Total Pageviews

Sunday, February 27, 2011

'KEMALUAN' PAS DITUTUP OLEH CALON BN KERDAU!!



Bukan hendak bongkak atau menunjuk2. Hanya ingin nyatakan kebenaran fitnah PAS. Calon BN DUN Kerdau akhirnya terpaksa menghentikan fitnah ini dengan segera kerana tidak sanggup membiarkan sahabat seAgama beliau dari PAS bergelumang dengan dosa akibat fitnah yang mengatakan beliau tidak tamat sepenuhnya dalam pengajian Ijazah Universiti Al Azhar.

Mungkin ramai di kalangan orang2 Politik berpendirian terlalu awal buat Syed Ibrahim menunjukkan bukti tersebut, akan tetapi Syed Ibrahim merasakan adalah 1 tanggungjawab kita sebagai Muslim membantu sahabat kita walaupun berlainan Agama, tidak terus dibelenggu dengan dosa mengenai fitnah Ijazah yang diperolehi beliau.

Melayu CinDia dapat mengagak apakah serangan balas PAS untuk menutup 'kemaluannya' yang telahpun 'tersebar' di seluruh Kerdau. PAS akan mengatakan bahawa Sijil itu dibeli, atau Syed Ibrahim sendiri yang mencetak Sijil tersebut. Apa persediaan kita?
di petik dari weblog http://gelombang-rakyat.blogspot.com

Pas makin hancur, rosak...


