rakyat in Labels: 
PROF. DATUK DR. HARUN DIN!! Siapa yang tidak mengenali beliau? Seringkali dikaitkan dengan Darul Syifa', sebuah syarikat miliknya yang memberi perkhidmatan rawatan secara Islam. Kerajaan Barisan Nasional pernah memberi ruang kepada beliau menikmati kerjaya dalam bidang Syariah termasuklah Bekas Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan sehinggakan dilabel sebagai Ulama' tersohor. Melayu CinDia juga tidak akan lupa beliau juga antara manusia pertama yang membelaANWAR IBRAHIM ketika dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998. Malah Haron Din jugalah antara yang tampil memberi kenyataan bahawa Tuduhan Liwat Anwar pada ketika itu sebagai Fitnah Politik dan hampir setiap hari kelibat beliau kelihatan di rumah Anwar. Rumah beliau juga menjadi tumpuan selepas beliau mengisytihar menyokong Gerakan Reformasi 1998. Kes Liwat Anwar telah memberi peluang kepada beliau untuk berjaya dalam arena politik dengan menyartai PAS. Kini pertuduhan seks itu kembali. Anwar kembali berhadapan dengan Seks Luar Tabii Versi 2. Namun tiada suara Pembelaan dari HARON DIN. Tiada lagi suara keramat, arahan malah kelibat insan yang kini memegang Timbalan Mursyidul Am PAS. Namun, beliau agaknya secara tidak sengaja melatah apabila mendengar cerita penayangan VIDEO SEKS Pemimpin Kanan Pakatan. Beliau bersuara dengan nada yang agak berbeza. HARON DIN MENDESAK ANWAR SERAHKAN DNA KEPADA PIHAK MAHKAMAH!! Benarkah? Siapa yang mendengar kenyataaan beliau ini?



Salah seorang pelanggan Darul Syifa' di Bangi semalam telah membongkar cerita ini. Beliau terdengar perkara ini semasa mendengar Haron Din menjawab panggilan telefon bimbit beliau di Darul Syifa' pada ketika pelanggan ini sedang menunggu gilirannya untuk dirawat. Haron Din seolah2 marah dan terdengar suaranya berkata "Ana (saya) mahu DNA itu diserahkan dengan segera. Ana (saya) tidak akan berganjak dengan pendirian ini dan tidak akan jumpa anta (kamu) selagi DNA tidak diserahkan."

Haron Din lalu mematikan telefon bimbit dan beredar ke dalam kereta keluar. Pelanggan tersebut yakin DNA tersebut menguatkan kenyataan beliau bahawa Haron Din memang sudah tidak percaya akan Anwar. Haron Din mungkin diminta oleh beberapa rakan dari PKR agar beliau tampil membuat kenyataan 'keramat 1998' bagi membuktikan kepada seluruh Malaysia bahawa tuduhan Liwat kedua Anwar juga merupakan fitnah semata2. Namun, sehingga hari ini Haron Din diam membisu dan tidak lagi digunakan sebagai 'jurucakap' Kes Liwat Anwar menurut perspektif Islam.

Adakah Haron Din semakin jelak dengan isu Seks yang tidak lekang dengan Anwar? Di tambah pula dengan Tayangan Video Seks Pemimpin Kanan Pakatan yang dilihat Haron Din amat kotor jika benar ianya adalah Strategi Politik Sulit Anwar bagi mengalih perhatian masyarakat terhadap kes Liwat yang dihadapi olehnya? Namun politik Anwar penuh dengan propaganda dan penipuan. Mungkin Harun Din akan dipanggil Jawatankuasa PAS selepas ini agar menghentikan kenyataan menghentam Dasar Pakatan. Berbaloikah Harun Din menanggung dosa semata2 dengan kesemua penipuan2 ini?

Anwar sememangnya telah membuatkan penyokong2 beliau ragu2 dengan pendirian FITNAH ANWAR ini setelah beliau tidak mahu menyerahkan DNA yang secara jelas menjadi penentu kes Liwat ini. Pemimpin2 Politik seperti Haron Din juga mungkin akan terkejut dengan kenyataan balas Anwar mengugut Perdana Menteri menyerahkan DNA bagi membuktikan pertuduhan Kes Altantulya yang telahpun diselesaikan. Anwar kini gagal menggunakan Suara Keramat Haron Din dan hanya bergantung kepada suara Nik Aziz yang dilihat masyarakat semakin terumbang ambing menuju kehancuran kuasa politik beliau walaupun telah semakin tua kesihatannya.


Harun Din dilihat malu dengan Strategi2 Politik kotor yang diketengahkan oleh Anwar malah dilihat semakin kotor jika dibandingkan semasa berjawatan di dalam UMNO. Harun Din selepas pemecatan Anwar bukan sahaja menjulang perjuangan Reformasi Anwar, malah terpaksa memberi penjelasan kepada rakan2 di dalam PAS pada ketika itu yang tidak dapat menerima penghinaan dan menjadi punca perjuangan PAS di seluruh Negara disekat oleh Anwar. (VIDEO di atas sebagai bukti Anwar menaikkan kebencian rakyat terhadap PAS ketika berjawatan di dalam kerajaan).


Sebelum ini, Haron Din pernah mencetuskan kontroversi dan mengejutkan Pemimpin2 Pakatan setelah membuat kenyataaan balas mempertahan kalimah ALLAH dan melarang mana2 pihak dari mana2 Agama menggunakan kalimah ALLAH selain dari Islam. Beliau dengan tegas mendakwa sesiapa yang menyokong Agama2 lain menggunakan Kalimah ALLAH adalah KUFUR. Ramai yang menganggap perkataan KUFUR itu ditujukan kepada Anwar. (Rujuk VIDEO di atas sebagai bukti)


Kenyataan Haron Din ini membalas pegangan songsang Anwar yang mendakwa ALLAH merupakan Tuham buat kesemua Agama dan merestui Agama Kristian bagi menggunakan Kalimah tersebut. (Rujuk VIDEO di atas sebagai bukti)

VIDEO-KLIP LAGI!

VIDEO-KLIP LAGI!

(Video "Pak Yangoat Yang Terlampau"-tiada kena mengena dengan videoklip ini ;)

Salam 2 all.

Hari ni riuh di Parlimen dan media cyber mengenai satu videoklip yang didakwa sebagai adengan seksual seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur muda Cina. Video tersebut dikatakan dirakam secara sulit di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Menurut orang yang menemui video tersebut, dikenali sebagai Datuk T, beliau menjumpai rakaman videoklip tersebut selepas disuruh oleh pemimpin pembangkang itu untuk naik ke bilik hotel itu mengambil jam beliau yang tertinggal. Dalam mecari jam tersebut, beliau menjumpai alat perakam video itu yang mengandungi adengan seksual pemimpin tersebut.

Videoklip itu mengambil masa beberapa minit, dengan segmen pertama menunjukkan pemimpin tersebut memasuki bilik hotel berkenaan dengan seorang wanita (disyaki seorang pelacur Cina) diiringi seorang lelaki. Segmen kedua menunjukkan pemimpin tersebut diberikan layan oral oleh wanita tersebut. Ini diikuti dengan segmen adengan "menyudu" dalam pelbagai posisi sehingga ke segmen "tembakan ke muka wanita tersebut". Segmen akhir menunjukkan pemimpin itu ke bilik sebelah kemungkinannya tandas. Keseluruhan adengan mengambil masa dalam 17 minit.