Dipetik dari http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2011/02/pas double-standart-ustaz-hafiz-nordin.html#ixzz1Etv5ajfE
Mohamed Hafiz Nordin, satu nama yang tidak boleh dilupakan apabila begitu lantang bersuara ketika menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, terutama pada era pemerintahan Pulau Pinang di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).
Apa sahaja tidak betul akan ditegur sehingga timbul tanggapan Pemuda Pas tidak sehaluan dengan kepimpinan Pas negeri apabila sesetengah isu melibatkan Kerajaan Negeri disokong kepimpinan negeri.
Lebih mengejutkan apabila pada Muktamar Pemuda Pas Pulau Pinang di Balik Pulau pada 2009, Mohamed Hafiz tidak mahu dicalonkan semula sebagai ketua sebaliknya memberi laluan kepada muka baru menerajui kepimpinan.
Walaupun masih layak dari segi had umur untuk memimpin, tindakannya itu dianggap sebagai protes dengan apa yang dilakukan kepimpinan Pas negeri dan seolah-olah menunjukkan sikap merajuk kerana usahanya tidak pernah dibela oleh sesiapa pun dalam Pas.
Namun ketika ditemui, Mohamed Hafiz menafikan tindakannya untuk tidak terus memimpin Pemuda Pas Pulau Pinang disebabkan merajuk. Namun ada sebab lain menyebabkan beliau berbuat demikian dan kupasan penuh dalam sesi temu bualnya dengan Ketua Wartawan Sinar Harian (SH) Utara, Mohd Idros Mohd Ali baru-baru ini.
Ikuti bahagian pertama sesi temu bual ini.
Boleh ceritakan serba sedikit latar belakang saudara?
HAFIZ: Saya memang orang Penang (loghat negeri) dan dilahirkan di Butterworth dan memang dibesarkan di Pulau Pinang. Ayah orang Balik Pulau dan emak orang Sungai Petani tetapi lebih banyak dok di Penang. Masa kanak-kanak dan sekolah rendah banyak di Butterworth.
Bila masuk sekolah menengah, ada juga belajar di Pondok Pokok Sena, Butterworth, di Kota Bharu (Pondok Pasir Tumboh) dan dapat syahadah di Madrasah Al-Masriyah dan Madrasah An-Nadhoh sebelum menyambung pelajaran agama di Mesir.
Pada masa sekolah menengah, dah tidak banyak ambil akademik, belajar di merata tempat sehingga luar negara. Allah beri keizinan hingga saya sampai ke Madinah untuk belajar, alhamdulillah.
Bagaimana bermula penglibatan dalam Pas?
HAFIZ: Kalau dengan Pas, saya isi borang jadi ahli pada 1984 dan pada 1985 terima sijil keahlian walaupun tengah belajar. Ayah saya apabila anak-anak cukup umur, dia bagi borang dan isi, yuran dia bayar, masa umur 14 tahun dah jadi ahli.
Syarat keahlian Pas mudah iaitu hanya perlu akil baligh. Saya mula bergiat aktif sebagai ahli. Tidak lama kemudian saya memegang ahli jawatankuasa Cawangan dan Pemuda Cawangan Bagan Ajam. Saya menjadi ahli jawatankuasa Cawangan sampai sekarang.
Pada usia 17 tahun, ketika nak ambil syahadah di Madrasah Al- Masriyah, saya diserap masuk bawah Lajnah Penerangan Pas Kawasan Tasek Gelugor, pada masa itu diketuai Allahyarham Hamdan Abdul Rahman (bekas ADUN Permatang Pasir) sebagai Ketua Penerangan. Saya pun mula bergiat aktif di peringkat kawasan setelah diberi mandat.
Apabila keluar negara sambung belajar, saya berehat seketika dalam politik tetapi masih mengikuti perkembangannya dari jauh. Pada 2003 kembali ke tanah air dan menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Memegang jawatan di Dewan Pemuda Negeri dan cawangan termasuk Ketua Pemuda Cawangan pada semester akhir. Pada 2007 dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang. Sebenarnya bermula dari Ketua Lajnah Tarbiah Pemuda Pas Negeri, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, akhirnya Timbalan Ketua Pemuda dan Ketua Pemuda.
Saya bekerja sendiri dan cari duit dengan buka kelas pengajian agama untuk kanak-kanak dan dewasa, kelas bahasa Arab atau lebih berbentuk dakwah. Saya aktif bukan sebagai ketua atau orang atasan tetapi buat kerja bermula di peringkat bawah.
Balik dari luar negara, pembabitan saya mula menonjol dengan memegang Ketua Pemuda Cawangan yang sering berada atas pentas, menjadi Timbalan Ketua Pemuda selama empat tahun dan Ketua Pemuda dua tahun.
Kenapa tiba-tiba mengundurkan diri ketika berada di puncak pentas politik?
HAFIZ: Kalau nak kira umur memang dah masuk 40 tahun tetapi mengikut perlembagaan Pas masih boleh pegang jawatan. Lagi lima bulan baru cukup 40 tahun. Mungkin sekarang dah sampai masa untuk saya berterus terang.
Ramai dok tanya termasuk Ketua Pemuda Pas Pusat ketika itu, YB Salahuddin Ayub. Dia tanya dah fikir habis-habis dan betul nak berundur. Saya kata cukuplah dua tahun pegang jawatan dan nak beri laluan kepada orang muda. Saya rasa bukan kepimpinan saya tidak diperlukan di Pulau Pinang tetapi tidak boleh ikut rentak perjuangan Pas Pusat sendiri.
Sebab banyak perkara Pas Pusat buat yang bercanggah dengan tarbiah Pas itu sendiri, bukan saya ukur dengan nafsu dan naluri saya tetapi ukur dengan ilmu dan tarbiah saya dapat pada hari pertama masuk Pas dan hari terakhir sebagai Ketua Pemuda negeri.
Apa maksud saudara?
HAFIZ: Ramai kawan dan sahabat yang baru sertai Pas dan mereka berada pada era Pas sedang menang iaitu sekitar 1990-an apabila ambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dan ledakan akibat pemecatan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan menteri Kabinet.
Orang baru mungkin dan memang tidak faham atau dapat tarbiah seperti masa saya dapat pada 1980-an yang ditekankan dengan batas iman dan kufur serta akidah perjuangan.
Tidak seperti hari ini masuk Pas tetapi tak tahu akidah perjuangan, cuma nampak sebuah parti alternatif kepada UMNO. Mereka dedah kezaliman UMNO, orang tidak suka kepada UMNO dan nampak Pas sebagai ganti tempat UMNO.
Sedangkan dalam Pas, pimpinan parti selalu berucap atas pentas atau dalam mesyuarat bahawa Pas bukan semata-mata parti politik tetapi gerakan Islam dan dakwah.
Timbul persoalan apabila saya jadi Timbalan Ketua Pemuda negeri, saya suarakan perkara dakwah di peringkat muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat. Mengenai dakwah itu sendiri dalam muktamar, kita nampak berkecamuk, fikrah yang berkecamuk sebenarnya.
Dalam Pas belum nampak satu Lajnah atau jabatan dakwah yang begitu fokus kepada bukan Islam dan islah sesama orang Islam seperti mat rempit dan sebagainya.
Kalau ada pun Pas cuma cuba-cuba buat ikut aktiviti. Sebagai contoh, Pemuda Pas Pusat pernah dekati artis, Sinar (Harian) belum wujud di Pulau Pinang dan Utara. Mereka main bola sepak tetapi tidak berterusan hanya sekadar memenuhi syarat. Cuma nak bagi tahu kami dah buat program ini.
Setiap teguran yang kami buat pada peringkat Pemuda Pas Pusat, bila pimpinan Pas Pusat jawab, negeri akan kena balik. Malah saya agak ralat masa itu, Timbalan Presiden, Datuk Seri Haji Hadi Awang datang untuk rasmi Dewan Pemuda Pas Pusat bersidang, beri semangat Pemuda mesti berani dan bersemangat.
Tetapi bila Pulau Pinang cuba nak ambil pendekatan atau kata-kata Tuan Guru Hadi iaitu ambil keberanian untuk menegur, mungkin dari sudut bahasa kasar dan yang patut kena tegur pemimpin. Saya amat kesal selepas benda itu meletup, pimpinan Pusat akan kata itu pandangan peribadi.
Ini bukan soal peribadi tetapi soal muktamar. Kalau orang faham itu muktamar, saya mewakili Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang iaitu wakil dan pandangan Pemuda Pulau Pinang.
Sampai tahap tak boleh lupa bila Hadi kata Pemuda Pas macam beruang, sayang pada tuan dia dan tampar nyamuk sampai koyak muka tuan dia. Juga Tuan Guru Hadi ada sebut Pemuda macam buih Coca-Cola. Tarbiah datang dari Pusat supaya Pemuda berani untuk menegur. Tetapi apabila teguran dilontar, seakan tidak boleh terima pula.
Adakah ini bermakna Pas sudah menyimpang daripada asas perjuangannya?
HAFIZ: Saya tidak mahu kata begitu. Tetapi cuma saya tengok dari awal hingga 1980-an dan sampai akhir pegang jawatan, pimpinan Pusat di mana-mana ceramah dan program dalaman parti sering menyebut bagaimana Saidina Omar Al-Khattab ditegur dengan pedang.
Kami tak pernah bawa pedang dalam muktamar. Jadi kita tak sampai tegur secara biadab tapi cuma lantang, tegas dan berterus terang. Sesuai dengan Pas yang selalu minta kepada musuh-musuhnya agar telus dan terus telus.
Dan itu ketelusan yang cuba kita bawa peringkat negeri kepada Pemuda Pas Pusat. Pemuda Pas Pulau Pinang selalunya kami bertembung, pandangan kami ditolak, dalam muktamar cakap kami disekat.
Benda itu semua saya dok perhati dan sampai sekarang apabila Pas mula berkawan dengan parti yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. Di sini saya nampak Pas ada sikap double standard. Ini memang kena tulis.
Tolong tulis. Pas memang ada double standard. Sebab dengan UMNO, Pas tolak bermati-matian sampai hari ini. Baru nak duduk bincang meja bulat, Pas dah beri syarat UMNO kena tukar dasar. OK, itu saya setuju dan saya terima kerana dasar UMNO bukan Islam.
Dan kerana itulah saya berada dalam Pas sejak 1980-an dahulu kerana UMNO memang tidak boleh diharapkan untuk memperjuangkan Islam. Tetapi kenapa Pas bertegas dengan UMNO sampai hari ini macam satu kemestian kalau UMNO nak bincang kena tukar dasar.
Tetapi kenapa dengan dua parti yang hari ini jadi anggota Pakatan Rakyat (PR) terang-terang, yang terkini contoh hudud, wayang gambar berulang apabila Tuan Guru Nik Aziz (Nik Mat) melontarkan cadangan untuk melaksanakan hudud, sekali lagi Karpal Singh menentangnya.
Dulu kata “over my dead body”. Sekarang ni dia tunjuk sekali lagi sikap sebagai seorang ahli politik DAP yang menentang hudud dilaksanakan. Kemudian (Lim) Kit Siang pun memang sokong Karpal Singh dan tidak setuju dari dulu lagi sampai sekarang begitu juga anaknya Guan Eng.
Memang tiada tertulis apa-apa iaitu dalam PR ini apabila setelah ditakdirkan mereka mengambil alih Malaysia akan laksana hudud atau undang-undang Islam, memang tiada.
Malah saya lebih kesal lagi dan kena tegur Pas Pusat, sampai hari ini kenapa satu pakatan yang sangat longgar diteruskan melebihi 10 tahun dan tidak bertulis apa-apa. Tiada satu perjanjian yang jelas yang dibuat.
Kalau kita pertikai dasar UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang tidak mahu pada Islam, kita tak mahu duduk semeja, berunding dan tidak akan bekerjasama. Kenapa dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dasar mereka tidak Islam dan tidak boleh tolak ansur dalam pelaksanaan hudud, Pas terima.
Saya ada fakta (Datuk Seri) Dr Wan Azizah Wan Ismail tolak hudud melalui keratan akhbar. Anwar Ibrahim pun tidak jelas pendiriannya. Tetapi bagi saya tak jelas pun tak apa, dia bukan ahli PKR hanya penasihat.
Saya tak pandang pada Anwar tetapi pada Presiden PKR. Pemimpin DAP pun tolak hudud, Setiausaha Agung, Lim Guan Eng pun tak setuju. Dia marah apabila kita bangkit soal hudud. Saya masih ingat ketika muktamar Pas negeri,
kita jemput Ustaz Azman Shapawi kalau tak silap saya, pada ceramah sebelah malam itu, Azman sebut kalau PR menang, kita akan laksana hudud. Hari ini keluar surat khabar, esok Guan Eng jawab terus. Tak setuju dan tidak ada dalam perbincangan PR. -SH

Read more: http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2011/02/pas-double-standart-ustaz-hafiz-nordin.html#ixzz1Etv5ajfE

Monday, February 21, 2011

Nik Aziz Sudah Bengong dan Nyanyuk?


Nik Aziz kini menafikan bahawa beliau pernah mengkafirkan UMNO, sedangkan perkataan UMNO Kafir ini sering keluar dari mulut penceramah PAS terutamanya semasa setiap kali Pilihanraya Umum....

Pada Ogos 1963 Dewan Ulama' PAS Kelantan mengeluarkan hukum berikut. " orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram."

Oleh yang demikian , Nik aziz menghalalkan penumpahan darah menentang UMNO yang dianggap sebagai kafir kerana berkerjasama dengan MIC, MCA, Gerakan dan lain-lain parti yang diterajui oleh bukan islam dari Sabah dan Sarawak dengan berkata,

"Jika melawan UMNO tiba-tiba kita meninggal dunia , maka kita dikira mati syahid," kata Nik Aziz dalam Kuliahnya di Masjid Kg Pulau Melaka.

Pada 3 Julai 1999 di Pengkalan Chepa, Nik Aziz berkata,

"Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri-ciri kafir".

namun beberapa bulan sebelum itu pada 12 mei 1999 Nik Aziz menekankan bahawa demi memastikan hubungan dengan DAP berjaya, PAS sanggup tidak mendirikan Negara Islam. Katanya,

"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup berkerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam".

Pada  4 Ogos 2001, Nik Aziz menekankan ketiadaan hasrat menubuhkan Negara Islam dengan berkata,

"Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuh sebuah Negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri perlembagaan itu.

hahaha Tuan Guru Politik Nik Aziz sebenarnya sudah termakan dengan tuduhan beliau sendiri selama ini....kesian dengan orang tua nyanyuk tu, demi menyelamatkan PAS yang kini sedang ditekan oleh penyokong mereka mengenai pelbagai masalah terutamanya soal PMBK dan juga MPKB yang ternyata gagal melaksanakan amanah yang diberikan oleh Rakyat Kelantan.


Anak-Anak Quraisy Sekali Lagi Selamatkan Kepimpinan Nik Aziz

Kisah aktiviti disebalik rumah berlampu hijau di tangguh dahulu.
Sudut K&I di DUN Chempaka, kisahnya turut ditangguhkan bagi menghormati operasi MPKB-BRI

Update 16 Februari 2011 10 pagi :
Bahagian atas sebuah rumah papan dua tingkat yang dipercayai menjadi pusat pelacuran di Lorong Limau Manis, dekat sini runtuh ketika serbuan oleh pihak penguatkuasa, semalam.
Runtuhan itu menyebabkan seorang wanita disyaki pelacur dan beberapa penguatkuasa yang menjalankan operasi bersepadu itu cedera ringan.
Wanita itu yang cedera di kaki kiri dihantar untuk rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini manakala beberapa penguatkuasa hanya cedera kecil ekoran ditimpa sepihan kayu yang runtuh.
Setiausaha MPKB-BRI Mohd Anis Hussin berkata serbuan pada pukul 10.30 malam itu dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Baharu – Bandar Raya Islam (MKPB-BRI), polis, Imigresen dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik).

Posting Asal
Dahulu Nik Aziz dengan bongkak mendakwa kepergiannya ke Mekah di halang oleh anak Quraisy dan menyamakan bagaimana Rasulullah terpaksa menangguhkan hajatnya ke Mekah kerana di halang oleh orang-orang kafir Quraisy.

Tanpa diketahuinya, tindakan anak Quraisy itu telah menyelamatkan dia dari menjadi mangsa rasuah dan di dakwa. Selepas kejadian tersebut, nasib Nik Aziz banyak diselamatkan oleh anak Quraisy di dalam beberapa kes lain.

Saya menafsirkan anak Quraisy itu sebagai pengamal media, bercetak dan online. Saya yakin, pengamal-pengamal media ini tidak pernah mengharapkan ucapan terima kasih sebagaimana tidak mengharapkan pendedahan mereka mengundang penghinaan dan kejian. Bagaimanapun, penghinaan dan kejian selalunya tidak akan melunturkan semangat mereka dari menulis tentang kebenaran.

Pagi tadi saya dihubungi oleh wakil Kerajaan Negeri Kelantan yang mengucapkan ribuan terima kasih di atas pendedahan yang akhbar Utusan Malaysia dan blog Kickdefella lakukan.

Saya dimaklumkan tentang operasi yang sedang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu terhadap lokasi-lokasi maksiat yang telah didedahkan kepada rakyat. Turut dimaklumkan ialah selama ini pembuat-pembuat polisi di MPKB-BRI  beranggapan aktiviti pelacuran di Kelantan amat kecil serta terlindung dari pengetahuan umum. Oleh itu tidak perlu dibazirkan peruntukan kewangan untuk membiayai bayaran lebih masa akibat menjalankan operasi.

Sekarang mereka sedar, operasi-oparasi sebegini perlu diteruskan. Pada waktu yang sama, saya dipelawa untuk memantau keberkesanan tindakan MPKB kebelakangan ini.

Jawapan saya Alhamdulillah, dengan penuh rendah diri saya bersyukur kerana dapat menyumbang sedikit untuk membanteras maksiat di negeri saya. Pahala hendaknya kepada semua pembaca blog ini yang berjaya memberi impak yang besar terhadap posting di Kickdefella berhubung isu maksiat ini. Pahala juga kepada para wartawan-wartawan dan pihak-pihak media lainnya.

Sementara itu petang semalam saya dimaklumkan seorang kakitangan kanan MPKB telah mengaku beliau pernah ke pusat pelacuran Kg. Limau Manis. Kakitangan yang bergelar ustaz itu bagaimanapun berkata,
“kick tulis pakai kopiah, ambo memang gi, tapi sampai situ ambo buka kopiah letak tepi….”

Tujuan kehadiran beliau ke situ adalah bagi memantau aktiviti di tempat tersebut sebelum memaklumkan kepada bahagian penguatkuasaan.

Bagi menghormati usaha MPKB Bandar Raya Islam yang giat menjalankan operasi mereka, Kickdefella tidak bercadang untuk meneruskan posting bahagian 3 dan 4 pada minggu ini seperti yang telah dijanjikan.

Ejen Johnson juga terpaksa menolak banyak tawaran untuk menyiasat aktiviti-aktiviti maksiat di daerah-daerah lain di Kelantan buat sementara waktu atas sebab-sebab keselamatan. Bagaimanapun ejen Johnson dalam keadaan selamat dan sedang berehat di kampung halamannya.

Jelasnya kebelakangan ini Menteri Besar Kelantan lebih berjaya dijaga oleh anak-anak Quraisy daripada Husam Musa, exco kesayangan MB Kelantan itu. Mungkin Husam harus mengkaji semula strateginya dan perlu berlaku lebih jujur dan bukan menjadi sokong membawa rebah kepada Nik Aziz. 

dipetik dari weblog http://kickdefella.wordpress.com

PRK Merlimau: Demi PRK, tiba-tiba PAS sokong perjuangan Melayu !...