Kata seorang rakan yang menonton videoklip tersebut, "kalah Chua Soi Lek yop!". Kalah dari segi kecepatan dan kepantasan adengan yop!!! Takde "muqaddimah", takde "starter", terus "tomahawk missile" je yop! Kata kekawan yang tengok "200%" mamat tu yop!!!

Kita sebagai umat Islam mengambil pendirian bahawa dalam perkara berat saperti ini, kita mesti hati-hati. Kena periksa dahulu kesahihan videoklip itu. Beberapa persoalan yang berbangkit ialah:

1. kenapa penama yang dikatakan "Datuk T" itu memilih untuk mendedahkannya kepada para editor akhbar dan wartawan dahulu?
2. siapa Datuk T tersebut, mengapa perlu identitnya dirahsiakan?
3. mengapa tiada lapuran polis dibuat?
4. kenapa mereka yang mendedahkan videoklip itu begitu berhati-hati, dengar kata siap pakai cermin mata hitam dan wartawan yang memasuki bilik tempat ditayangkan itu langsung tidak dibenarkan membawa walaupun pen; kena pakai robe lagi?
5. bagaimana videoklip ini boleh muncul setelah sebulan kejadian (iaitu 21.02.2011 sekitar 10 mlm).

Kedua, teman nasihatkan semua pihak supaya berhati-hati. Teman khuatir ianya mungkin satu perangkap sahaja. Setakat yang teman kenal, puak-puak ni mampu berbuat apa sahaja. yop, takat baut video palsu kira celah gigi je yop! Kalau satu dunia pun dema boleh bohong dan kelentong, takat tambah setahil lagi bukan masalah yop. Ini adalah puak-puak yang terdesak. Setelah pemimpin mereka kantoi mengenai isu DNA, dan dalam keadaan mereka tidak ada sebarang jawapan, tiba-tiba muncul videoklip ini. Kemungkinan ianya satu sandiwara yang direkayarsa dengan begitu teliti tidak boleh ditolak. Mereka boleh cipta videoklip ini, dan mereka pulak nafikan! Nggak ada masalah dong!

Cuba bayang kalau semua orang dok bercakap mengenai videoklip ini, semua suratkhabar dok tumpu dan buat ulasan masing-masing, semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen dok bercakap mengenainya; hilanglah tumpuan rakyat kepada isu DNA. Mereka sekarang ini sangat tertekan dengan isu DNA. Mereka sudah tidak ada jawapan. Mereka mati kutu cara terbaik nak putar belitkan cerita DNA ini. Jadi cara terbaik ialah dengan merekayarsa dan menipu dengan cara licik ini..alihkan tumpuan rakyat daripada isu DNA. Lebihkurang satu decoy lah yop!

Dan cuba bayangkan kalau akhir nanti terbukti videoklip ini palsu dan direka. Apatah lagi diletopkan betul-betul sebelum pemilihan di Sarawak. Boleh bayang apa nak jadi? Rakyat akan kata ini fitnah besar, sekaligus isu DNA juga akan dikatakan fitnah besar; dan pasti rakyat akan terpengaruh untuk menolak kerajaan dan menyokong pembangkang. Teman cukup yakin selepas ini dema akan pukoi kompang dan gendang sekuat mungkin bahawa ini semua fitnah tajaan kerajaan. Mungkin dema yang buat, lepas tu dema kata orang lain buat. Eleh yop, putarbelit ini dah ujud sejak zaman Goebel, Menteri Propaganda Hitler. "Reka satu pembohongan, besar-besarkan pembohongan itu". Itulah pepatah Goebel yang dicatat sejarah!

Nasihat teman kepada semua supaya berhati-hati. Sikap kita mudah sahaja. Kita tidak tahu apa pun tentang videoklip ini. Oleh itu kita minta supaya Datuk T, atau sesiapa juga yang terlibat, supaya membuat lapuran polis. Kemudian biar pihak berkuasa membuat siasatan dan kajian, termasuk dari segi pembuatan video dan lain-lain. Jika ianya tidak benar, maka pihak yang bertanggungjawab hendaklah dikenakan tindakan yang tegas termasuk pertuduhan jenayah. Malahan pihak polis sudahpun boleh bertindak kerana "Datuk T" tersebut melakukan satu kesalahan jenayah, "kerana memiliki satu video lucah". Dan kepada sesiapa yang rasa dirinya "teraniaya", eloklah buat lapuran polis, supaya siasatan terperinci boleh dibuat.

Namun, jika siasatan polis dan pihak berkuasa mendapati videoklip itu betul, dan melibatkan pemimpin tersebut, maka tindakan mengheret beliau dengan pertuduhan jenayah hendaklah diambil. Bukan susah, dapatkan sahaja pelacur itu dan lelaki yang mengiringi pemimpin tersebut ke hotel tersebut. Dan jangan lupa siasat juga Datuk T itu. Kalau sempat, cari DNA mereka yang terbabit.

Dan kepada pemimpin tersebut, jika benarlah videoklip itu membabitkan pemimpin tersebut, teman paling kasihan ialah kepada ahli keluarga beliau. Isterinya telah mengisytiharkan lakinya sebagai ...dot...dot...dot! Rakyat termasuk segelintir pak jangoat dah terpercaya dan terpedaya dengan mainan politik pemimpin ini. Kepada sang isteri, jika benar sang suami terlibat, sudah sudah lah tu. Mike tahu teman pun tahu apa yang mike tahu. Dah tiba masanya sang isteri menasihatkan sang suami supaya bertaubat, dan berundurlah. Demi maruah keluarga, isteri, anak-anak, agama, bangsa dan negara!

Kalaulah benar pemimpin itu yang didalam videoklip tersebut, beliau sepatutnya mengambil langkah berani untuk mengakui kesalahan dan bertaubat. Berundurlah daripada politik. Letaklah jawatan. Eloklah pergi jauh-jauh buat muhasabah diri. Jangan sampai video ini terdedah kepada umum. Eloklah ditutup keaiban dan kejijikan tersebut. Kalau tak mau pergi ke Mekah, pergi ke Tibet pun tak apa. Bertaubatlah! Kalau Dato' Seri Chua Soi Lek, seorang bukan Islam pun berani mengaku berbuat kesalahan dan menebusnya dengan meletakkan jawatan Menteri, dan berundur untuk bermuhasabah; inikan pula kita yang yang beragama Islam!

Tetapi setakat yang teman kenal puak-puak ni yop, dema akan dengan cepat memutar-belit cerita ini dan dakwa ianya rekaan Kerajaan. Silap-silap YAB Dato' Sri Najib akan ditohmah mendalangi videoklip ini. Mungkin juga UMNO/ BN difitnah menaja videoklip itu. Teman tidak akan terperanjat kalau ditohmah-fitnah kata videoklip itu membabitkan pelakon yang di upah. Mungkin RM2 juta kot. Almaklumlah dema ni suka bebenor dengan angka RM2 juta ni yop. Cuma malang YB Gobala saja ada kureng sikit, difitnah RM1.4 juta. Lekeh betoi ye yop!