PRK Merlimau: Demi PRK, tiba-tiba PAS sokong perjuangan Melayu !...: "Para pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan propaganda Pas yang mengakui p..."

Monday, February 14, 2011

MB akui ada kegiatan mungkar di Kelantan


KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui dakwaan sesetengah pihak di negeri ini terdapat kegiatan mungkar.

Beliau ketika mengulas persoalan kegiatan mungkar termasuk judi, pelacuran dan dadah kesal kerana kurangnya penguatkuasaan yang dijalankan pihak terbabit sehingga negeri Kelantan yang dinamakan Serambi Makkah tercalar.

“Boleh jadi kes ini (judi, pelacuran dan dadah) ada dan jika betul ada, ia hasil daripada ‘jangkitan’ orang tengok televisyen, surat khabar dan jika tahu, boleh lapor pada penguat kuasa supaya ia tidak merebak.

“Kes judi, pelacuran dan dadah memang diharamkan dalam Islam, malahan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat memang mengharamkan kes seperti ini,” katanya pada sidang media di Kediaman Menteri Besar di sini, semalam.

Beliau mengingatkan rakyat di negeri ini menjauhi perbuatan haram berkenaan yang boleh merosakkan akhlak dan meminta penguatkuasaan dibuat bagi mencegahnya.

Menurutnya, kegiatan mungkar berkenaan berlaku disebabkan kurangnya takwa kepada Allah dalam diri manusia, sedangkan mereka (rakyat) perlu sedar Allah ada di mana-mana.

“Umat Islam diajar melakukan takwa kepada Allah dan mereka perlu sedar segala perbuatan mereka dikawal malaikat yang mencatat kebaikan dan kejahatan mereka,” katanya.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta Kerajaan Negeri sepatutnya memberi maklum balas segera berhubung pendedahan blogger mengenai kegiatan pelacuran dan judi haram yang masih wujud di negeri ini. 
 
Sumber dari Sinar Harian 15 Feb 2011

ulasan Taming Seri : itulah bila sibuk sangat dok politik sana sini sampaikan maksiat sepan mata tak nampak tapi sibuk pasal maksiat negeri orang, padahal banyak lagi yang perlu Tok Guru Politik Nik Aziz perlu lakukan di Kelantan selain asyik mencelakakan orang lain....padahal diri sendiri yang di timpa celaka.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sunday, February 13, 2011

House PK: CILI KASI TARUK! ADAKAH ANWAR AKAN KE MAHKAMAH HAR...

House PK: CILI KASI TARUK! ADAKAH ANWAR AKAN KE MAHKAMAH HAR...: "Ini hari perbicaraan Anwar al Liwati yang sudah tertangguh berapa kali sampai kita pun tak ingat dah ni akan bersambung semula. Kita tak tah..."

padijantan: Cerai Bini Kerana Parti

padijantan: Cerai Bini Kerana Parti: "Azizan ditanya mengenai pendedahan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tentang wujudnya amalan bai'ah menceraikan isteri di kalangan waki..."

padijantan: Wajarkah Parti Islam Lakukannya

padijantan: Wajarkah Parti Islam Lakukannya: "Kebangkitan Ahli PAS menentang Nik Aziz.Ahli PAS dah mula merancang desakkan menuntut TGNA meletak kesemua jawatan beliau dalam Parti &..."

Saturday, February 12, 2011

Adakah Dosa Dan Pahala Dalam Mengundi Pilihanraya? : Minda Tajdid

Adakah Dosa Dan Pahala Dalam Mengundi Pilihanraya? : Minda Tajdid

Orang Kelantan Mudah Lupa (pt 2) : MPKB – Bandar Raya Islam Sakit Sebelah Mata





Ejen Johnson meninggalkan sebuah kedai di Kota Bharu setelah membeli 3 keping tiket judi loteri.
“Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) sedang membuat persiapan bagi menganjurkan “Konvoi 10 ribu Rakyat, Didik dan Dakwah Tak Nak Judi” ke puncak Genting Highlands.
Menurut ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi, program tersebut dijadual pertengahan Syawal depan selepas umat Islam selesai menjalani ibadah puasa Ramadhan.
“Kita mahu capai objektif utama iaitu mahu menyemarakkan Kempen Tak Nak Judi dan mahu mengimarahkan puncak Genting dengan solat hajat dan kalimah Allah setelah sekian lama gersang,” katanya ketika dihubungi.
Antara lain, pada program julung kali diadakan itu juga akan mengedarkan risalah dakwah bagi menyedarkan orang ramai berkenaan bahana judi dan kesannya kepada masyarakat.
Walaubagaimanapun, program tersebut hanya akan diteruskan sekiranya mendapat sokongan dari rakyat dengan berjaya mengumpul 10 ribu penyertaan.

Sehubungan itu, DPPP katanya akan membuka pendaftaran kepada rakyat yang prihatin yang mahu menolak judi.
“Tak cukup 10 ribu, kami tak akan buat sebab kita takut tidak berkesan,” katanya.” HarakahDaily 5 Julai 2010.
Itu adalah berita lapuk sewaktu demam Piala Dunia 2010 yang lalu. Hari ini kita sudah segar dan tidur pun sudah mencukupi, baik kita baca berita hari ini seperti di bawah,
“Biar pun judi diharamkan di Kelantan sejajar konsep ‘Membangun Bersama Islam’ yang diamalkan oleh Kerajaan Pas negeri itu namun ia tetap berleluasa dan dijual secara terbuka terutama membabitkan loteri ‘Big Sweep’.
Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) seolah-olah menutup sebelah mata kerana tiket loteri tersebut boleh dibeli dengan mudah di beberapa kedai buku dan alat tulis di sekitar bandar ini.
Begitu juga dengan empat nombor ekor, kaki judi boleh membelinya dengan mudah di kedai-kedai kopi dan ia sudah menjadi rahsia umum sejak 20 tahun lalu.
Tinjauan Utusan Malaysia di sebuah kedai buku di sini baru-baru ini mendapati pemiliknya yang hanya dikenali sebagai Gan tidak banyak bersoal-jawab ketika ditanya mengenai tiket loteri tersebut.
Gan berkata, dia telah menjual tiket loteri tersebut sejak puluhan tahun lalu dan tidak pernah dikenakan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa walaupun mengetahui ia melanggar peraturan.
“Jangan bimbang, tidak kena tangkap di sini, saya sudah lama jual loteri. MPKB-BRI tidak pernah datang sini buat pemeriksaan, nama saja undang-undang tapi tidak ada apa-apa.
“Ramai orang datang beli sini, Melayu pun ada, tidak jadi masalah kalau nak beli tiket loteri di sini,” katanya kepada wartawan yang berlagak seolah-olah mahu membeli loteri berkenaan. Sementara itu, tinjauan di sebuah kedai kopi mendapati kaki judi hanya menulis nombor di atas secebis kertas dan diberikan kepada peniaga atau pelayan bersama wang untuk membeli tiket judi empat nombor ekor.
Bagaimanapun, transaksi judi empat nombor ekor di kedai kopi itu agak sukar dikesan kerana ia hanya ditulis di atas cebisan kertas dan berasaskan prinsip saling mempercayai antara kaki judi dan pengendalinya.” Utusan Malaysia 11 Februari 2011.
Pada 3 Julai 2010 Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Takiyuddin Hassan telah menjelaskan berhubung penjualan judi di Kelantan setelah saya mendakwa tiket judi loteri terus di jual di Kota Bharu.
“Bagaimanapun, kerajaan negeri tidak pernah meluluskan lesen judi walaupun untuk bukan Islam sebagai mana lesen arak,” ujarnya. Lesen judi dan arak adalah perkara yang berbeza. Katanya, lesen arak mengikut majlis daerah masing-masing di seluruh jajahan di negeri ini yang hanya diluluskan di restoran bukan Islam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan kerajaan negeri meluluskan lesen arak dan judi. Kerajaan negeri hanya memberi kelonggaran kepada golongan terbabit untuk tujuan itu, bagaimanapun hanya di restoran terpilih sahaja.
Tambahnya, namun kerajaan negeri tidak pernah meluluskan sebarang bentuk lesen judi sejak hampir 20 tahun PAS mentadbir negeri ini. Bagaimanapun, sekiranya kegiatan itu masih berlaku di negeri ini, ianya beroperasi secara haram.
“Kalau didapati ada yang terlibat dengan kegiatan ini, orang ramai boleh membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI). Pihak MPKB-BRI secara bersepadu dengan beberapa jabatan lain lagi akan mengambil tindakan ke atas mereka yang menjalankan kegiatan terbabit,” ujarnya.
Saya percaya seratus peratus kenyataan Takiyuddin kerana saya tiada bukti beliau pernah berbohong di atas kapasitinya sebagai Exco, bukan seperti Husam Musa dan Nik Aziz.
Tetapi saya percaya, ada pihak di MPKB Bandar raya Islam telah tutup sebelah mata di dalam isu ini. Dalam hal judi, saya yakin Dato’ Takiyuddin boleh selesaikan hal ini dengan segera.

Kerajaan Negeri menerusi PBT mesti ada kuasa menarik balik semua lesen premis perniagaan yang melanggar syaratnya. Judi haram di Kelantan. Jadi MPKB Bandar Raya Islam, sila buka kedua-dua belah mata.

Nik Abduh sudah bukan Ahli Majlis MPKB. Tidak perlu hipokrasi itu.
Pada 28 Mei 2010, saya menulis di blog ini,
Bahkan di Kelantan walaupun judi nombor ekor tidak dibenarkan, tetapi judi didalam bentuk loteri Big Sweeps di benarkan. Kedai-kedai yang menjadi ejen Big Sweeps terus dibenarkan menjual tiket-tiket loteri di premis mereka di bawah dasar Membangun Bersama Islam.
Jadi kenapakah parti PAS dan parti-parti politik pembangkang ikut bersama segelintir anggota parti komponen BN menentang pemberian lesen Judi Pertaruhan Bolasepak?
Apakah kerana pemberian lesen itu akan menggugat pendapat beberapa orang penting di dalam ‘Dunia Gelap’.
Apakah penjualan Big Sweeps di Kelantan dipelopori oleh dewa dunia gelap juga?

dipetik daripada weblog http://kickdefella.wordpress.com

Orang Kelantan Mudah Lupa (pt 1): Dari Serambi Mekah Ke Serambi Golok


Liza, pelacur di Kg Limau Manis, Jalan Hamzah boleh dihubungi menerusi bapak ayam bernama Jai di 014 811 9203
Kaunter pembayaran berasingan di antara lelaki dan perempuan di pusat-pusat membeli belah adalah diantara revolusi yang laksanakan oleh kepimpinan Nik Aziz bagi mengelak umat Islam di Kelantan mendekati zina dan perbuatan yang boleh membawa kepada zina.

Kemudian Nik Aziz menyarankan perempuan yang cantik tidak di ambil bekerja, juga bagi konteks yang sama dan menyelesaikan masalah pengangguran di Kelantan.

Anak-anak muda yang tidak menutup aurat akan di beri kaunselling dan di dakwa. Beberapa tahun yang lepas, muslimah juga di larang memakai gincu bila berada di bandar Kota Bharu.

Samalah seperti mewajibkan tulisan jawi pada papan tanda di seluruh Kelantan. Kita diperbodohkan seolah-olah jawi itu menandakan Islam dan simbol ketinggian syiar Islam di Kelantan. Bukankah jawi itu Melayu.

Dan seperti kata Tun Dr. Mahathir, Melayu mudah lupa. Orang-orang Kelantan pun terus lupa. Yang tinggal ialah papan tanda kaunter berasingan, amalannya sudah tiada siapa pedulikan. Apabila Islam ditonggang untuk doktrinasi politik, PAS berjaya tetapi Islam tidak berjaya. Kelantan tidaklah lebih Islam dari negeri-negeri lain di Semenanjung dan tidaklah kurang maksiat berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Beleklah dokumen-dokumen, makalah dan terbitan-terbitan rasmi Kerajaan Negeri Kelantan dan mereka telah mengaku berjaya mempertingkatkan syariat Islam seperti termaktub dalam manifesto mereka seperti di bawah,
  • Pengharaman judi dikuatkuasakan pada 1hb Januari 1992.
  • Menutup kelab-kelab malam.
  • Menghapus kegiatan pelacuran.
  • Menguatkuasakan etika pakaian Islam sebagai syarat pengeluaran lesen oleh PBT.
  • Pengasingan kaunter bayaran lelaki dan perempuan.
  • Menutup pusat hiburan snooker dan billiard.
  • Meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri 1998 yang mengutamakan nilai-nilai Islam.
Operasi Johnson
Minggu lepas Kickdefella telah melancarkan operasi Johnson di Kota Bharu. Operasi Johnson bertujuan menyedarkan rakyat Kelantan bahawa segala dakwaan PAS selama ini hanyalah retorik.

PAS tidak pernah berjaya menghapuskan pelacuran seperti di dakwanya. PAS hanya mengharamkan pemberian lesen pusat hiburan dan pusat hiburan yang menyediakan perkhidmatan seks tetapi pusat-pusat sedemikian terus tumbuh secara haram tanpa berselindung sehingga ke azan subuh. PAS mengharamkan judi di Kelantan tetapi kedai-kedai yang beroperasi dengan lesen dari PBT terus menjual loteri dan lain-lain bentuk judi di kaunternya.

Pada hari Kickdefella akan siarkan operasi Johnson bahagian satu, bagi menunjukkan bagaimana ejen kami dengan codename Johnson boleh mendapatkan perkhidmatan seks dari pelacur di tepi jalan dengan mudah di Kota Bharu.

Jalan Hamzah, bersebelahan dengan KB Mall dan 500 meter dari Pejabat Menteri Besar Kelantan, merupakan kawasan elit dengan perumahan orang-orang Cina.

 Selepas Maghrib, beberapa perempuan bertudung akan berada di sini. Hampiri mereka dan anda akan dibawa ke rumah pelacuran di Kg Limau Manis untuk aktiviti seks.