Dan yang paling teman takkan terkejut kalau mereka berkata, "it looks like him, sound like him, but it must be his genie who was paid RM2 million by UMNO/ BN to pretend as the leader!!". Kasi alihbahasa sikit, teman takkan terkejut kalau mereka berkata, "lelaki itu suara saperti dia, muka macam dia, tapi itu adalah Jin dia yang menyamar setekah dibayar RM2 juta oleh UMNO/BN". Dema ni boleh buat apa aje yop!!!

Adios amigos, grasais senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
16 Rabi'ul Akhir 1432
21 Mac 2011

*Nota: Anwar Ibrahim sebentar tadi membuat kenyataan akhbar menafikan beliau "Lelaki-Y" didalam videoklip tersebut, walaupun sebenarnya tiada siapa pun yang membuat tuduhan ianya Anwar. Makan cili terasa podeh ke yop!

Sunday, March 20, 2011

Lega Nik Aziz lembut hati




SEREMBAN – Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Sigh menarik nafas lega apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mula berlembut dengan isu penjualan loteri di negeri tersebut.

Karpal berkata, beliau gembira dengan hasrat Mursyidul Am Pas itu hendak mengkaji semula pelaksanaan undang-undang baru yang dibuat Kerajaan Negeri Kelantan.

“Sekarang Nik Aziz sudah bersedia berbincang mengenai hal ini (penjualan loteri) dan ia adalah perkembangan baik untuk masyarakat bukan Islam di Kelantan.

“Bagaimanapun, ingin saya tegaskan bahawa beliau perlu ikut perlembagaan negara dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan mana-mana pihak,” katanya di Majlis Makan Malam Sambutan 45 Tahun DAP di Senawang Jaya, di sini, kelmarin.

Nik Aziz berkata kelmarin, Kerajaan Kelantan serahkan kepada penasihat undang-undang mengenai penguatkuasaan yang tidak membenarkan premis menyediakan khidmat perjudian.
Ada pihak, katanya, mempersoalkan bahawa loteri tidak memerlukan premis seperti judi lain yang lama dilarang beroperasi.

Bagaimanapun, kata Nik Abdul Aziz, Kerajaan Negeri tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendukung keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan.
Hadir sama, Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Pengerusi Dap negeri, Loke Siew Fook; Timbalan Pengerusi Dap negeri, P Gunasekaran; Pengerusi Kebajikan Hal Ehwal Wanita DAP negeri, Wong May May dan Pesuruhjaya Pas negeri, Zulkefly Mohd Omar.


Ulasan Taming Seri : Kenapa begini sikap seorang Ulama' yang disanjung oleh rakyat Kelantan, pendirian yang tidak pernah tetap walaupun berkenaan soal hukum, walaupun selama ini beliau sering mengharamkan premis judi di Kelantan, apabila dipertikaikan oleh puak kafir beliau terus menghalalkan perkara yang haram.

Betul kata seorang tua yang pernah bersama dengan PAS lebih 30 tahun, Nik Aziz akan melakukan apa saja asalkan beliau terus memerintah di Kelantan, kalau dulu pelbagai perkara yang diharamkan sudah dihalalkan kini soal judi pula akan dihalalkan oleh Kelantan setelah 20 tahun memerintah.

Sedarlah rakyat Kelantan bahawa Tok Guru yang anda agong-agongkan adalah seorang yang menyesatkan Umat Nabi Muhammad, inilah yang dikatakan Ulama Dunia yang dilaknat oleh Allah s.w.t, semoga negara kita yang aman serta sentosa ini dilindungi oleh ulama politik yang sesat lagi menyesatkan ini.