Di lorong ini, ‘pengawal keselamatan’  bermotosikal akan memerhati orang luar yang keluar masuk sambil menjaga keselamatan beberapa orang pelacur bertudung yang berdiri di sini

Ini merupakan laluan ketiga ke kawasan perumahan Tmn Limau Manis, jalan utama ke pusat maksiat, juga di kawal oleh lelaki bermotorsikal.

Pondok Polis Taman Limau Manis, pada waktu malam, anda boleh melihat seorang dua pelacur perempuan atau pondan berdiri di sini.

Lorong menuju ke Kg Limau Manis, dalam 100 meter dari jalan utama Taman Limau Manis. Beberapa orang bapa ayam dan pelacur akan berdiri di sini pada waktu malam berhadapan dengan beberapa barisan rumah di perumahan itu.

Dua premis, di kiri dan kanan adalah tempat sarang pelacuran dan perjudian. Wanita yang sedang berjalan adalah salah seorang pelacur yang berdiri ditepi jalan pada malam operasi kami.

Bahagian belakang salah sebuah premis pelacuran. Lihat tiang gol tempat budak-budak bermain. Bagaimana aktiviti ini boleh berlaku di tempat sedemikian?

Sebuah rumah putih dua tingkat di sebelah rumah kayu yang menjadi salah satu tempat pelacuran. Tidak pernahkah laporan di buat kepada pihak berkuasa?

Dua orang lelaki berjalan meninggalkan rumah tersebut. Tidak dapat dipastikan adakah mereka pekerja di situ atau tempat itu juga merupakan sarang panagihan dadah,

Aktiviti harian di siang hari. Kiri dan kanan adalah bangunan yang digunakan untuk pelanggan melepaskan nafsu mereka.

Perhatikan beberapa lelaki yang duduk di atas tangga di rumah sebelah kanan foto. Mereka adalah diantara beberapa orang yang bertugas di premis ini.

Premis pejabat di lihat dari lorong masuk ke sarang pelacuran.

Premis perniagaan Chua and Chu

Johnson Ke Jalan Hamzah
“MPKB tak kacau,” tanya saya kepada Jai, bapak ayam di situ.

“MPKB tak kacau, dia saing-saing belako, boh dia pun ada mari jugok, dia kawal semua,” kata Jai memaklumkan saya bahawa ada pihak di MPKB berkawan dengan pemilik premis pelacuran di sini mengakibatkan pusat itu tidak diserbu oleh MPKB Bandaraya Islam.
“MPKB mari mintok pitih?” tanya saya kepada Jai lagi.

“Dok, dia mari main lah…. ramai mari main… orang pakai kopiah pun mari sini juga…” kata Jai lagi yang antara lainnya menjelaskan bahawa beberapa orang dari Majlis Perbandaran itu adalah pelanggan premis pelacuran itu.

Mereka sungguh selesa walaupun melihat saya memegang kamera dan merakamkan perbualan kami. Ini menunjukkan mereka benar-benar yakin sistem yang sedia ada tidak akan dapat digugat oleh sebarang pendedahan jika berlaku.

Jai dan beberapa bapak ayam yang berlegar-legar di tepi jalan di Taman Limau Manis berdekatan Jalan Hamzah, itu bersenjatakan pisau rambo yag terselit di belakang pinggang mereka. Manakala mereka yang mengawal premis itu disyaki memiliki senjata api. Aktiviti mereka bagaimanapun di buat secara terbuka.

Di zaman pemerintahan PAS di bawah Dato’ Asri Haji Muda dan beberapa Menteri Besar lain, Jalan Hamzah memang sudah terkenal dengan aktiviti pelacuran dan apa yang di panggil Kopi & Korek. Tetapi apabila BN mengambil alih Kelantan pada 1978, Tan Sri Mohammed Yaccob telah menutup tempat berkenaan tetapi BN membenarkan operasi pusat hiburan berlesen, yang antara lain turut menawarkan perkhidmatan seks secara ‘underground’.

Apabila Nik Aziz menerajui pemerintahan ulama di Kelantan, beliau berbangga dengan mendakwa PAS berjaya menghapuskan aktiviti pelacuran di dalam manifesto-manifestonya.
Pusat pelacuran di Kampung Limau Manis ini tidak lebih 100 meter dari kediaman Taman Limau Manis. Ia juga tidak sampai 200 meter dari kediaman dan premis perniagaan sahabat baik Nik Aziz bernama Kenny Chua. Serta tidak lebih 500 meter dari Kompleks SUK yang menempatkan pejabat Menteri Besar Kelantan.

Mustahil Kenny Chua dan penduduk di situ tidak menyedari aktiviti yang sudah berlarutan sekian lama ini. Mungkin Kenny Chua tidak berani berbisik hal ini kepada MB setiap kali beliau menanti di SUK untuk mengangkat briefcase MB dan mengiringi MB ke kereta.

Menurut ejen kami yang masuk ke dalam premis tersebut, selain daripada pelacur perempuan dan pondan, premis itu juga menawarkan aktiviti perjudian.

Dari jalan utama bersebelahan KB Mall, anda akan lihat beberapa perempuan bertudung dan pondan berdiri di dalam gelap menanti pelanggan.

Di hadapan lorong masuk ke sarang pelacuran. Dua Pelacur sedang berdiri. Lihat Hotel Tune di belakang. Pelacur juga menyarankan sewaan dibilik hotel itu bagi pelanggan yang mahukan keselesaan.

Jika di tepi jalan utama pelacur memakai tudung, di lorong masuk ke premis mereka, mereka lebih ‘daring’ berpakaian bahkan tiada masalah berkongsi cerita dan sejarah dengan kami sewaktu kami menanti ejen Johnson yang masuk ke dalam sarang pelacuran.

dipetik daripada weblog http://kickdefella.wordpress.com

Kota Bharu Bandaraya Islam Yang Lindungi Pelacuran dan Lain-Lain Maksiat

 
Liza, seorang Pelacur sedang bersedia untuk melayan pelanggan di premis pelacuran tidak sampai satu kilometer dari Pejabat Nik Aziz dan premis ini di dakwa dilindungi oleh MPKB Bandaraya Islam

Nasruddin Tantawi sahajalah harapan rakyat Kelantan untuk membersihkan segala bentuk maksiat seperti judi, pelacuran dan seks haram luar tabie yang berleluasa di Kota Bharu Bandaraya Islam. Pimpinan PAS Kelantan semuanya sudah terlalu dayus.
Ternyata Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam yang anak Nik Aziz yang bernama Nik Abduh pernah menjadi ahli majlis melindungi aktiviti-aktiviti maksiat dan pelacuran di dalam bandar Kota Bharu. Kenyataan ini memang memeranjatkan.
Setelah dua puluh tahun Kelantan di pimpin oleh Ulama dengan diperintah oleh Parti Islam, pusat placuran terancang dan karaoke-karaoke haram semakin berleluasa di Kota Bharu bahkan di dalam DUN Chempaka yang ADUN nya adalah Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul AM PAS.
Setelah sedekad Kota Bharu dimartabatkan oleh PAS sebagai Bandaraya Islam, rupa-rupanya itu hanyalah retorik politik. Itu sebenarnya penuh kepura-puraan. Itu sebenarnya penuh dengan kemunafikan.
Hari ini, saya ingin mengajak Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk membersihkan Kota Bharu dari maksiat yang semakin berleluasa yang dilindungi oleh pihak berkuasa tempatan.