Thursday, March 17, 2011

Takziah Kepada Nik Aziz: Peniaga Enggan Minta Maaf



14032011
“Tuan Tabal Tuan Guru,
Telok Kemang Masjid Tanah,
Jangan tabal Sultan baru,
Sial majal lah ke lubang tanah.”
Di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di bulan November 2007, sewaktu menggululung perbahasan belanjawan Kerajaan Negeri 2008, Tuan Guru Nik Aziz membaca serangkap pantun untuk menyindir UMNO Barisan Nasional khasnya, Tan Sri Panglima Annuar Musa.
“Tuan Tabal Tuan Guru, Telok Kemang Masjid Tanah, Jangan tabal Sultan baru, Sial majal ke lubang tanah.” Pantun Tok Guru mengungkap insiden di mana Annuar Musa menabalkan Sultan baru bagi Kelantan di bawah pokok ketapang di Ketereh dua dekad yang lalu.
Riuh rendahlah dewan dengan ketukan di meja oleh penyokong-penyokong kerajaan.
Beberapa bulan yang lalu, Nik Aziz membaca pemashyuran Sultan Kelantan yang baru.
Beberapa hari lalu, Tok Guru merajuk, marah dan kecewa dengan sikap wakil-wakil peniaga yang dikatakan tidak beradap dan celupar ketika berucap di majlis anjuran pihak Kerajaan Negeri. Kedua-dua wakil persatuan peniaga kecil Melayu di Kelantan itu di dalam ucapan mereka mengkritik agensi kerajaan dan wakil-wakil rakyat tertentu di bawah kepimpinan Nik Aziz berhubung isu perpindahan peniaga ke Lubar Kubur Bazar Tok Guru.
Tok Guru didalam ucapannya menegur tindakan itu sebagai tidak beradab dan memberhentikan ucapannya di dalam keadaan marah selepas hanya tidak lebih tiga minit.
Beberapa tahun yang lalu, di padang Kompleks Sekolah-Sekolah Kelantan, Nik Aziz pernah berada di kerusi peniaga, bangkit memberi ucapan di hadapan Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi.
Nik Aziz mengambil kesempatan secara tidak lebih adabnya juga bila menyelar polisi Abdullah dan melahirkan rasa tidak yakin terhadap kemampuan kerajaan Abdullah menjalankan projek ekonomi yang sudah dilancarkannya, secara terbuka.
Berdiri-diri exco-exco Kerajaan PAS Kelantan bertepuk tangan gembira walaupun dalam program Kerajaan PAS Kelantan, kita tidak dibenarkan bertepuk tangan. Tetapi tidak mengapa kerana ini program PETRONAS dan Kerajaan Pusat.
Berpantun-pantunlah Nik Aziz dengan pelbagai kiasan dan sindiran.
Abdullah menyambut Nik Aziz turun dari pentas dengan senyuman. Abdullah kemudian naik ke pentas dengan tenang dan memulakan ucapannya dengan menerima segala kritikan dengan hati terbuka. “Yang lepas biar lepas, saya datang untuk mulakan yang baru…” lebih kurang begitulah kata Abdullah.
Kalau dibandingkan diantara dua manusia ini, amat mengejutkan untuk dikatakan, Abdullah jauh lebih mulia, beradab dan bijaksana dari Nik Aziz. Amat-amat mengejutkan.
Hari ini Sinar Harian di petik melaporkan,
KOTA BHARU – “Saya tidak akan memohon maaf kepada wakil rakyat terbabit, saya hanya menceritakan semula apa yang pernah diceritakan Exco Kerajaan Negeri pada majlis Maulidur Rasul itu.”
Demikian kata Pengerusi Persatuan Peniaga Bazar MPKB, Abdul Salim Ahmad, sebagai merujuk kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang meminta peniaga memohon maaf secara terbuka kepada Exco Kerajaan Negeri, Anuar Tan Abdullah kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya.
Abdul Salim berkata, dia tidak menyebut nama pemimpin itu dalam ucapannya danhanya mengulangi apa yang diucapkan salah seorang Exco Kerajaan Negeri dalam satu majlis di Crystal Lodge, baru-baru ini.
Menurutnya, tidak ada sebab untuk dia dan peniaga lain memohon maaf kepada pemimpin itu malah katanya, Menteri Besar yang perlu meminta maaf kepada peniaga kerana gagal memenuhi permintaan peniaga yang mahukan lot niaga luas dan lorong awam selesa di Bazar Tok guru.
“Saya minta maaf sekiranya Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tersinggung, saya mahu dia mengingati janji beliau kepada peniaga sebelum pilihan raya pada 2008 untuk menyediakan lot niaga luas dan mampu milik kepada peniaga.
“Kami meluahkan apa yang terbuku di Majlis Maulidur Rasul itu selepas kerajaan Negeri gagal menyediakan ruang perbincangan mengenai Bazar Tok Guru, walaupun kami sudah membuat permohonan dengan menghantar surat kepada exco dan Menteri Besar sendiri,” katanya dalam sidang medianya, disini semalam.
Nik Aziz pada sidang medianya, Jumaat lalu, meminta peniaga terbabit memohon maaf kepada Anuar Tan kerana mengkritik secara terbuka dan peribadi semasa Majlis Maulidul Rasul sehari sebelumnya.
Dalam pada itu, Abdul Salim berkata, pihaknya menghantar resolusi kepada Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa dan Nik Aziz, pada 24 Februari tapi sehingga kini, tiada jawapan daripada kedua-dua pemimpin berkenaan.
“Rakyat perlu mendapat penjelasan mengenai kedudukan sebenar Bazar MPKB, berapa harga, untuk apa ianya dijual dan syarikat mana yang membelinya,” katanya dalam sidang media di pejabat persatuan tersebut semalam.
Sementara itu, Pengerusi Peniaga Arked Uda, Burhan Mohd Nor berkata, beliau terpaksa meluahkan perasaan pada Majlis Maulidur Rasul di Arked Uda Khamis lalu kerana susah untuk bertemu Nik Abdul Aziz.
Menurutnya, dia berterima kasih kepada Husam kerana berusaha menyelesaikan masalah peniaga namun katanya, pemimpin itu dilihat hanya menumpukan kepada Uda Holdings dan bukannya kepada Bazar MPKB.
“Keperluan kami hanya 415 lot kedai, kini dia (Husam) kata ada 426 lot yang menyebabkan kami tertanya-tanya untuk siapa lebihan 11 lot itu dan penambahan itu juga menyebabkan lot semakin sempit,” katanya.
Utusan Malaysia pula melaporkan,
KOTA BHARU 13 Mac – Dua persatuan peniaga di sini enggan tunduk kepada desakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya memohon maaf secara terbuka kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Datuk Anuar Tan Abdullah berhubung isu perpindahan 415 peniaga ke Bazar Tok Guru di sini yang mencetuskan polemik berpanjangan.
Sebaliknya, kedua-dua persatuan itu mendesak Nik Abdul Aziz supaya menunaikan terlebih dahulu janji yang dibuatnya pada 6 Mac 2008 iaitu dua hari sebelum Pilihan Raya Umum 2008.
Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Abdul Salim Ahmad berkata, sepatutnya wakil rakyat dalam Parlimen Kota Bharu termasuk Anuar yang perlu memohon maaf kepara peniaga terbabit kerana mereka tidak turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Beliau berkata, kritikan terbuka ke atas wakil rakyat Pas itu terpaksa dilakukan bagi memastikan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di peringkat bawahan.
“Kami mahu tahu apa tugas wakil rakyat, adakah tugas mereka hanya menyelesaikan masalah rakyat dari pejabat sahaja tanpa turun ke padang? Untuk makluman sejak 2008 sehingga 2011, tiada seorang pun wakil rakyat di Parlimen Kota Bharu turun bertemu kami.
“Saya tidak akan minta maaf, tiada sebab untuk saya minta maaf. Saya kritik depan ramai, itu adalah curahan hati saya untuk tolong tok guru (Nik Abdul Aziz) dan saya minta tok guru dengar rintihan di bawah, jangan dengar Exco sangat.
“Kalau tok guru suruh saya minta maaf, lebih baik suruh Exco, Datuk Husam Musa minta maaf kepada Ahli Parlimen Kota Bharu sebab dia yang katakan Ahli Parlimen Kota Bharu tidak turun padang sebab takut. Saya ambil cerita ini daripada mulut Husam dalam mesyuarat di sebuah hotel pada 1 Februari lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Jumaat lalu, ketika menyampaikan kuliah mingguannya, Nik Abdul Aziz meminta kedua-dua persatuan tersebut supaya meminta maaf secara terbuka kepada Anuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat negeri kerana melakukan serangan terbuka ke atas Exco berkenaan.
Menurut Nik Abdul Aziz, tindakan kedua-dua persatuan peniaga terbabit yang melakukan serangan peribadi secara terbuka adalah berdosa dan bertentangan dengan Islam.
Ia ekoran kritikan pedas dan terbuka Abdul Salim terhadap wakil rakyat Pas yang didakwanya tidak turun padang ketika berucap pada Majlis Maulidur Rasul anjuran Urus Setia Penerangan yang turut dihadiri oleh Nik Abdul Aziz dan barisan Exconya, di tempat letak kereta Bazar Arked Uda, Khamis lalu.
Abdul Salim berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz perlu menunaikan janji yang dibuatnya iaitu menyediakan ruang niaga yang selesa kepada 415 peniaga dari Pasar Lama MPKB dan Bazar Arked UDA yang akan dipindahkan ke Bazar Tok Guru.
“Saya bagi pihak peniaga di pasar besar kalau tersinggung, saya mohon maaf kepada tok guru, tetapi saya ingin bertanya kepada tok guru adakah selesai perjanjian dia dengan peniaga Pasar Lama MPKB dan Bazar UDA semasa ucapannya dua hari sebelum pilihan raya.
“Ingat kembali apa yang dia janji kepada peniaga kecil, apakah saya perlu mohon maaf atau tok guru sendiri mohon maaf kerana saya tengok tidak ada jalan penyelesaian (bagi masalah ini),” soalnya.
Katanya, kesemua 415 peniaga di kedua-dua pasar tersebut sebulat suara tidak berpindah ke Bazar Tok Guru selagi isu keluasan ruang niaga di bazar itu tidak diselesaikan biarpun kerajaan negeri memberi notis sehingga 30 Mei ini supaya mereka berbuat demikian.
Anak Cina memetik selasih,
Anyam rotan dibuat timba;
Tiada yang indah dalam berkasih
Mimpikan bulan jatuh ke riba (- Nik Aziz, ECER)
Benar bagai diminta Nik Aziz, bulan sudah jatuh ke ribanya. Akan hancur dan lumatlah tulang-tulangnya ditimpa bebanan tersebut. Mungkin benar bila berdoa, kita sering minta ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang solleh dan tidak pula di ajar kita berdoa supaya ditempatkan bersama-sama ulama’.
Mungkin sebab adanya ulama’ seperti Nik Aziz.

“Isu loteri jejas undi Cina”

dipetik dari Sinar harian Edisi Kelantan 17/03/2011

KOTA BHARU - Isu pengharaman judi, loteri yang dikuatkuasakan Kerajaan Negeri boleh mengurangkan undi masyarakat bukan Islam, khususnya kaum Cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). 

Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Hu Pang Chaw berkata, masyarakat Cina kini sedang menilai pentadbiran kerajaan Pas Kelantan yang melakukan beberapa tindakan yang dilihat sensitif kepada masyarakat itu. 

“Isu loteri sebenarnya tidak sedikit pun menguntungkan Pas, sepatutnya Kerajaan Kelantan berhati-hati dalam menyelesaikan masalah ini, saya banyak mendengar pandangan dan keluhan mereka yang bimbang apakah bentuk perkara yang akan diharamkan lagi sekiranya Pas memerintah negara nanti. 

“Saya bukan nak takutkan pemimpin Pas, tetapi perkara ini sudah menjadi bualan masyarakat Cina dan ia sangat membimbangkan,” katanya semalam, mengulas tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) yang bertindak menyerbu dua kedai buku menjual loteri kebajikan di negeri ini, baru-baru ini. 

Tindakan itu turut dibantahkan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyifatkan tindakan Kerajaan Pas Kelantan itu bertentangan undang-undang Persekutuan dan mendesak ia ditarik balik. 

Malah dalam masa sama, sebuah akhbar arus perdana tabloid melaporkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berhubung pendiriannya mengharamkan perjudian, termasuk loteri kebajikan. 

Mengulas lanjut, Pang Chaw berkata, amalan loteri menjadi budaya kepada masyarakat Cina dan ia berbeza kegiatan judi yang jelas mempunyai unsur pertaruhan. 

“Masyarakat Cina juga seperti orang Islam tidak sukakan keburukan, tetapi dalam amalan orang Cina, loteri adalah budaya yang banyak dikaitkan dengan unsur tuah dan kekayaan, jadi ini adalah perkara yang harus diteliti, ia dua perkara berbeza,” katanya. 

Menurutnya, masih banyak perkara yang perlu diberi perhatian Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) daripada memfokuskan isu loteri yang banyak memberi kesan negatif kepada sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR).


Ulasan Taming Seri : Ini menunjukkan bahawa masyarakat Cina selama ini menyokong PAS Kelantan kerana Kerajaan Islam PAS Kelantan selama ini sentiasa mengikut kehendak dan kemahuan masyarakat Tiong Hua, termasuklah pemberian tanah kepada kaum tersebut....

Saturday, March 12, 2011

PAS yang sesat

Masih ramai di luar sana yang masih tidak mahu percaya bahawa Nik Abd Aziz Nik Mat membawa pengaruh wahabi. Tidak dinafikan juga ramai di kalangan alim ulama yang sudah arif mengenai kewahabian Nik Abd Aziz. Kini tok-tok guru pondok pula bangun mentahzir masyarakat tentang bahaya yang dibawa oleh Nik Abdul Aziz ini. Usah menuduh mereka sebagai UMNO, mereka tiada kaitan langsung dalam hal politik . Hanya mereka yang bertuhankan politik sahaja dengan mudah menuduh orang yang menentang mereka sebagai UMNO dan banyak lagi gelaran. Amar makruf dan nahi mungkar adalah satu kewajipan tak kira kita didalam pertubuhan apa pun tak kira UMNO atau PAS.

Mari kita tumpukan kepada hal yang lebih penting iaitu perkara akidah. Kenapa kami mengatakan Nik Abd Aziz menyerupai wahabi ? Persoalan ini memerlukan huraian yang panjang dan tidak dapat tidak mesti di huraikan secara teliti untuk mengelak dari salah faham masyarakat terhadap bahaya agama wahabi ini. Saya ingin menyenaraikan sebahagian dari kesalahan Nik Abd Aziz

ingat pas ingat....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  1. Mengatakan Allah duduk bersila di atas Arsy seperti dia duduk bersila
  2. Mengatakan Allah turun pada langit bumi
  3. Menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak bahkan menghina Allah seperti sifat 'samseng'
  4. Menghina nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagai budak kampung
  5. Mengatakan sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وسلمmeniru ajaran Kristian
  6. Menghina institusi pondok
  7. Mengkafirkan seteru politik (UMNO) dengan mengatakan mereka berakidah seperti komunis dan ayah pin yang kafir
  8. Mengatakan Kristian laknatullah boleh menggunakan nama Allah dalam Bible mereka
  9. Membenarkan ayat Al-Quran dibaca oleh orang kafir demi untuk kepentingan politik.
  10. Menghalalkan hubungan politiknya bersama DAP tetapi dalam masa yang sama mengutuk seteru politiknya (UMNO) bergabung dengan MCA,GERAKAN dan MIC.
by Angah Syafiq

Thursday, March 10, 2011

DAP - Depa Auta PooSing!


(Ah Cheng, appa manyak seram itu aji kasi halam itu Yong Tau FOO loh!!!)

Salam 2 all.

Berikut kenyataan Ketua Pemuda DAPSY (DAP SocialistYouth) Anthony Loke mengenai punca kekalahan PAS di Merlimau dan Kerdau, dan punca merosotnya undi Cina kepada PAS khususnya dan Pakatan pembangkang umumnya:

"The DAP believes that the ban on the sale of lottery tickets and the prohibition against Valentine’s Day celebrations affected Chinese votes in the Kerdau and Merlimau by-elections. DAP Socialist Youth chief Anthony Loke Siew Fook said the approach taken by PAS on the two issues recently had created fear and confusion among the Chinese. - The Star

"DAP percaya pengharaman penjualan tiket loteri dan larangan sambutan valentin memberi kesan kepada pengundi Cina dalam pilihanraya kecil Kerdau dan Merlimau. Ketua Pemuda DAPSY Anthony Loke Siew Fook menegaskan pendekatan yang diambil oleh PAS dalam dua isu tersebut baru-baru ini menimbulkan ketakutan dan kekeliruan dikalangan masyarakat Cina - The Star".
Pada teman, kenyataan ini membuktikan keangkuhan dan cauvinisnya sikap DAP walaupun terhadap rakan sekongkolnya PAS yang telah banyak diperkudakan mereka selama ini. Pengorbanan PAS kepada Pakatan pembangkang bukan sedikit, daripada penggunaan jentera PAS dalam segala macam program termasuk pilihanraya, sehingga ke peringkat ada pemimpin PAS mengisytiharkan sanggup mati untuk pemimpin DAP!!!

Tup..tup..bila PAS kalah dalam beberapa siri pilihanraya kecil dari Galas ke Tenang dan kini termasuk Merlimau dan Kerdau baru-baru ini, DAP tanpa segan silu dan penuh kebiadapan menuding jari menyalahkan PAS! Pada teman, ini adalah cara ALLAH memberi penampar-pelempang kepada kepimpinan dan ahli akar umbi PAS supaya bangkit sedar daripada mimpi indah yang dibuaikan kepada mereka akibat berkhalwat sekongkol-sebantal dengan DAP!

Teman mengambil pendirian bahawa Kerajaan PAS mengambil sikap yang betul mengharamkan judi loteri dan melarang sambutan valentin. Bukan sahaja kedua-duanya tidak Islamik, malahan ianya pembawa dan punca penyakit didalam masyarakat, tidak kira apa agama dan bangsa. Judi loteri melahirkan masyarakat berhutang, menimbulkan masalah Ah Long dan banyak lagi. Pagi tadi satu berita dilapurkan mengenai seorang wanita Cina kehabisan RM200,000-00 dimeja perjudian semata-mata untuk menebus kekalahan RM500-00 yang dialaminya! Valentin bukan sahaja difatwakan haram, ianya salah satu punca penyakit sosial yang melanda negara ini, termasuk kes pembuangan bayi!

Sebagai umat Islam, kita memandang judi, zina dan lain-lain sebagai dosa besar. Jangankan melakukannya, menghampirinya pun dilarang. Dan kita mematuhi perintah itu kerana iman kita, kerana disuruh ALLAH. Dan ALLAH menjanjikan penduduk suatu negeri yang patuh dan beriman kepada ALLAH kemakmuran dan keberkatan. Pembangunan ekonomi, macam mana hebat pun, tetapi tidak mendapat keberkatan daripada ALLAH, pasti akan merudum, akan hancur. Lihat tamaddun Fir'aun, lihat tamaddun Namrud. Keberkatan, kemakmuran, keamanan, kestabilan dan lain-lain adalah hak ketentuan ALLAH untuk dianugerahkan kepada sesiapa juga yang Dia kehendaki!

Pada pandangan teman, kenyataan kepimpinan DAP menuding jari kepada PAS sebagai punca kekalahan dan pengurangan undi kaum Cina adalah sekadar cubaan menutup kelemahan mereka sendiri. Mereka mahu menutup hakikat bahawa rakyat, termasuk kaum Cina, sudah muak dengan politik pootar-belit dan pootar-Poosingh yang diamalkan oleh Pakatan pembangkang. Mereka mahu menyembunyikan angin perubahan yang sudah melanda dikalangan rakyat. DAP adalah sekadar parti Depa Auta PooSing sahaja!!!

Sebenarnya, rakyat sendiri sudah muak dengan politik pembohongan, cakap tak serupa bikin, politik tunggang-tonggeng Pakatan pembangkang ini termasuk dikalangan kepimpinan DAP. Kempimpinan DAP sebenarnya mahu menyembunyikan hakikat sebenarnya rakyat umum, khususnya kaum Cina sudah mula menyedari tembelang mereka dan mula meninggalkan Pakatan pembangkang. Antaranya perkara yang menjadi punca kekeliruan dan ketakutan kaum Cina kepada Pakatan pembangkang khususnya DAP ialah :

1. Contohnya, ramai yang keliru dengan peranan talam-2-muka Pengerusi DAP Karpal Singh yang pada 22.10.1997 dalam Parlimen mendedahkan Anwar terlibat dengan amalan homoseks & liwat, tetapi sekarang menjadi loyer membela Anwar daripada pertuduhan liwat! Kong kali kong, wal hasil balik asal. Pengikut tegar DAP pun ada yang keliru yop!!! Kompius kompius!!!

2. Ramai juga yang bertanya mengapa Karpal tidak menasihatkan Anwar supaya memberikan sampel DNA kepada Mahkamah untuk dijadikan perbandingan dengan DNA sperma yang dijumpai didalam dubur Saiful. Ramai yang hairan kalau benar Karpal dan DAP benar-benar mahu mengeakkan keadilan, dan yakin Anwar tidak bersalah, Karpal sebagai peguam Anwar sepatutnya menasihatkan Anwar supaya tidak berselindung disebalik teknikaliti undang-undang, sebaliknya berani memberikan sampel DNA nya untuk dinilai oleh Mahkamah. Kegagalan berbuat sedemikian menyebabkan ramai rakyat, termasuk pengikut DAP sendiri yang mula ragu-ragu, bukan sahaja dengan Anwar, malahan terhadap kepimpinan DAP!!! Kompius kompius!!!

3.Ramai juga yang keliru mengapa kepimpinan DAP, terutamanya Karpal masih lagi boleh bersekongkol dengan Anwar setelah pembohongan 16 Sept terbongkar. Mereka bertambah hairan dan keliru kerana Karpal PooSingh sendiri telah membuat kenyataan menempelak Anwar dan mendesak supaya Anwar bertaubat dan mengundurkan diri. Tau-tau, bukan sahaja Pengerusi DAP terus menerus bersekongkol dengan Anwar, malah beriya-iya pulak menjadi loyer Anwar dalam kes meliwat stafnya Saiful!!! Kompius kompius!!!

4. Begitu juga ramai rakyat termasuk kaum Cina keliru mengapa kepimpinan DAP masih menyokong Anwar sedangkan Parlimen telah menggantung Anwar kerana berbohong didalam Dewan mengenai isu APCO. Ramai pengikut DAP juga keliru kerana mereka menjangkakan kepimpinan DAP yang selalu menyalak tentang kebenaran tiba-tiba masih mahu bersekongkol dengan pembohong saperti Anwar!!! Kompius kompius!!!

5. Selanjutnya, kaum Cina khususnya pengikut DAP ramai yang kehairanan mengapa kepimpinan DAP saperti Karpal, Kitsiang atau anak lakinya tidak menjadi Ketua Pembangkang, sedangkan DAP sekarang mempunyai kerusi pembangkang terbanyak didalam Dewan dengan 28 kerusi. Mereka hairan mengapa kepimpinan DAP masih mahu mengekalkan Anwar sedangkan PKR hanya mempunyai 21 kerusi, malahan PAS mempunyai lebih dengan 23 kerusi. Mereka merasakan saperti ada sesuatu yang tidak kena bila kepimpinan DAP yang selalu menyalak tentang demokrasi tiba-tiba memilih tidak mengamalkan demokrasi dengan mengambil alih kerusi Ketua Pembangkang. Dan yang mengejutkan ramai kaum Cina termasuk pengikut DAP, kepimpinan DAP masih mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang walaupun beliau sudah digantung sebagai Ahli Parlimen!!! Kompius kompius!!!

6. Ramai juga dikalangan kaum Cina termasuk penyokong dan pengikut DAP kehairanan bagaimana Karpal masih boleh bersekongkol dengan PAS yang ceritaya mahu berjuang untuk menubuhkan sebuah negara Islam, sedangkan Karpal pernah mengisytiharkan "langkah mayat saya dulu!!!". Sehingga ada pengikut DAP yang mula ragu-ragu adakah kemungkinan Karpal juga sudah bersetuju dengan PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam? Kerana kalau mengikut kenyataan Mursyidul Am PAS, kepimpinan DAP sekarang sudah semakin insaf dan sedar tentang perjuangan PAS. Malah ada yang tidak akan terkejut kalau tiba-tiba ada orang mohon kad pengenalan baru untuk menukar nama kepada Abdul Kapal Singah?? Kompius kompius!!!

7. Kehairanan, kekeliruan dan ketakutan kaum Cina termasuk pengikut DAP menjadi bertambah apabila ada pemimpin PAS mengisytiharkan sanggup mati untuk Karpal! Mereka menjadi keliru dan hairan; takkan pemimpin "pejuang-pejuang yang mengisytihar diri sebagai tulin dan asli Islam" ini sanggup mati untuk Karpal yang pernah sanggup mati untuk menafikan Islam, melainkan sebenarnya kepimpinan DAP termasuk Karpal sudah mula "berlembut dan berjinak" dengan PAS saperti yang disebut oleh Mursyidul Am PAS itu!? Silap-silap sudah bersedia untuk berjumpa Tok Mudim!!! Kompius kompius!!!