Shahidan, seorang pelacur Pondan yang menjalankan aktiviti di premis perlancongan berlesen di tengah bandar Kota Bharu Bandaraya Islam.

Nik Aziz pula tidak perlu cabar sesiapa berdebat kerana Nik Aziz perlu bertaubat dan memikirkan bagaimana beliau mahu menjelaskan bukan kepada kami rakyat Kelantan, tetapi kepada Allah s.w.t tentang aktiviti maksiat yang dilindungi oleh Kerajaan Islam di bawah pimpinannya.
Sementara itu saya beri masa untuk anda semua melemparkan segala tuduhan kepada saya. Kata saya mabuk, kata saya kaki botol dan macam-macam lagi bagi menafikan apa yang akan saya dedahkan untuk beberapa hari yang akan datang.
Tetapi jangan dakwa bahawa aktiviti pelacuran dan lain-lain maksiat yang dilindungi pihak berkuasa memang berlaku di Kelantan tetapi kecil berbanding dengan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional. Alasan itu tidak di terima. PAS memerintah Kelantan selama 21 tahun dan sepanjang tempoh itu ADUN PAS, EXCO PAS dan Pembangkang adalah dari kalangan orang Islam. Kota Bharu pula adalah bandar kecil sahaja.
Kalau 21 tahun PAS masih gagal menghapuskan aktiviti pelacuran di Kelantan, janganlah PAS bercakap untuk menghapuskan maksiat di Malaysia yang terpaksa Kerajaannya di kongsi dengan parti-parti bukan Islam.
Nasruddin Tantawi perlu tangguhkan dulu aktiviti menyerang majlis sambutan hari Valentine sebaliknya perlu bersihkan maksiat yang dilindungi oleh Parti Islam di Negeri Kelantan.

dipetik daripada weblog http:// kickdefella.wordpress.com

SuaraOrangTimur: Siapa Yang Insaff Nih.Hehehehe...

SuaraOrangTimur: Siapa Yang Insaff Nih.Hehehehe...: "Wahhhh...!!!.Lama Sungguh MJ Tak Menulis Di BloG Nih.Kan Apa,Sekarang Banyak Urusan Kerja Yang Patut Di Selesaikan Tambahan Pula Kena Menyam..."

Wednesday, February 9, 2011

PBT digesa naik taraf jalan


TUMPAT - Kira-kira 2,000 penduduk daripada lima kampung di sini kurang selesa apabila terpaksa melalui jalan yang ditenggelami air saban hari berpunca daripada masalah banjir lambat surut di Kampung Kajang Sebidang.

Berikutan itu, penduduk di sini meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) menaik taraf jalan yang menghubungkan Kampung Teluk Jering ke Kajang Sebidang dan Palas Merah untuk keluar ke jalan utama melalui Kampung Telaga Bata kerana masalah ditenggelami air berulang saban tahun setiap kali banjir.

Walau pun musim banjir sudah berakhir, tetapi penduduk di sini masih dibelenggu jalan ditengelami air banjir sepanjang empat meter berikutan air banjir lambat surut di sini.

Penduduk dari Kampung Kajang Sebidang, Awang Seman Salleh, 41, berkata, jalan itu bukan sahaja ditenggelami air setiap kali musim banjir, bahkan pembetung air juga tidak cukup untuk mengalirkan air yang bertakung dari kawasan sawah padi.

“Jika jalan yang menghubungkan beberapa kampung ini dinaik taraf serta menyediakan lebih banyak pembetung air, rasanya kejadian banjir lambat surut pasti tidak akan berlaku.

“Kami di sini sudah bertahun-tahun berdepan kesukaran untuk keluar ke jalan utama kerana masalah air yang menenggelamkan jalan di Jalan Kampung Kajang Sebidang serta jalan untuk ke Kampung Palas Merah,” katanya. 



Warga emas, Abdul Rahman Isa, 70, berkata, berikutan jalan terbabit yang sering dinaiki air, dia berharap jalan itu dapat dinaik taraf dan ditinggikan kira-kira 1 meter daripada asal.

“Selalunya banjir yang melanda kampung ini mengambil masa berminggu-minggu untuk pulih sepenuhnya, memandangkan jalan itu berada di kawasan rendah, ia masih lagi ditenggelami air banjir.

“Saya berharap pihak berkuasa dapat menaik taraf jalan ini kepada ketinggian 1 meter bagi membolehkannya dilalui penduduk untuk keluar ke jalan utama,” katanya.


Ahli Jawatankuasa (AJK) Kampung Kajang Sebidang, Mat Isa Bulat, 47, berkata, jalan itu penting kepada penduduk Kampung Kajang Sebidang dan Teluk Jering kerana ia laluan utama pelajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat dan Sekolah Kebangsaan Teluk Jering.

“Air yang lambat surut dan menenggelamkan jalan itu, menyebabkan ramai yang tidak dapat keluar. Pelajar sekolah tidak dapat ke sekolah kerana tidak mahu meredah air setinggi 0.5 meter. 

Artikel di Petik dari Sinar Harian 10 Feb 2011 (Edisi Kelantan-Tumpat)

Anwar terima tajaan daripada Yahudi dan Amerika?

Taming Seri: PRK Merlimau: Hanya gerai Melayu dirobohkan.. gera...

Taming Seri: PRK Merlimau: Hanya gerai Melayu dirobohkan.. gera...: "PRK Merlimau: Hanya gerai Melayu dirobohkan.. gerai cina tak ter...: 'Seperti yang gua janjikan tengah hari tadi, sekarang ni gua dah uploa..."

Kesian Melayu Pulau Pinang


Apa nak jadi dengan nasib Melayu Pulau Pinang, malam ini satu lagi cerita sedih menimpa nasib mereka apabila gerai yang menjadi tempat mereka mencari rezeki bagi menampung hidup dirobohkan dengan kejam sekali oleh kerajaan Komunis Pulau Pinang.

Kalau sebelum ini deretan gerai Melayu di Negeri tersebut telah dirobohkan hari ini mereka mengganas lagi dengan merobohkan gerai orang melayu dengan sewenangnya walaupun notis mengosongkan gerai tersebut ialah pada bulan akhir bulan Feb 2011.


Satu persatu gerai-gerai milik orang melayu yang kononnya Tuan Punya negara ini namun kini dihalau semacam anjing oleh anjing-anjing DAP yang didokong oleh PKR dan PAS, apakah kesudahan episod duka melayu Singapura akan menimpa pula Melayu Pulau Pinang, inilah akibatnya jikalau kita terlalu berani mencuba sesuatu yang tida pasti sedangkan selama ini kita selesa dengan apa yang kita ada.


Mengapa gerai-gerai kaum cina dibiarkan begitu sahaja tanpa ada tekanan daripada kerajaan Komunis Pulau Pinang, adakah kerana mereka ini sebangsa dengan Ketua Menteri dan EXCO-EXCO kanan menyebabkan mereka diberi layanan VVIP oleh kerajaan negeri tersebut, sedangkan semasa saya mengunjungi jalan-jalan yang dipenuhi oleh penggerai-penggerai cina, saya dapati mereka sesungguhnya mengganggu lalu lintas dan menyukarkan pergerakkan kenderaan yang melewati jalan tersebut, namun mereka tidak diambil sebarang tindakan walaupun melanggar undang-undang.

Selamatkan Melayu Pulau Pinang, 
Jahanam DAP, Celaka PKR, Bodoh PAS





Tuesday, February 8, 2011

Pembohongan Ketara PAS


Satu lagi pembohongan yang dibuat oleh PAS yang kononnya ingin membantu anak-anak kepada mangsa Peristiwa Berdarah Memali tetapi duitnya lesap....ke mana,.......?

Kisah Tabung Memali disonglap!



Seorang rakan berkongsikan maklumat ini di dinding facebook saya. Mesejnya mengenai penjualan buku Kisah Tabung Memali;

BUKU PENDEDAHAN PENYELEWANGAN TABUNG MEMALI OLEH HANTU RAYA BERSERBAN - NAK BELI & BACA BUKU = MAT SABU : AIR MATA DI BUMI MEMALI? NAK BACAKAH? BETOI KA DUIT TABUNG MANGSA MEMALI PUN ADA HANTU RAYA BERSERBAN KEBAS .... DTULIS OLEH CN AL-AF...GHANI

TPON KAWAN NI : CIKGU SOLAHUDDIN -019-4133659
HARGA : RM 20 (xtermasuk belanja pos


Tabung Memali: Saya fitnahkah?

AKHBAR Harakah melalui kolumnisnya Zulkifli Yahaya, keluaran 29 November-2 Disember 2010 pertikai kononnya saya menggunakan akhbar musuh menghentam kawan dalam mengulas buku saya bertajuk Mohd Sabu Air Mata di ...Bumi Memali. Buku saya juga dikatakan sarat dengan prasangka dan fitnah. Sedangkan penulis, Zulkifli Yahaya ketika dihubungi mengakui belum membaca buku saya sepenuhnya.

Tanpa membaca, beliau telah menghukum saya membuat fitnah semata-mata untuk pertahankan individu tertentu dalam parti dan juga kononnya pertahankan maruah parti yang mungkin tercalar hasil pendedahan saya dalam buku tersebut. Ini, adalah antara sikap sebenar yang diamalkan dalam Pas dan bukan saja keperibadian Zulkifli Yahaya.

Pimpinan Pas pertama yang membeli buku saya ialah Nasruddin Hassan Tantawi semasa majlis ceramahnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 14 November 2010. Selepas itu, Timbalannya Azman Shafawi semasa ceramah di Kg. Memali, Baling pada 21 November 2010. Malah Timbalan Presiden Pas, Nasarudin Md. Isa juga menerima buku tersebut pada 19 November 2010 semasa menyampaikan ceramah di Kampung Memali, Baling.

Beberapa orang lagi pimpinan Pas Pusat dan negeri Kedah, difahamkan turut membelinya.

Saya yakin mereka ini telah membacanya. Ahmad Yahaya, Ketua Pemuda Pas Kedah mengakui kepada Mohd. Arsyad Zamani anak Ibrahim Libya, yang dia telah membaca pendedahan saya.

Kerana itu, dia cuba menolak buku pemberian Mohd. Arsyad selepas tamat majlis Ijtimak Alumni Pelajar Madrasah Memali pada petang 21 November 2010.

Hasil pembacaan orang-orang kanan dalam Pas itu, seperti ada arahan tidak rasmi yang melarang buku saya dijual dalam Majlis Memperingati 25 Tahun Memali. Beberapa orang pembantu saya, termasuk bekas pelajar Memali yang cuba menjual buku itu dilarang masuk ke kawasan madrasah.

Selepas itu, dalam majlis ceramah Pas beberapa negeri juga saya dimaklumkan yang buku itu dilarang jual.

Usaha melarang jualan buku dalam majlis Pas dan juga ulasan Zulkifli Yahaya dalam Harakah dilihat sebagai usaha menyekat ahli Pas mendapat maklumat sebenar tentang isu yang berlaku di Memali. Usaha pihak tertentu dalam Pas, sekurang-kurangnya menjejaskan jualannya.

Perancangan secara halus ini berhasil, sekurang-kurangnya menjejaskan jualannya. Hingga ada yang mencadangkan saya mengambil tindakan mahkamah terhadap Harakah dan juga kolumnisnya Zulkifli Yahaya, kerana memfitnah saya.

Apakah dosa buku saya sehingga menerima layanan begitu negatif oleh pihak tertentu dalam Pas? Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, isu yang diungkit oleh saya adalah isu lama. Ramai yang telah lupa dan Pas menganggap isu itu telah selesai. Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden pula mengatakan, saya tidak patut membukukan isu yang burukkan imej Pas.

Demikianlah sikap mereka yang cuba menutup bangkai yang sekian lama membusuk.

Namun apabila timbul isu berkaitan skandal atau penyelewengan pimpinan UMNO/BN, mereka sangat prihatin. Mengajak masyarakat sama-sama mendesak pelbagai pihak untuk menyiasat atau mengambil tindakan.

Berbeza sekali dengan apa yang saya dedahkan penyelewengan, penipuan dan salah guna kuasa pimpinan Pas, bukan saja individu tertentu, malah melibatkan Pas itu sendiri. Penyelewengan dan penipuan berjuta ringgit milik berpuluh orang anak yatim serta 14 orang balu dan juga hampir 200 orang mangsa Memali langsung tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan Pas. Ia tidak mahu disensasikan, sebaliknya dianggap isu yang basi.

Nasib terkini balu-balu tidak dipedulikan. Tahukah mereka empat orang balu telah pun meninggal dunia, yang lainnya sedang melalui alam tua. Ada yang sedang menderita setelah kaki dipotong akibat kencing manis. Balu Ibrahim Libya sendiri sentiasa dalam keadaan tidak sihat. Berapa orangkah pimpinan Pas yang mengambil tahu nasib mereka?

Mungkinkah sekali lagi saya dikecam kerana menggunakan Utusan Malaysia meluahkan rasa hati. Sekali lagi saya ulangi, permasalahan yang saya dedahkan adalah isu penipuan hak anak yatim dan balu-balu Memali. Mereka ditipu oleh sebuah parti yang berpengaruh atas label perjuangan Islam. Saya cabar kepimpinan Pas dan Harakah dedahkan apa yang saya tulis itu semuanya salah, memutar belit dan fitnah.

C.N Al-Afghani

Memali


Nota: Pas oh Pas, rosak! Hancur, hancur; Hancurkan Pas!

Panglima Perang Cyber: Mesti Sebar : Hubungan George Soros - El Baradei -...

Panglima Perang Cyber: Mesti Sebar : Hubungan George Soros - El Baradei -...: "1. Siapakah George Soros, dan peranannya dalam Krisis Ekonomi Asia Tenggara 1997? • George Soros merupakan seorang rakyat Amerika berbangs..."

Taiping Mali: Pua yang memiliki otak puaka

Taiping Mali: Pua yang memiliki otak puaka: "Satu ketika dahulu si Puaka ini pernah mempertikai pembelian kereta perisai 8x8 oleh Kementerian Pertahanan daripada DRB Hicom Puaka juga de..."