Sebenarnya teman boleh baris dan aturkan banyak alasan dan sebab yang menjadi punca mengapa kaum Cina, termasuk pengikut DAP yang bukan sahaja keliru dan hairan dengan gelagat kepimpinan DAP ini, malah menjadi takut dengan trend politik mereka yang terlalu cauvinis, rasis, cakap tak serupa bikin, tunggang-tonggeng dan tonggang-terbalik. Semuanya hanya untuk menghalalkan mereka merampas Putrajaya, mencapai cita-cita manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan!

Kepada para para ustad, ilmuan, pemuda, muslimah dan ahli akar umbi PAS, sedarlah bahawa sebenarnya kekuatan PAS letaknya pada perjuangan Islam yang dislogankan selama ini. Cita-cita menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam yang dtakbirkan selama ini itulah yang menjadi gam cop gajah yang membuatkan ada orang Melayu menyokong PAS. Tetapi persekongkolan PAS dengan Anwar yang terbukti pembohong dan DAP yang terang-terang kafir harbi yang menentang penubuhan negara Islam telah menyebabkan sokongan kepada PAS makin merosot. Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau adalah isyarat jelas daripada orang Melayu bahawa mereka sudah mula meragui keikhlasan PAS untuk memperjuangkan sebuah negara Islam saperti yang dikompangkan selama ini. Dan yang paling menggerunkan, bukan sahaja orang Melayu, dikalangan ahli dan penyokong PAS sendiri sudah mula timbul keraguan itu.

Pada pandangan teman, PAS masih punya masa untuk menyelamatkan diri. Formulanya mudah, kembali kepada perjuangan Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah. Mufaraqahlah daripada para pembohong dan kafir harbi. Berjuanglah atas nama Islam, tanpa bergantung kepada pembohong dan kafir harbi. Bantulah diri kamu sendiri, bantulah agama ALLAH, pasti ALLAH akan membantu kamu.

Firman ALLAH, "intan surullah hayyan surkum, wayusabbit aqdaamakuum - bantulah agama ALLAH dan pasti ALLAH akan bantu kamu". Dan PAS boleh membantu agama ALLAH bermula dengan menceraikan Anwar (dan penyembah-penyembah Anwar dalam PAS) & DAP dengan talaq 3, dan kembali kepada Al Quran & Sunnah. Insyallah kebenaran dan kemenangan akan bersama mike semua kelak.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Orang Tulis Buku Ini Tulis Yang Betul




Gambar Fail, Saudara  Ab. Salim Ahmad, Pengerusi Pasar Lama MPKB.
Update 7.30pm 10 Mac 2011
Peniaga Pasar Lama MPKB dan Arked UDA kecewa bila Nik Aziz hanya berucap tiga minit sahaja dan terus berhenti. Mereka jelas nampak Nik Aziz tidak boleh menerima kritikan dan tidak boleh menerima teguran. Tindakan Nik Aziz yang di katakan ‘mechok’ itu menunjukkan sifat sebenar Nik Aziz. Nik Aziz langsung tidak mengulas teguran dan permasalahan yang dihadapi oleh peniaga.
Husam pula di dalam ucapannya masih cuba menunding jari kepada pihak lain dan mendakwa kononnya akan berjumlah Pengerusi UDA di Parlimen dan menulis surat kepada Perdana Menteri. Husam sepatutnya merasa malu. Isu UDA sudah tidak berbangkit. Isu UDA sudah selesai. UDA sudah bersetuju membenarkan peniaga terus kekal di situ sehingga mereka menemui ruang niaga lain yang lebih sesuai. Jadi apalagi yang hendak Husam salahkan UDA?
Original Posting
Suasana panas di Arked UDA. Kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan Majlis Maulud di Perkarangan Arked UDA hari ini dalam usaha memujuk peniaga berpindah ke Lubang Kubur Tok Guru. Seorang wakil peniaga dilaporkan telah mengangkat buku Bazar Tok Guru – Dari Ruang Niaga Ke Lubang Kubur ke arah Nik Aziz dan berkata, jangan marah kepada orang yang tulis buku ini, penulis ini tulis benda betul.
Alhamdulillah ada lagi rakyat Kelantan yang berani mempertahankan maruah dan kebenaran di hadapan Menteri Besar Kelantan, yang boleh memasukan seseorang ke dalam neraka dengan hanya kesalahan tidak mengundi pihaknya.
Saya yakin masih ramai rakyat Kelantan yang berani dan bersedia memperjuangkan kebenaran.
Saya yakin jika kita berpadu tenaga bersatu kita boleh bersama-sama mendesak yang tidur agar bangun, yang capek agar berlari dan yang buta agar melihat. Itu adalah sifat ahli-ahli politik di bawah Nik Aziz di Kelantan.
Bangkitlah Umat Muhammad. Darah kita sama merah, shahadat dan selawat kita sama sahaja.
Peniaga-peniaga Melayu di Kelantan memerlukan sokongan dan pembelaan kita. Tunaikanlah tangunggjawab kita kepada saudara kita. Belalah mereka.
Kita sudah lihat bagaimana saudara kita di Utara Afrika dan di Timur Tengah telah bangkit menentang kebobrokan peminpin tua yang lupakan rakyatnya. Masanya sudah tiba untuk kita bersama-sama saudara kita menentang kemungkaran yang berselindung atas nama Allah dan segala kebesarannya.
Allahu Akhbar! Saya bersama-sama dengan peniaga Melayu Kelantan, anda bagaimana?
Saya hadiahkan satu ribu biji buku mengenai Bazar Tok Guru ini kepada sahabat-sahabat kita para peniaga di Arked UDA dan Pasar MPKB, anda boleh beli buku ini dari mereka. Wang anda akan dimasukan ke dalam tabung mereka untuk membiayai aktiviti-aktiviti kedua-dua persatuan ini.

Wednesday, March 9, 2011

Tuesday, March 8, 2011

D'NA-YA


(Saiful mengadu di"kunyitkan" oleh Anwar)

Salam 2 all.

Keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak tiga eksibit dalam kes perbicaraan liwat Anwar Ibrahim pagi tadi tidak mengejutkan teman. YA Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menolak cubaan Pendakwaraya untuk mengemukakan sehelai tuala kecil, Good Morning, sikat rambut dan botol air mineral jenama Cactus yang menjadi sumber DNA perbandingan dengan sampel sperma yang diperolehi daripada dalam dubur Saiful. Ini sekaligus menjadikan keterangan pakar kimia Nor Aidora Saedon yang mengesahkan DNA air mani didalam dubur Saiful dan DNA perbandingan yang diperolehi tersebut adalah bersumberkan daripada orang yang sama tidak boleh digunapakai.

Sebenarnya apa yang mengejutkan teman ialah tindakan Pendakwaraya mengemukakan barangan tersebut sebagai sumber DNA perbandingan, dalam keadaan ujud dakwaan barangan tersebut diperolehi tanpa izin dan pengetahuan Anwar. Sudah pasti ianya tidak patut dibenarkan kerana ianya sekadar akan mengesahkan pengambilan sampel DNA itu dibuat secara salah dan tidak sah.

Mungkin ramai yang tidak berapa faham dengan isu DNA ini. Dalam kes-kes tertentu, saperti kes seksual, bunuh dan banyak lagi, keterangan DNA memainkan peranan yang sangat penting, samada untuk membuktikan pertuduhan, mahupun untuk membuktikan kebenaran. Banyak juga kes berlaku dimana keterangan DNA telah membuktikan seseorang tertuduh itu sebenarnya tidak bersalah (sila rujuk penjelasan ringkas dibawah).

Deoxyribonucleic acid, atau secara ringkasnya disebut DNA adalah metode pembuktian keterangan dimana kesan gene/ sel seseorang didapati ujud didalam sesuatu perlakuan jenayah contohnya. Dan sumber DNA boleh diperolehi samada daripada air liur, peluh, bulu, airmata, kesan kulit, darah, rambut, kuku, air mani dan banyak lagi. Peranan DNA sama saperti cap jari, dimana tahap kesahihannya boleh mencapai hampir 99% ketepatan. Maknanya jika didapati DNA pada air mani yang diperolehi daripada dubur Saiful, adalah sama dengan sampel DNA perbandingan yang diperolehi, maka bukti dan keterangan DNA tersebut akan membuktikan dengan ketepatan 99% berlakunya perlakuan jenayah liwat tersebut.

Jadi untuk mendapatkan DNA perbandingan tersebut, sampel DNA daripada orang yang disyaki, didalam kes ini Anwar Ibrahim, perlu diambil. Sampel itu boleh diambil daripada peluh, bulu, rambut dan lain-lain yang sah kepunyaan tertuduh. Kesilapan yang dibuat oleh Pendakwaraya ialah menggunakan sumber DNA yang diperolehi secara taksah dan illegal. Tetapi keujudan persamaan DNA airmani dan DNA perbandingan tersebut tetap kekal. Dalam bahasa undang-undang- kesilapan ini dipanggil "technical mistake" yang jika yang dituduh dibebaskan adalah kerana "technicality", sebagaimana yang berlaku didalam kes "Liwat Azizan", dimana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa "walaupun mempercayai kejadian liwat itu berlaku, namun keterangan dan bukti yang dikemukakan oleh Pendakwaraya tidak menepati kehendak undang-undang keterangan yang diterimapakai di Malaysia".

Didalam kes pertuduhan meliwat Saiful ini, yang dipertikai bukan DNA perbandingan itu sendiri. Yang dipertikai ialah sumber DNA perbandingan itu yang diperolehi secara tidak sah. Maknanya menurut Pendakwaraya, DNA air mani yang diperolehi daripada dubur Saiful dengan DNA perbandingan yang diperolehi daripada sampel Anwar Ibrahim (mungkin dari bulu, peluh dan airliur) adalah sama dan bertepatan. Pendekkata, rumusan yang dibuat oleh Pendakwaraya, memandangkan DNA airmani dalam dubur Saiful dan DNA perbandingan yang diperolehi adalah dari sumber yang sama iaitu Anwar Ibrahim, maknanya dakwaan Saiful "dikunyitkan" oleh Anwar adalah 99% betul!

Oleh itu, isu penolakan eksibit sumber DNA perbandingan tersebut iaitu tuala, sikat & botol air mineral tersebut bukan bermakna pertuduhan tidak betul. Tidak sepatutnya mana-mana pihak mendakwa pertuduhan itu tidak benar, apatah lagi mempolitikkannya dan memutarbelitkan penolakan itu. Cuma sumbernya sahaja yang dipertikaikan, dan didalam kes ini ditolak oleh YA Hakim kerana sebab teknikal, ianya diperolehi tanpa izin dan tidak sah.

Malahan jika dilihat dari sudut yang positif, penolakan ini merupakan satu "blessing in disguise", ada hikmahnya tersendiri. Ini kerana samada Anwar mahupun Pendakwaraya mempunyai satu peluang yang luas untuk membuktikan kesahihan DNA airmani yang ditemui didalam dubur Saiful tersebut. Iaitu dengan mana-mana pihak, samada Anwar mahupun Pendakwaraya boleh membuat permohonan kepada Mahkamah untuk memerintahkan supaya satu sampel DNA asal dan baru dikemukakan kepada pihak pakar Forensik melalui Mahkamah. Dan dalam kes ini, Anwar mempunyai dua pilihan, dan kedua-dua pilihan itu akan menentukan nasib dan kredibiliti beliau!

Pilihan pertama, Anwar boleh menolak untuk memberikan sampel DNA itu secara sukarela. Jika ini berlaku, rakyat akan mempertikaikan kredibiliti Anwar. Berani kerana benar, begitu bunyi "hadis Melayu". Jika Anwar menolak memberikan sampel DNA perbandingan, rumusannya sebagaimana yang terkandung didalam Seksyen 114 (g) Akta Keterangan, "ada sesuatu yang mahu disembunyikan, yang jika ianya dikemukakan akan tidak memihak kepada orang yang menyembunyikannya". Teman berharap Anwar tidak mengambil pendekatan menolak untuk bersumpah la'nat menafikan pertuduhan liwat tersebut, sebagaimana yang disarankan oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Ini kerana kegagalan Anwar bersumpah, dalam keadaan Saiful telah pun bersumpah, memberikan persepsi Anwar takut kebenaran dibongkar ALLAH!

Sebaliknya, bagi pilhan kedua, Anwar boleh memilih untuk memberikan sampel DNA perbandingan tersebut, dan lebih afdhal diberikan secara sukarela. Ini kerana jika beliau benar, tidak sepatutnya beliau gentar memberikan DNA tersebut. Ini kerana jika sampel DNA yang beliau berikan itu (darah contohnya) tidak sama dengan DNA air mani yang diperolehi daripada dubur Saiful, maka dakwaan beliau dianiaya dan dizalimi kemungkinannya benar (tertakluk kepada keterangan dan bukti lain yang ada).

Berdasarkan itu, teman berpendapat Anwar tidak sepatutnya menunggu Pendakwaraya membuat permohonan kepada Mahkamah untuk sampel DNA perbandingan tersebut. Anwar sepatutnya secara sukarela memberikan sampel DNA perbandingan itu jika beliau yakin beliau benar. Jika beliau berbuat sedemikian, dan terbukti dakwaannya benar, teman cukup pasti kebenaran akan memihak kepada Anwar. Jika Anwar pilih untuk menolak, sebagaimana beliau memilih untuk menolak untuk bersumpah, maka kredibiliti beliau akan menjadi kosong! Ditambah dengan pembohongan 16 Sept yang sudah terbongkar, pengambilan Karpal PooSingh yang pernah mendakwa beliau terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat sebagai peguamnya sekarang, semua ini akan sekadar membuktikan pembohongan dan putarbelit Anwar.

Rumusannya, penolakan eksibit tuala, sikat & berus gigi sebagai bahan sumber sampel DNA perbandingan oleh Mahkamah hari ini sebenarnya adalah satu "blessing in disguise - satu hikmah", dan bukannya kemenangan kepada mana-mana pihak, sebaliknya ianya adalah kemenangan kepada yang haq & kebenaran. Oleh itu atas nama haq & kebenaran, teman cabar Anwar supaya memberikan sampel DNA beliau secara sukarela kepada Mahkamah untuk perbandingan dengan DNA air mani yang ditemui didalam dubur Saiful. Dan yakinlah kebenaran tetap kebenaran, yang haq tetap haq. Berserahlah kepada ALLAH Tuhan yang Empunya Haq & Kebenaran! Kecuali jika kita tidak percaya kepada ALLAH Yang Maha Esa!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin